Pagi yang hening itu terasa tenang bagi Raudhah sepertinya tidak lagi kelihatan tangisan langit. Matahari juga kembali menyinari tanah yang basah kuyup itu .Pelangi pun muncul mewarnai kesedihan langit.
Selepas menunaikan kefarduannya dia tidak dapat tidur semula.Setelah membaca kitab suci Al Quran dan berzikir dia pun terus ke beranda rumahnya.Disitulah tempat dimana dia selalu meluangkan masa tidak kisahlah membaca atau menulis.Dan setiap kali itulah dia akan terkenangkan kisah silam yang sentiasa tersusun rapi dalam mindanya.
2 TAHUN YANG LALU,
"wei korang jom ambil gambar"kata Raudhah
"Jom"kata mereka serentak
Tatkala dinginnya malam saat warga dunia sedang lena dibuai mimpi Raudhah pula masih berkeliaran di bandar metropolitan yang pesat dikerumuni manusia itu.
Sedangkan ibunya dirumah kerisauan tentang keselamatan dirinya yang sedang bergelak tawa bersama rakannya di restoran mewah.
Saat Raudhah melangkah kaki masuk ke dalam rumah setelah pulang dari berfoya-foya bersama rakannya
"Raudhah pergi mana, dah lewat malam baru nak balik Raudhah kan perempuan tak elok buat macam ni nanti apa pula jiran jiran kata"nasihat ibunya
"Raudhah penatlah mak,Raudhah baru je balik dah kena dengar mak membebel"katanya
sambil menjeling ibunya dia terus ke biliknya dan menghempas pintu sebagai tanda protes kepada ibunya
Ibunya sekadar mampu menggelengkan kepala melihat sikap Raudhah yang sentiasa melenting apabila dia menasihati anaknya itu tentang kegiatannya setiap malam.
*YA ,ALLAH KAU BERIKANLAH HIDAYAH KEPADA CAHAYA MATAKU RAUDHAH*DOA IBUNYA DI DALAM HATI
"Huh,Astaghfirullahaladzim
Raudhah tersedar dari lamunannya dan segera mencapai telefonnya.
"Assalammualaikum mak, Raudhah ni"
"Waalaikumussalam ye Raudhah kenapa telefon mak pagi pagi ni sayang,Raudhah ada masalah ke?"
"Tak,ibu Raudhah okay je.Saje telefon nak tanya khabar.ibu sihat?"
"Alhamdulillah ibu macam ni lah"
Puan Maimon sememangnya kurang sihat dia sudah 2 tahun mengidap penyakit darah tinggi mungkin akibat selalu bertengkar dengan anaknya yang seorang itu suatu ketika dahulu.
"Macam pelik kamu telefon tapi tak ada sebabnya.Kenapa Raudhah cuba cerita dengan ibu."
"Sebenarnya Raudah nak minta maaf
sebab selama ni Raudhah banyak berkasar dengan ibu.Raudhah minta maaf ye ibu"setitik demi setitik air matanya gugur
"Kisah lama tak payah ungkit lagi dah.ibu dah lupakan semua tu.ibu maafkan Raudhah,Raudha kan satu- satunya anak yang ibu ada"
"Terima kasih ibu.Raudhah sayang ibu."
YOU ARE READING
SEJADAH
Teen FictionRaudhah yang panas baran,Raudhah yang bersosial tak ingat dunia,Raudhah yang diingati oleh sifat sifat buruknya itu berubah 360 darjah kepada Raudhah yang baik hati, penyayang dan Raudhah yang selau mengingati Allah bermula dengan hadiah misteri yan...
