"Ya Allahh! Tak bangun lagi budak ni!! Memang bertuah"marah Tengku Slavina mama kepada Tengku Fatin Syafiqah. Dia bising melihat anak daranya masih belum bangun lagi.
"Kakak!!! Bangun, sebelum mama siram pakai air ni"ujar Tengku Slavina. Memang bertuah anak daranya ini.
"5 minit lagi ma"ujar Tengku Fatin.
"TENGKU FATIN SYAFIQAH BINTI TENGKU FAZLY SAIFUL!"panggil Tengku Slavina. Bagai terkena renjatan elektrik saja badan Fatin terkejut dengar mamanya menyebut nama penuhnya.
"Cepat pergi mandi!"ujar Datin Slavina mengeleng kepalanya melihat tingkah laku anak daranya. Satu-satunya anak dara dia juga.
Tengku Fareez Syafiq merupakan kembar Fatin. Memang mereka dua itu rapat sangat. Tetapi itulah Fatin bukan jenis yang suka sangat kalau dia nak bersweet. Hahahaha! Itulah kakak kembarnya tetapi penyayang. Mereka ada 4 orang adik beradik. Abangnya Tengku Fakhri Syahmi , Tengku Fatin Syafiqah, Tengku Fareez Syafiq dan Tengku Fareeq Syazwan.
"Ma, mana kakak?"soal Fareez melihat mamanya turun dari atas.
"Kakak lagi mandi, kejap lagi turun la tu"ujar Tengku Slavina.
"Mesti lambat lagi princess kita tu"ujar Fakhri memahami sangat adiknya itu. Tengku Slavina mengangguk dan tersenyum. Dia pun dah masak sangat dengan perangai Fatin.
Laju saja Fatin menurun anak tangga rumahnya itu. Semua menunggunya untuk sarapan sama-sama.
"Haaa kakak dah ada, jom kita makan lagi."ujar Tengku Fazly. Memang kebiasaan mereka mesti lengkap keluarga dulu baru makan. Anak-anaknya sudah terbiasa kalau disuruh makan dulu memang tidak akan makan kalau tidak semua lengkap kecuali sibuk meeting.
"Mama dengan Papa ke rumah TokWan nanti ya, nak ikut tak?"soal Tengku Fazly. Dia tahu semua anak-anaknya ada aktiviti tersendiri nanti.
"Abang memang ke rumah TokWan pa, TokWan nak jumpa fasal Projek haritu"ujar Fakhri.
Fareez menjeling kembarnya, memang ada-ada saja kalau dua orang tu. Fareez memijak kaki kakak kembarnya untuk bagitahu mama dan papanya bahawa dia menemani Fareez membeli baju untuk Gala night disekolah nanti.
"OUCHHH! Sakit laaa Areez!"marah Fatin lagi.
"Dah kenapa tu?"soal Fakhri lagi
"Areez tu pijak kaki orang! Dia nak kakak teman dia beli baju pakai Gala night tu"ujar Fatin lagi.
"Kalau macam tu, kakak teman Areez, kalau adek nak ikut atau ikut kakak?"soal Tengku Slavina kepada anak bongsunya yang berumur 11 tahun itu.
"Ikut kakak ma"ujar Fareeq. Itu sudah pasti jawapannya. Semua sudah mengagak kerana Fareez dan Fareeq memang rapat dengan Fatin.
Fatin tengah berkemas, Fareez masuk ke dalam biliknya terus duduk di atas katil Fatin.
"WOIIII!! Tudung aku!!!"jerit Fatin. Haish complicated betul perempuan ni , tudung lepas di iron pun diletaknya atas katil. Lepas tu orang nak duduk dia pula marah.
"Eeee kau ni pun satu, pergi letak tudung kau atas ni kenapa"ujar Fareez bengang.
"Biar dia tak berkedut lah. Kau nak apa ni?"soal Fatin geram.
"Aku nak pinjam powerbank kau"ujar Fareez lagi. Fatin terus menunjuk arah powerbanknya.
Habis saja Fatin bersiap, mereka tiga menuju ke Pavilion. Fareez sendiri yang drive. Kalau Fareez sendiri yang drive boleh la mereka melencong ke sana ke sini. Adiknya Fareeq hanya mengikut saja, memang niat dia nak 'Pow' kakak dan abangnya beli lego untuknya.
"Kakakkkk! Nanti adek nak lego boleh?"soal Fareeq membuat muka comelnya. Haish adik bongsuku ni memang suka buat muka comel. Lagipun Fatin dah janji nak beli mainan lego untuk dia. Biasalah budak umur 11 tahun.
YOU ARE READING
My Fav Soulmate Forever
RomanceTengku Faiq Irsyad merupakan lelaki yang acuh tak acuh, garang dia bukan main lagi. Cucu kepada Tengku Iskandar Zain dan satu-satunya putera Tengku Azlan Zain. Nama diberi juga seindah dan sekacak lelaki itu sehingga mampu menawan hati semua peremp...
