Prolog

1.2K 88 11
                                        

Seoul, Korea (Mac 2015)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seoul, Korea (Mac 2015)

Angin malam yang berhembus lembut menyapa wajahnya saat dia membuka pintu ke rooftop itu. Akhirnya, dia dapat menghirup udara segar sekaligus lari dari suasana yang sesak di dalam sana sebentar tadi. Jisoo, gadis yang bertanggungjawab menyeretnya ke tempat ini sudah menghilangkan diri bersama kekasihnya. Entah ke mana, dia pun tidak pasti. Mungkin melepaskan rindu yang tertahan sejak beberapa minggu lalu.

Dia menutup mata sejenak. Kemudian membukanya kembali. Menatap langit malam Kota Seoul yang dipenuhi bintang pada malam ini. Kepalanya tiba-tiba pusing dan berdenyut-denyut.

"Ah.. pasti effect dari minuman tadi. Bodoh Kim Jennie!" Marahnya pada diri sendiri. Dia tidak tahu apa nama minuman yang diteguknya tadi tapi yang pasti kepalanya benar-benar pusing sekarang. Pasti minuman tersebut mempunyai kandungan alkohol yang tinggi. Jennie yang tiada pengetahuan langsung tentang minuman beralkohol itu dengan beraninya mencuba minuman itu. Entah apa yang merasukinya malam itu.

Dia menekan kepalanya yang tidak berhenti berdenyut. Dia harus mencari Jisoo. Mereka harus pulang. Jennie sudah tidak sanggup lagi berada di tempat yang begitu menyesakkan itu. Ditambah dengan sakit di kepalanya yang semakin menekan dan pandangannya juga mulai kabur. Pasti sedikit masa lagi dia akan hilang kewarasan. Dia tidak tahu apa reaksi orang tuanya ketika melihatnya pulang dalam keadaan terhuyung-hayang nanti.

Ini pertama kalinya bagi Jennie menjejak kaki ke club seperti itu. Kalau bukan kerana Jisoo yang merengek untuk meminta ditemani ke acara ulangtahun kekasihnya, sumpah Jennie tidak akan pernah mahu menjejak kaki ke tempat seperti itu. Jennie bukan gadis liar yang gemar berpesta, minum dan bersosial seperti gadis yang seusianya yang lain. Dia merupakan seorang yang tertutup dan bisa dikatakan 'nerd' dan disebabkan itu Jennie tidak mempunyai ramai teman, Jisoo satu-satunya teman baik yang sentiasa menemaninya dan sudi berkawan dengannya. Itulah sebabnya dia tidak sampai hati menolak ajakan Jisoo malam itu.

Jennie berganjak untuk meninggalkan ruangan tersebut namun pergerakannya terhenti ketika matanya menangkap presensi asing di ruangan tersebut.

Jennie tergamam. Lelaki itu menatap tajam kearahnya. Entah bila dan bagaimana lelaki tersebut berada di situ. Tepatnya di sofa yang ada di ruangan tersebut dan lelaki itu sedang memerhatikannya. Beberapa detik mereka saling menatap tanpa sepatah kata. Denyutan di kepalanya kembali menyedarkan Jennie. Dia harus pergi. Berada satu ruangan dengan lelaki yang tidak dikenali itu terasa begitu janggal. Namun, sekali lagi pergerakannya terhenti apabila lelaki itu mula berjalan mendekatinya. Pandangannya masih belum lepas dari Jennie. Jennie jadi salah tingkah, tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

"Maaf, kalau aku membuatmu terkejut. Ku lihat kau begitu asyik menikmati angin malam ketika aku masuk ke sini tadi. Jadi, ku biarkan saja." Ujar lelaki itu dengan suaranya yang berat dan lelaki itu kini sudah berdiri di sampingnya dan menatap pemandangan di depannya.

L'amour De Ma Vie [Taennie] Stories to obsess over. Discover now