bab 2

4 0 0
                                        

  Syaris parkir kereta di garaj dan dimatikan enjin. Gadis itu diam termenung memikirkan kejadian siang tadi. Hatinya kembali dipagut pilu. Tangan di bawa ke dada dan tanpa dapat ditahan air mata laju menghujani pipi mulusnya.
  "Maafkan Syaris...ma...maaf..." Kata-katanya tersangkut dek tangisan yang semakin deras.
  Tuk! Tuk! Tuk! Ketukan di tingkap kereta Syaris membuatkan gadis itu terkejut. Laju di kesat air mata dengan hujung jarinya. Dia buka pintu dan ukir senyum tawar pada lelaki di hadapannya.
  "Cik Syaris okey ka?" Soal lelaki berbaju kemeja putih yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di villa besar itu.
  "Okey je Pak Tam." Jawab Syaris dengan suara sedikit serak.
  "Ha takpalah lagutu. Dari tadi Pak Tam tengok Cik Syaris duk dalam keta tak keluaq, risau pula Pak Tam." Pak Tam tarik nafas lega. Jujur dia sangat risaukan anak majikannya itu.
  "Thanks Pak Tam. Syaris masuk dulu ye," Syaris pamitan dan berjalan sedikit menunduk melimpasi Pak Tam.
   Itulah ajaran yang diterapkan oleh ibu dan bapa Syaris. Tidak kira siapa dan apa pangkatnya, yang tua harus dihormati. Pak Tam hanya angguk dan kembali berjalan menuju ke pondok pengawal yang berada di hadapan pintu pagar utama untuk menyambung tugasnya.
  Sebaik sampai di dalam bilik terus Syaris hempaskan tubuhnya di atas katil bersaiz king itu. Melepaskan segala lelah dan kepenatan. Mata dipejam rapat dan nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan-lahan. Hari ini dirasakan terlalu panjang.
  "Penat je nampak anak mama ni, dah makan?" Sapa satu suara halus.
  "Mama..." Syaris terus bangun dari baringnya dan menarik tangan Datin Kalsom lembut.
  "Pak Tam kata Ris duduk lama dalam kereta, are you okey sayang?" Soal Datin Kalsom risau. Diusap-usap lembut kepala anaknya itu bila Syaris merebahkan kepala di peha sebaik dia duduk.
  "Okey je ma, urmmm... actually tak..." Jawab Syaris lemah.
  Mata kembali dipejam. Cuba mencari ketenangan di ribaan ibunya. Sungguh tiada tempat yang paling aman dan selesa selain dari dalam ribaan atau pelukan insan bergelar ibu. Air matanya kembali menitis tanpa dapat tertahan.
  Ibu? Tenang? Hatinya kembali fikirkan tentang Zainab. Betapa dia dambakan untuk berada dalam pelukan Zainab, seperti dulu-dulu. Apakah Allah akan mengizinkan dia untuk merasai perasaan itu kembali.
  Syaris menarik jemari halus Datin Kalsom dan dikucup lama. Datin Kalsom terus membelai kepala Syaris yang berbalut tudung itu. Wanita itu dapat rasakan kesedihan sang anak. Cuma tidak pasti kerana apa.
  Apakah Syaris masih sedih dengan perpisahan secara mengejut itu. Terkadang dia tidak habis fikir dan tidak faham dengan cara pemikiran anak muda sekarang. Putus dan berkasihan itu seperti satu benda yang tiada nilai.
  Masa suka datang dan bila benci pergi atau terus menghilang. Bila cinta terlalu memuja dan bila benci pula sehingga sanggup menghina. Tapi dia bersyukur Syaris tidak pula sampai ke tahap teruk dalam melayari percintaan.
  Walaupun mulanya agak celaru tetapi Syaris mampu mengatasi keadaan itu. Tapi sejak kebelakangan ini Datin Kalsom selalu perasan akan kesuraman di wajah anaknya. Letih dan lesu. Apakah kerja di pejabat terlalu banyak?
  "Esok cuti kan? Teman mama pergi spa nak? Dah lama tak spent time masa berdua kan?" Datin Kalsom beri cadangan.
  "Elok juga ma, badan ni dah lemau dah. Mama belanja ye.." Dari baring Syaris sudah bangun dan betulkan duduknya.
  Datin Kalsom angguk laju. Apalah sangat setakat belanja spa untuk anak tersayang. Datin Kalsom turun dari katil untuk beri ruang pada anaknya berehat. Dia masih ada beberapa perkara mahu diselesaikan di dapur.
  Zainab keluar dari dapur dengan perasaan takut-takut. Selepas selesai masakkan sarapan dia cepat-cepat kemas dapur untuk masuk ke bilik. Hari minggu seperti ini biasanya Jalil ada di rumah bersama anak perempuan kesayangannya itu.
