1

46 5 0
                                        

"Uncle, plis! Sumpah saya tak buat apa-apa pun dengan lelaki ni." ujar aku sambil mengepalkan tanganku yang gemetaran. Bukan setakat tangan je, tapi kalau dilihat betul-betul satu badan dah menggigil, merecik peluh sebab ketakutan. Dah banyak kali dah aku jelaskan benda yang sama dekat pegawai-pegawai yang tengah duduk depan aku ni. Asal payah sangat nak paham bahasa?

Dalam masa sama aku kerling lelaki berjas hitam disisiku. Ekspresi dia sangat tenang, dan itu buat aku rasa nak mengamuk sebab rasa lelaki ni sangat kurang ajar. Eee, dia ni memang nak makan penumbuk aku ke?!

" Mian tapi apa kata cik sabar dulu. Sekarang ni, kita tunggu omma cik sampai dulu. Cik sabar ye." Lagi-lagi uncle kepala botak ni ulang benda yang sama. Apa yang nak disabarkan lagi sekarang ni?! Aku tak bersalah. Aku tak buat apa-apa pun dengan lelaki ni. Uncle ni pun satu main tuduh je!  Asal nampak terus tangkap! Memang dia pun rasanya nak makan ganyang aku agaknya!

Kepala aku terasa makin kacau. Air mata aku pun dah bertumpuk dekat kelopak mata, rasa-rasanya macam dah boleh buat kolam renang. Ah, kenapa aku cengeng sangat ni? Selama ni bukan main lagi aku puji diri aku kuat, perempuan kental dan berhati batu. Sekarang, benda kecik macam ni pun aku dah menangis.

Oke, Haena kau memang gila!

Ini bukan sekadar perkara kecil, kau ditangkap basa dengan lelaki ni ya tuhan!

Diam-diam aku melirik pula pada pasangan suami isteri yang duduk santai di belakang lelaki ni. Entah dari pandangan kasar aku atau apa, dua figura berbeda jantina tu terlihat sangat tenang. Seakan hal ditangkap basah ini adalah satu perkara biasa yang tidak patut diperbesarkan! Heck, apa kena dengan semua orang?

Aku sorang je ke yang tengah menggelabah ni? Dasar, aku ni perempuan! Apa pulak cakap mamat ni kalau nampak aku menangis? 

It can be like this, Haena kau kuat kan?

Please be stay!

"Hae na..." Aku tersentak mendengar namaku dipanggil oleh empunya suara yang sangat aku tunggukan. Kepalaku menoleh ke belakang dan air mata aku terus berjujuran keluar. Dengan hingus-hingus sekali keluar. Eww, bukan nak mengata diri sendiri tapi mesti muka aku buruk gila sekarang!

Aku terus bangun dan memeluk wanita berumur yang ku kenali sebagai ommaku.

"Omma... Mi... Mianhaeyo..." bisikku tersedu-sedu. Mesti omma kecewa sangat dengan aku sekarang ni.

Omma membalas pelukan aku sambil mengelus rambut aku, dengan sayang.

"Gwenchanayo. Omma tau Hae na tak buat apa-apa. Omma kan kenal anak omma." ommaku membalas sambil menepuk bahuku lembut, sebagai satu interaksi untuk menenangkanku. Aku masih lagi tersedu-sedu.

"Baiklah, semua sudah berkumpul di sini. Jadi, uncle nak kamu berdua terangkan apa yang dah berlaku." aku mendengus kerana annoying. Mau tidak mau aku membuka suara.

<<Flashback<<<<

Beberapa jam sebelum kejadian, Min Hae Na baru sahaja selesai melakukan sebahagian tugasnya. Beberapa tim bawahannya memang sangat boleh diharapkan, mereka telah mendapat tempahan perkahwinan oleh puteri cantik pengusaha terkenal Korea dan ini sangat menyanjungi Haena sebagai wedding decorator  karna menerima tempahan yang super royal itu.

Dia hanya mahukan kesempurnaan. Segalanya harus disiapkan begitu teliti, Haena sudah membahagikan beberapa tugasnya kepada ahli-ahli bawahannya untuk menyelesaikan lukisan dekorasi yang akan dihiasnya nanti.

Namun, Min Hae Na terlalu lelah setelah begitu semangat mengerjakan tugasnya. Kepalanya pening dengan kunang-kunang yang terlihat seakan berterbangan di hadapannya. Mengajaknya untuk masuk ke dunia mimpi yang dipenuhi bantal empuk dan selimut hangat.

Oh, Haena nak balik sekarang!

Dalam langkah yang terhuyung-hayang, Haena terus menuju ke tempat parkir kereta. Eommanya sudah berjanji untuk menjemputnya dan berbaik hati untuk belanja KFC sempena hari jadinya yang jatuh pada tarikh esok. Selalunya dia akan menaiki teksi untuk ke stesen bas. Atau kalau dia dah malas sangat, jalan kaki pun jadi. Alang-alang dietla dikatakan.

Hampir setengah jam Haena bertenggek dekat parkir kereta tu, hatinya mula merusuh tak jelas.

' Aiggooo mana eomma nih? Aku sangat mengantuk! Dia ni datang pakai kereta ke pakai kaki. Ya tuhan...'

Mata sipit Hae na terus melilau sekeliling, mencari dan akhirnya menjumpai kereta sang eomma.

Kerana terlalu semangat dan tidak membuang masa, dia terus meluru masuk ke dalam kereta di kerusi sebelah pemandu lalu menyandarkan kepala ke pintu.

"Omma... Balik teruslah. Hae na mengantukkkkk.." Min Hae na merengek manja, tanpa sedar tingkah melulunya tanpa memeriksa bakal merosakkan masa depannya. Masa depan untuk menikah di umur 26 tahun dan membina kehidupan dengan 5 anak gebu-gebas yang mewarnai mansion mereka nanti.

Ya, dia tidak menyedari perkara itu.

Tok tok tok!!!!!

Haena terbangun dari lelap. Dia masih tidak menyedari apa yang berlaku pada waktu itu. Kalau dia sedar, dia pasti menyesali perbuatannya menonton movie sehingga pukul 3 pagi semalam.

Min Hae na melihat tingkap kereta yang sudah dipenuhi dengan muka uncle-uncle yang menakutkan.

"ANDA DITANGKAP BASAH!."

>>Present>>>>

"Betul uncle! Ahjussi, eomma, Haena berani sumpah kami tak buat apa-apa. Tolong percaya saya. Jebal...." Aku merayu bersungguh-sungguh.

Aku pandang lelaki ni. Kenapa dia tak cakap apa-apa? Kenapa aku rasa yang aku ni hanya seketul batu yang dihujani pandangan mata? Kenapa dia tak nak tolong aku jelaskan semua ni?!!!

EEE, DASAR MAMAT ANNOYING!

REMEMBER MEStories to obsess over. Discover now