1

334 57 5
                                        

"Nakamoto Yuta"

Makhluk yang duduk di takhta yang diperbuat dari tengkorak manusia, bidadari serta makhluk lain memanggil yuta. Suaranya yang lantang bersulamkan nyaring tidak pernah tidak menakutkan makhluk dunia gelap yang berada di situ.

Yuta bangkit dari posisi berlutut. Matanya masih memandang ke lantai. Tanda hormat pada sang raja.

Dia mara 4 tapak kehadapan dan kembali berlutut. " ye tuan"

Sejujurnya, Yuta tak seperti makhluk dunia gelap yang lain. Yuta tak sedikit pun rasa gementar mahupun takut apabila berhadapan dengan Vzennie. Tetapi, dia hanya turutkan sahaja perintah si raja. Lelaki berambut merah menyala tu takut jika dia tidak patuh perintah Vzennie, Vzennie akan cederakan atau lebih teruk bunuh ibu tercinta dia. Sebab itulah dia berusaha untuk menjadi pemburu terhandal di dunia gelap. Pelik kan? Sepatutnya makhluk dari dunia gelap tiada perasaan kasih dan sayang terhadap satu sama lain. Hampir semua makhluk yang tinggal di situ tidak kenal ibu bapa mereka.Tapi situasi ini berbeza dari Yuta dan ibunya, Areum. Mungkin setiap demon ada kisah berbeza.

"Aku ada misi baru untuk kau, kalini dekat dunia manusia." Yuta berdiam diri dan biar Vzennie sambung kata-katanya.

"Aku nak kau bawa kepala perempuan yang namanya hmmmm Jasmine Lee ke aku." Vzennie menggaru dagu runcing miliknya.

"Baiklah" Yuta berdiri dan tabik dada pada Vzennie. Dia perhatikan perempuan yang berdiri di sebelah takhta si raja. Perempuan berambut merah berdiri di situ sambil memerhatikan anak lelakinya dengan perasaan penuh kasih sayang.

"Oh dan kalau misi kau yang ni gagal. Aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau. Kepala kau,aku akan gantung pada takhta aku" Vzennie membuat aksi pancung kepala. Areum hanya menggeleng. "Vzennie, tolong berlemah-lembut dengan dia. Yuta hanya budak kecil sahaja" Areum, mengusap lembut tangan Vzennie.

Tindakan Areum, hampir melembutkan hati-yang-tidak-wujud milik Vzennie "Areum si cantik" Vzennie mengusap lembut rambut Areum "Yuta bukan budak kecil lagi. Dan aku tak berhak nak ikut perintah kau!"

Bebola mata yuta bertukar hitam sepenuhnya apabila ibu kesayangannya disentak begitu. Ikutkan hati- ye Yuta ada hati, cuma tenggelam didalam kegelapan sahaja. Yuta nak sangat pancung kepala Vzennie.

Areum hanya mendiamkan diri.

Vzennie mengurut kepala lalu merengus. "Yuta pergi sekarang"










✒

Sebaik sahaja Yuta keluar dari dewan utaman istana kerajaan gelap. Demon di kiri dan kanan tidak berhenti berbisik pasal Yuta. Kalau Yuta boleh dengar perbualan mereka, bendatu masih dikira sebagai berbisik ke? Bukan salah Yuta yang dia ada kebolehan mendengar yang sangat hebat. Yuta menyeluk tangan dalam poket hoodie buruk miliknya.

"Nakamoto Yuta!"

Yuta menoleh kebelakang.

Areum tercungap-cungap mengambil nafas sambil membawa Yuta ke tempat yang lebih tersorok.

Apabila mereka sudah memastikan tiada siapa yang nampak mereka. Areum memeluk anak lelakinya dengan erat. "Maaaaa, kalau demon lain nampak macam mana?" Dalam dunia Yuta, perasaan kasih sayang,cinta,empati tidak pernah wujud dalam kamus mereka. Kecuali Yuta dan Areum.

Areum mengucup wajah kacak milik Yuta dengan perlahan. Pipi Yuta merah dengan tindakan ibunya. "Ma risau, Yuta maafkan Ma sebab tak dapat lindungi Yuta. Ma dah cuba yang terbaik tapi-"

Yuta membalas pelukan Areum. "Yuta okay ma. Yuta janji nanti Yuta balik, Yuta bawa ma lari dari tempat menjijikkan ni. Ma jangan risau." Air mata Areum mengalir. Dia hanya ada Yuta sahaja di dunia ni.

Yuta ialah dunia Areum.

Tetapi, perbualan mereka tidak kekal lama apabila terdengar tapak kaki ke arah mereka.

"Bye ma."

Areum mengesat air matanya menggunakan lengan bajunya. Bibirnya cuba mengutuskan senyuman.

"Hati-hati yuta.."

✒




Yuta tiba di penghujung dunia gelap. Dihadapannya berdiri sebuah pagar yang sudah tuhan-tahu-berapa-lama umurnya.

"Tingginya pagar ni macam mana nak panjat" bisik hati kecil Yuta.

"Nak ke mana." Suatu suara menegur Yuta.

Yuta perhatikan tengkorak yang hanya berbalut dengan kain.

"Bumi"





























A/N = haiiiu terima kasih kerana sudi baca cerita saya ni. Vote dan komen anda sangat bermakna untuk saya. Terima kasih :)
-🍒

DEMON - 유타 (Nakamoto Yuta )Stories to obsess over. Discover now