Perlahan lahan,Jiyeon dekatkan Zizi pada telinganya.Seolah olah dia ingin mendengar Zizi berbisik padanya.Ya,dia halusinasi dengan dunia yang dia cipta sendiri.Tersengih sengih Jiyeon apabila mendengar 'bisikan' dari Zizi.

"Hahahaha yeke?!Kau rasa diorang saja nak buat baik?Kat Vila lama aku nih?"

Jiyeon sambung ketawa lagi.Ketawa sinis seriangnya sebelum terdiam.Dia mencerlung tepat ke anak mata Zizi.

"Takde pon insan dalam dunia ni yang buat baik tanpa harapkan balasan lah!Zizi,kau ingat aku ni bodoh ke nak percaya cakap kau?Diorang saja buat baik?Saja buat baik?Hahahahaha Zizi!Kau ni betul betul buat aku marah la!Kawan tak guna!Semua orang tak guna!!"

Serentak itu,Jiyeon mencampak Zizi kedinding sekuat hati.Tapi patung barbie itu kekal utuh.Naik gila Jiyeon apabila teringat kisah silamnya.Dia mula menarik narik rambutnya dan menyepak semua barang dalam ruang bawah tanah itu.Dia meraung sekuatnya dan mula menangis apabila terasa penat.

"Gila!Bodoh!Semua orang jahat!!Dunia kejam!!"Tak habis habis carutan keluar dari bibir merah Jiyeon.Kakinya mula sakit apabila terlalu menyepak benda tanpa henti.Jiyeon tumbuk tumbuk dinding hingga tangannya berdarah.Akibat terlalu penat,dia mula rasa sakit.Perlahan lahan,dia terduduk dengan darah yang melekat di dinding dan tangannya.

"Hiks...hiks...aku nak mati...kenapa aku tak boleh mati lagi....kenapa aku kena hidup kat dunia fana ni lagi...hiks..."

Ketika air mata penuh dimatanya,dan ketika dia mula beransur ansur lega dari kemarahannya,dia ternampak Zizi.Zizi seolah olah menangis di layaran matanya kerana dihempas kuat oleh Jiyeon.Padahal realitinya,Zizi hanya kekal jadi patung biasa.

Segera Jiyeon hampiri Zizi yang sudah terkulai di dinding.Dia mendodoi Zizi bagaikan bayi dan mula memujuk Zizi.

"Zizi...Zizi...Yeon minta maaf.Yeon takde niat nak cederakan Zizi.Yeon...Yeon sakit hati.Yeon tak tau nak hempas kat siapa..."Jiyeon bersuara lemah.

Dia penat.Walau sepenat manapon dia,dia tetap akan menjadi sangat bersemangat apabila marah.Zizi sudah jadi temannya sejak Jiyeon umur 5 tahun hingga 27 tahun kini.Mana mungkin Jiyeon akan mudah lupakan Zizi?

Kedengaran suara halus berbisik ditelinga Jiyeon.Jiyeon terdiam sebelum mendekatkan patung itu dengannya.

"Hah?Apa dia,Zizi?"

"Ikut kata hati kau,Yeon.Kalau kau marah,tak salah kau hempas kemarahan kau pada enam namja itu.Mana tau,diorang ada niat nak rampas vila kau?Baik kau halau diorang,halau dengan cara kejam kau."

Lama minda Jiyeon loading, sebelum senyuman paling sinis dan menyeramkan diukir dibibirnya.

"Easy busy,dear."

-----💜-----

"Nak kena si budak Jhope tuh!Grr..."Suga berjalan dengan langkah geram menuju ke tangga yang menghubungkan tingkat bawah.Saat dia melintasi satu lorong di sebelah kirinya,dia terhenti.

Kelihatan lorong itu gelap,tetapi dihujung lorong itu ada cahaya berwarna kuning.Berkerut dahi Suga.

"Emas?"Cepat sahaja Suga membuat andaian.Namun,cepat cepat dia cuma tepis.Mana mungkin ada emas dalam vila buruk ni?Mungkin benda kuning yang lain.

Unforgotten Soul.Where stories live. Discover now