Part 1

63 1 0
                                    

DIRENUNG kaca televisyen di depannya. Kusut mindanya memikirkan tentang pembunuhan yang berlaku baru-baru ini. Walaupun bukan dia dan juga bukan keluarganya tapi entah mengapa hati dia berasa tidak tenteram. Ada juga dia mencuba untuk menenangkan hatinya tapi tetap tidak boleh. Entah kenapa dia teringat akan arwah kembarnya! Tidak diduga kembarnya itu akan pergi secepat ini. Puncanya HIV! Doktor juga ada memberitahu yang kembarnya itu kerap melakukan seks bebas. Dia tak sangka bahawa kembarnya menjadi salah seorang yang tergolong dengan perbuatan terkutuk itu.

Sudah puas dinasihati tetapi kembarnya itu tetap berdegil. Sehinggalah tiga tahun lepas kembarnya disahkan menghidap HIV tahap empat! Tiada apa yang mampu menenangkan hatinya pada masa itu. Selepas beberapa bulan kembarnya bertarung nyawa akhirnya ajal kembarnya pun tiba! Allah jer tahu betapa sedihnya dia terpaksa meredhai pemergian kembarnya itu.

'Andai saja aku dapat tolong kau waktu tu!' desisnya dalam hati.

"Sampai bila you nak tenung tv tu?"soal Sarah Arianna merangkap sepupunya.

"Eh er ha..hahaha you perhati I ke?" soalan kini dibalas soalan oleh Firash Ziqrien.

Kini Sarah Arianna hanya mampu menjelingnya. Orang tanya dia boleh pula tanya balik.

Malas Sarah Arianna melayan dia kembali ke dapur membawa beberapa buah-buahan yang telah dipotong olehnya didapur. Dihidang di meja berhadapan dengan Firash Ziqrien. Sambil mengunyah dia tak lepas memandang Firash Ziqrien yang asyik termenung!

"Yang you ni kenapa? Asyik termenung jer kerja! Do you have a problem? Mind to share?" Sarah Arianna bertanya prihatin. Terkejut Firash Ziqrien mendengar pertanyaan itu. Serentak itu dia menggosok-gosok belakang tengkuknya sebelum menegakkan badannya. Sempat juga dia meraup rambutnya ke belakang.

"Eh no lah! Entah kenapa I rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu akan berlaku. Maybe perasaan I jer kut!"

"Emm ye lah perasaan you je kut. Dah lah tak payah fikir. Nothing will happened. You bertandang rumah I ni ada apa-apa ke? Tiba-tiba jer datang. Tak ada angin tak ada ribut tengok-tengok you datang."

"Saja! Kenapa? Tak boleh?" Firash Ziqrien menjongketkan keningnya ke arah Sarah Arianna. Tangan secara tak langsung mengambil buah yang terhidang di depannya.

"Bukan tak boleh! Emm kerja you okay ke? Amacam jadi CEO best?" Sarah Arianna beralih topik. Firash Ziqrien ni makin dilayan makin ke laut. Dia dah lah tak ada mood sangat.

"So far okay lah! Nak kata best emm tak de lah best sangat. Biasa jer." Firash Ziqrien menjawab sambil mengunyah.

Seketika Datin Sri Qaisarah datang menghampiri mereka. Terlihat keduanya sedang rancak berbual. Sofa yang bersebelahan dengan Sarah Arianna menjadi tempat punggungnya berlabuh.

"Kamu tak kerja ke hari ni Firash?" Tanya Datin Sri Qaisarah sekali gus menyampuk kedua-dua mereka yang sedang rancak berbual itu.

Firash Ziqrien yang mendengar hanya tersenyum kekok. Bukan dia malas untuk bekerja tapi entahlah hari ni dia sangat tak sedap hati. Rasa macam ada sesuatu akan berlaku. Kalau dia pergi ke office hari ni takut-takut kerjanya nanti akan terjejas jadi dia mengambil keputusan untuk bercuti satu hari.

"Tak aunty Rash tak kerja hari ni. Kalau kerja tak ada lah Rash bertandang rumah aunty pagi-pagi macam ni" Sengaja dia bermain kata. Mungkin cuba menutup rasa tidak sedap hatinya itu. Entahlah semakin lama semakin kuat pula dia merasa perasaan tu! Just ignore that !

"Hmm ye lah Firash! Ni apa khabar dengan mama kamu? Sihat ke? Dah lama dah dia tak datang sini. Usually dia suka datang sini ajak aunty shopping. Tapi lately ni macam senyap je. Did anything happen to her?" Datin Sri Qaisarah bertanya prihatin. Sempat lagi dia menayang senyum paksa kepada Firash Ziqrien. Nampak sangat berserabut anak muda itu. Pakaian serba lengkap yang dipakai anak muda itu menjadi tanda tanya di dalam benaknya.

