Selang beberapa minit, dia keluar dari bilik air. Sowon masih tidur. Dia bingung.

Seungwoo : Sowon.. kau kenapa? tak sihat?

Hening.

Seungwoo : Sowon.. jangan macam ni. Aku dah nak pergi kerja ni. bagilah aku tengok muka kau kejap.

Hening lagi.

Seungwoo : Sowon..!

Seungwoo tarik selimut Sowon kasar. Terus yeoja itu bangun ke posisi duduk

sowon : awak nak apa?! pergi je lah kerja! bekal awak saya dah sedia awal pagi lagi! Apa? tak ada rasa bersalah langsung ke kat pikiran awak tu hah?!
Seungwoo : ap-- apa maksud kau ni?
sowon : tch..

air mata Sowon mulai turun. Bukan sedih tetapi geram.

Sowon : awak tak ingat yang awak pukul saya semalam? TAK INGAT?!

Seungwoo bingung sendiri.

Sowon : Tak percaya? amnesia tiba tiba? Ni ni! (tunjuk bekas pukulan namja itu) ni sebab awak!
Seungwoo : tak.. tak..
Sowon : SAYA SURUH AWAK MAKAN UBAT TAPI AWAK TAK NAK DENGAR!! AWAK PIKIR SEMUA NI TAK SAKIT KE?! AWAK PIKIR SAYA NI ANAK PATUNG? EOH?!

seungwoo diam. Kepalanya sakit lagi.

Seungwoo : Tak.. aku tak buat.. aku tak buat semua tu sowon!! Percaya lah! aku tak buat!!
Sowon : Haha jjinja.. Ye memang awak tak buat.. sebab awak tu gila. AWAK TU GILA AWAK TAHU TAK!!

sowon berlalu keluar selepas membanting pintu sekuat hati. Dia rasa nak jijak sahaja wajah Seungwoo. Yeoja ini minum air mineral sebanyak mungkin.

Hening seketika.

Dia melihat ubat Seungwoo di dalam peti ais. Terus dia ambil dan berniat untuk beri namja itu ubat now. Benci dan marahnya pada Seungwoo mulai reda. Nak taknak dia kena juga tahan dan rawat penyakit gila suaminya ini. Dia jalan pun sedikit terhinjut hinjut dan lambat kerana sakit badan.

Baru sahaja di tangga, dia dengar bunyi dentuman dentuman dari dalam bilik. Dia dah mula.. Sowon cepat cepat masuk bilik.

Disitu suaminya sedang memeluk kakinya sambil bercakap tidak jelas dan menggigil bagai penagih dadah. Sowon bertinggung di depannya.

Sowon : Seungwoo...

namja it mendongak dan langsung memegang kedua bahu sowon

Seungwoo : AKU TAK GILA SOWON. KAU PERCAYA AKU KAN? AKU TAK GILA.. AKU TAK GILA.... AKU.. TAK GILA. AKU NORMAL! AKU NORMALLL! Aku--
Sowon : ye.. awak tak gila.. eoh? Yeogi.. makan ni..
Seungwoo : Aku tak pukul kau kan? kan? bukan aku kan? kan?! Sowon??

sowon hembus nafas berat. Entah makin lama dia tinggalkan ubat tu, makin gila dia jadi. Sampai lupa. Selalu tak begini.

Sowon : Tak.. awak tak buat. Saya jatuh je.. nae? Nah, sekarang awak makan ubat ni.. lepastu kita turun sarapan.

Menggigil gigil tangan Seungwoo ambil ubat itu. Dia masukkan ke dalam mulutnya dan terus rampas segelas air di tangan Sowon. Nafasnya masih tak menentu.

Sowon : Kenapa awak menggigil? kenapa awak takut?
Seungwoo : Kau marah aku. Aku takut aku gila! Aku tak gila..
Sowon : Ye! awak tak gila.. saya tak marah awaklah.. Takkanlah saya nak marah suami saya yang hensem ni (cuit hidung Seungwoo)

Seungwoo : jin..jjinjayo?!

Sowon angguk.

Sowon : kajja.. kita makan.

seungwoo menerima uluran tangan Sowon.

Seungwoo : kau sakit?
Sowon : sikit.. Saya susah nak jalan dan duduk..

Seungwoo diam sahaja.

Sowon : Yeogi.. bekal awak. Yang ni, sarapan awak
Seungwoo : gomawo.
Sowon : eh awak nak ke mana?
Seungwoo : kerja. kenapa?
Sowon : awak.. boleh drive ke?
Seungwoo : kenapa tak boleh?

Seungwoo berlalu pergi. Sowon lega kerana Seungwoo dah okay sekarang.

Sowon : dia memang.. sewel. 

_._._._.

Seungwoo masuk ke dalam pejabat. Dia lihat Eura sedang berbual bual. Kini ramai yang menatapnya. Heh.. Apa yang Eura dah sebarkan ?. Fitnah?

Sungyeol : Weh Seungwoo
Seungwoo : apa?
Sungyeol : Betul ke apa Eura cakapkan tu?
Seungwoo : dia cakap apa?
Sungyeol : Dia cakap kau melamar dia tapi dia tolak. Pastu dia cakap isteri kau cuba untuk bunuh dia

Seungwoo memberhenti langkahnya.
Dia menatap Eura yang sedang gelak tawa di penjuru sana dengan darah yang melebur lebur.

Sungyeol : Betul ke? Aku tak caya lah! Gila kau nak caya dia tu!
Seungwoo : Tak. AKU TAKKAN PERNAH SUKA LEE EURA!

Semua menatapnya termasuk lee eura.

Sungyeol menariknya pergi sebelum Seungwoo buat hal tak patut seperti semalam.

Seungwoo : KAU MEMANG PEREMPUAN TAK-- HMPPH!!

Sunyeol membungkam mulutnya dan heret namja itu masuk lift. Kalau tak, mungkin report card ke dua di akan terima. Dan kalau ketiga, dia boleh dipecat.

Seungwoo : Weh! kau bagitahu dorang yang semua benda tu dusta! dia dah fitnah aku! Bagitahu Eura suruh dia stop sebelum aku betul betuk bunuh dia malam ni.
Sungyeol : Yah!! aku akan bagitahu kat semua orang nanti! Kau jangan sampai terpikir nak bunuh dia. Kau pikir sikit isteri kau tu. Nanti kalau kau bunuh dia, kau sekali kena hukum bunuh tau!
Seungwoo : itu aku tau lah. Peduli apa aku. Yang penting dia mati terus.

Sungyeol hanya gelengkan kepalanya.

___

Eura : Oppaaa
Seungwoo : Kau memang tak serik serik?
Eura : nope until you ceraikan Sowon. Salah you jugak. You yang taknak ceraikan dia and terima I, so you hadamlah masalah masalah ni.
seungwoo : Ahah? And kau akan hadam tiang besi dalam penjara.

seungwoo berlalu pergi membuat yeoja itu kesal sendiri

TBC

Psycho Husband ✔Where stories live. Discover now