BAB 1

20 0 0
                                        

      "Penat gila wei apesallah aku ambik banyak sangat jawatan menyesal aku".Kata Kai.Aku mula-mulanya tak perasan yang aku telah ambil banyak jawatan,aku mula  sedar bila orang cakap aku gila jawatan.hrmm adakah aku patut berhenti ? tapi sayang nak berhenti pengalaman banyak hilang nanti arghhh takkisahlah.

       "Lapar lah pulak . Hari ni ik ada jual makanan tak dalam kelas?? harap adalah dapat makan ".Perut Kai sudah kelaparan selepas lama berpusing satu sekolah menghantar surat dari kelas ke kelas . "Weii Kai, tunggulah aku ".Tercungap-cungap Qiemi berlari ke arah kai."Kau ni kan gemuk tapi laju aku tak faham lah" .Kata Qiemi sambil menarik nafas setelah berjaya mengejar Kai." Ish kau ni datang nak hina aku baik takyah stress kan aku jer grhhhh" .Kata Kai dengan muka yang geram . Qiemi sudah tak dapat tahan gelak selepas melihat muka Kai yang tengah geram .Di dalam hati, Kai masih lagi mengata Qiemi , nasib baik sama kelas dengan aku dari tingkatan satu kalau tak siap dia .

         "Hahhahahaha memang aku datang nak hina kau hahhaha. 
Takdelah aku datang sebab nak bagitahu kau yang kitaorang stay petang ni kau nak join tak ?". Kata Qiemi dengan penuh teruja .Kai masih lagi memikirkan apa yang dikatakan oleh Qiemi.Well, bukannya salu aku stay petang so, takpelahkan, entah tapi malas lah pulak takyalah stay nanti-nanti jelah . "Aku malas lah nak stay petang ni     nanti-nantilah".Muka Qiemi terus bermasam muka mendegar kata-kata Kai ."Yelah.k. bai" lalu Qiemi terus berjalan namun terhenti apabila mendegar kata-kata Kai "ish kau ni yelah aku stay lah ". Qiemi terus tersenyum lalu menjawab "Yes okay aku balik kelas dulu babai". Terus hilang jejak Qiemi setelah dapat apa yang dimahukannya .

         Dahlah, kerja aku dah habis baik aku masuk kelas dulu .Kenapalah kelas aku jauh sangat buat penat je.Selepas tiba sampai didalam kelas aku terus duduk di tempat duduk aku .Masa tu cikgu sejarah aku tak hadir so kitaorang satu kelas macam biasa main dalam kelas walaupun sudah masuk sekolah menegah dan merupakan pelajar tingkatan empat . " Lagu ni best gilerrrr baik korang dengar " dikata oleh budak prempuan yang bernama Yani .Aku pun dengarlah tajuk lagu yang dikatakannya dan tidak sengaja menyampuk" Ahhhh lagu ni aku sudah pernah dengar boleh tahan best gak lagu nii".Tiba-tiba aku dijeling oleh Yani " Kau ni sibuk apesal pergilah".Macamtu je dia halau aku tapi aku tak kidah sebab aku kenal dia dari darjah satu tapi sampai sekarang aku rasa dia tu gedik nak mampus erghh."Apelah bising je kau Yani cuba diam sikit ".Kata Mim .Yani pun mulalah melayan Mim dengan perangai gila-gila dia tu.

       Aku dilayan macam takde sape tapi dia layan Mim macam layan boyfriend erghhh mentang-mentang mim tu handsome. Bagi pengetahuan korang Mim tu budak paling handsome dalam kelas aku tapi itu apa yang dikatakan budak perempuanlah aku tak pasti tapi bagi aku rupa dia okay tapi perangai dia nauzubillah .Mentang - mentang handsome perangai memang mengalahkan perempuan gedik . Dia rasa dia bagus dalam semua benda dan sejak kemenjak ni dia start belajar BJJ (BRAZILIAN JIU-JUTSU) .Kalau lalu  orang dia kenal startlah perangai dia  " Woi jomlah lawan". Dengan formasi bjj dia tu tapi baru sekali kena step dekat kaki dah marah.Kalau korang nak tahu ramai orang tak suka dia kecuali geng-geng dia tapi itu pun tak semua mostly orang yang takut kena pinggir pura-pura suka dia . Dulu aku pun pernah kena pinggir .Cerita nya start macam nii.

RealityWhere stories live. Discover now