"Entah lah aunty. Dia macam dah lain sangat. Kadang-kadang dia cepat lupa apa yang dia nak buat. Bila suruh pergi hospital check dia tak nak. Rasanya mama tu menghidap demensia rasanya aunty. Tapi Rash tak pasti lagi lah. Ni Rash datang rumah ni nak suruh aunty pujuk dia lah. Lately ni jugak mood dia macam tak menentu. Entah lah aunty! Papa pula dah 2 minggu outstation tak tahu bila nak balik." Luah Firash Ziqrien lemah. Bukan sahaja dia tak sedap hati tapi mengenang akan tahap kesihatan mamanya juga menjadi asbab kenapa dia tidak pergi ke office hari ni.

"Habistu yang kamu ke sini kenapa? Pergi lah jaga mama kamu tu! Kan boleh jer kamu telefon aunty dari kamu datang ke sini. Kalau jadi apa-apa pada mama kamu macam mana?" Datin Sri Qaisarah menempelak Firash Ziqrien namun, nadanya masih lembut. Namun begitu kata-kata yang dilontarkan oleh Datin Sri Qaisarah sebentar tadi menyentak kuat pintu hatinya. Bagaikan tersiat.

"Aunty, sendiri tau macam mana sayangnya Rash dekat mama Rash tu! Pagi tadi mama halau Rash guna penyapu tau semata-mata nak Rash kerja je. Tak payah risaukan dia dekat rumah tu. Alasan dia ada Mak Munah yang boleh tolong tengokkan dia kalau apa-apa jadi. Tu yang Rash pakai baju formal datang rumah aunty hari ni. Nak pergi office memang tak lah"

"Lagipun kerja kat office tu Rash rasa tak banyak mana untuk hari ni! Tu yang Rash datang sini. Maaf lah kalau kedatangan Rash buat aunty dengan Rin tak selesa" Firash Ziqrien bersuara semakin lemah. Pemikirannya saat ini sangat serabut. Kalau lah kembarnya itu masih hidup. Tentu saat ini dia tak perlu rasa takut sampai macam ni sekali.

"Bukan itu maksud aunty! Cumanya aunty tak nak apa-apa jadi dekat dia. Tapi kalau kamu dah cakap macam tu petang nanti aunty datang rumah jenguk mama kamu. Dan kamu nanti makan tengah hari kat sini jer. Aunty dah suruh Mak Milah masak dah. Aunty nak ke dapur sekejap. Kamu berbuallah dulu ya!"

Terangguk-angguk Firash Ziqrien mendengar arahan itu. Sempat lagi matanya mengekori pemergian Datin Sri Qaisarah yang menuju ke dapur semula.

"Kak Maya pergi mana? Dia tak jenguk mama you ke?" Kening Sarah Arianna bertaut tanda hairan. Takkan saat-saat genting macam ni kakak sepupunya itu tidak mahu lagi melawat mamanya. Pelik!

"Kak Maya? Emm I tak bagitau dia langsung pun. I tak nak bebankan dia. Dia ada kehidupan dia sendiri. Tak apa lah biar I je yang handle. I tak nak apa-apa bantuan dari dia. Dia sendiri pun dah cukup terganggu dengan keadaan rumah tangga dia. Tambah kalau I bagitau pasal mama. Lagi serabut nanti dia." Beritahu Firash Ziqrien yang sekadar ingin meleraikan salah faham Sarah Arianna terhadap kakaknya itu.

Kehidupannya sudah kacau sejak kembarnya itu pergi. Satu demi satu ujian datang. Terkadang dia tertanya kenapa mesti dia yang hadapinya. Kenapa dia tak boleh hidup bebas macam orang lain. Bahagia seperti orang lain. Kenapa dia?

"Tapi you rasa dengan merahsiakan perkara macam ni buat kakak you lega ke? Kalau dia tau dari mulut orang lain macam mana? Walaupun dia ada masalah dia berhak tau sebab ini melibatkan mama dia juga. I takut nanti kalau sebabkan you tak nak bagitau kebenaran you dengan dia bergaduh" Sarah Arianna mengeluarkan pendapatnya sebelum mengeluh perlahan. Dia juga turut kasihan akan nasib yang menimpa sepupunya itu. Tapi kebenaran perlu didedahkan dan tidak sepatutnya disembunyikan. Lebih-lebih lagi ini melibatkan kesihatan orang tua mereka.

"Please Arin I dah cukup berserabut ni! Jangan buat I tambah berserabut boleh tak? Pandai-pandailah I nanti bagitau Kak Maya."

Terkedu Sarah Arianna yang mendapati dirinya dimarahi oleh Firash Ziqrien. Kali pertama dia dimarahi sebegitu rupa! Diulang KALI PERTAMA!

"You marah I ke apa ni? Relaks lah I cuma bagi pendapat tau! You tak payah lah nak emo. Period pain ke?"

"No I tak marah pun. Cuma I tengah stress jer. I tak ada niat pun." Firash Ziqrien memujuk Sarah Arianna dengan lembut. Dia pun tidak menyangka akan terlepas marah kepada gadis itu. Terutamanya gadis pujaan hatinya. Eh opss!

Mrs. Rayden AngelWhere stories live. Discover now