  Setiap kali itulah dia akan diperlakukan dengan teruk kalah dari seorang hamba abdi. Baru hendak pulas tombol pintu dia sudah terdengar satu suara deraman kasar dan garau. Mati niatnya untuk melangkah masuk.
  "Kau dah masak?" Soal Jalil. Zainab angguk sekali.
  "Dah hidang?" Jalil melangkah mendekati tubuh Zainab.
  Sekali lagi Zainab angguk. Muka disembunyikan ke bawah. Tidak berani mahu menatap wajah lelaki di hadapannya itu.
  "Kau takda mulut ke nak jawab? Hah?!!"  Jalil cekak rambut Zainab yang tersimpul kemas lalu ditarik kasar sehingga terdongak ke belakang wanita itu.
  Mujur sempat tangan pegang lengan Jalil, jika tidak pastinya Zainab sudah terlentang ke belakang.
  "Su...suda...sudah bang..." Jawab Zainab gagap. Air mata sudah mula menitis kerana ketakutan.
  "Har, ada pun suara. Kau nak masuk bilik buat apa? Nak tidur?" Soal Jalil lagi.
  "Sa..saya..."
  "Arghhh....sakit bang...sakit..." Belum sempat Zainab menjawab, Jalil terus menarik lengan Zainab dan seret wanita itu tuju ke dapur.
  Jalil langsung tidak hiraukan jeritan Zainab yang meminta tangannya dilepaskan. Tubuh Zainab terus diheret ke dapur sehingga sampai ke meja makan.
  "Anak ayah dah ada sini?" Soal Jalil lembut bila melihat seorang gadis sedang duduk di meja makan. Gadis itu hanya mengangguk.
  Tanpa menunggu lama, Zainab terus menceduk makanan ke dalam pinggan Jalil dan Airah. Dia sempat melihat senyum sinis Airah kepadanya.
  "Urut kaki aku ni." Arah Jalil.
  Tanpa banyak soal, Zainab duduk di hujung kaki Jalil dan diurut perlahan. Airah yang lihat hanya ketawa suka.
  "Kuatlah sikit! Kau belum makan ke?" Jalil menendang tepat ke perut Zainab.
  "Belum..." Jawab Zainab lemah sambil menahan sakit.
  "Airah tak bagi tua ni makan ke?" Soal Jalil pada anaknya.
"Lupalah ayah. Kejap er.." Airah hanya sengih sambil garu kepala yang tidak gatal.
  Diambil satu telur goreng dalam pinggan lalu diludah beberapa kali.
  "Kushhhh...meow...kushhh..." Airah buat bunyi seperti sedang memanggil kucing. Lalu dicampakkan telur tadi ke atas lantai berhadapan dengan Zainab.
  "Makan cepat." Ayat meruoakan satu arahan dari Airah.
  "Ambil dengan mulut! Bukan tangan! Pekik Airah tiba-tiba bila melihat Zainab cuba mengambil telur itu.
  Zainab diam. Air mata terus mengalir mengenang nasib diri. Sampainya hati seorang anak yang dikandung perlakukan dirinya seperti itu. Apa salah dirinya sehinggakan diperlakukan seperti itu.
  Melihat Zainab yang berdiam diri itu seakan mencabar kemarahan Airah. Laju gadis itu bangkit dan duduk bertinggung menghampiri Zainab. Kepala wanita itu dipegang dan rambut digenggam kemas sehingga Zainab sedikit mengerang tahan sakit.
  "Kau tak nak makan er? Nak lawan ke?" Soal Airah geram. Terus ditarik rambut Zainab kasar sehingga wanita itu terjerit kesakitan.
  Airah ambil telur di atas lantai tadi lalu dimasukkan ke dalam mulut Zainab dengan kasar kemudian ditekup mulut Zainab pula.
  Wanita itu meronta kerana kelemasan. Cuba ditolak tangan Airah untuk melepaskan diri. Tersembur telur tadi keluar dari mulut dan terkena di hujung rambut dan muka Airah. Gadis itu jegilkan biji matanya tanda marah.
  "Kurang ajar punya orang tua! Aku bagi kau makan, kau ludah balik kat aku er!" Airah tolak kasar tubuh Zainab sehingga dahi terhantuk di lantai.
  Tidak cukup dengan itu, Airah berdiri dan terus pijak kaki Zainab berulang kali. Terpekik terlolong Zainab menanggung kesakitan. Jalil yang di sebelah langsung tidak endahkan keadaan itu. Seperti tiada apa yang berlaku. Dibiarkan sahaja kelakuan Airah itu.
  "Airah!" Satu suara menengking dari belakang. Airah berhenti dari pijak kaki Zainab dan terus duduk di kerusi semula.
 
 

Sesungguhnya cinta ini untuk kamuStories to obsess over. Discover now