Fail di hadapan mata dibelek-belek tanpa perasaan. Jasad di pejabat tapi hati berada di tempat lain. Wajah lelaki itu kembali menerjah kotak fikirannya. Tanpa sedar mulut mengukir senyum.
"Amboi, sejak balik dari cuti ni senyum memanjang." Sapa Julia sekaligus mematikan lamunan Syaris.
"Mana ada senyum..." Syaris alihkan pandangan ke dada skrin komputer di hadapannya. Senyuman dimatikan.
"Eleh...yela tu. Kau teringat kat mamat tu ke?" Usik Julia lagi.
"Mamat mana pula ni? Kau ni takda kerja ke yang datang melepak kat bilik aku ni?" Syaris pura-pura bertanya walaupun apa yang disoalkan Julia itu tepat mengena.
"Aku nak bagi kau kerja la ni." Julia sengih sehingga menampakkan barisan gigi yang tersusun kemas lagi putih.
"Klien dari Putra Holdings dah sampai, ada dalam bilik meeting."
Syaris hanya mengangguk sekilas. Tiba-tiba rasa malas menerpa diri. Dua minggu bercuti membuatkan semua sel-sel tubuhnya turut bercuti. Waimah sudah kembali bekerja, sel-sel itu masih lagi bercuti nampaknya.
"Mesti kau terkejut tengok wakil syarikat tu nanti." Pancing Julia bila melihatkan wajah monyok sahabatnya itu.
"Why?" Soal Syaris sepatah.
"Dia yang datang..."
"Dia siapa?"
"Mamat pulau tulah."
Terbuntang mata Syaris bila mendengar jawapan Julia. Hati terus rasa berdebar dan jantung berdegup laju. Syaris terus mencapai fail untuk minit mesyuarat hari ini dan bergegas keluar menujuk ke bilik mesyuarat. Julia hanya menggeleng.
Sementara dalam bilik mesyuarat, seorang lelaki sedang membelek komputer riba miliknya. Membuat pemeriksaan terakhir sebelum membentang projek cadangan kepada syarikat itu. Ini permulaan bagi syarikat miliknya, jika berjaya ia akan membawa keuntungan besar bagi syarikat bilis sepertinya.
"Tengku Khalil Azmi bin Tan Sri Tengku Mokthar."
Terkedu sebentar Azmi bila dengar nama penuhnya diseru. Suara itu begitu lembut dan sedap didengari. Tetapi dia semacam pernah dengar suara gadis itu. Perlahan dia menoleh ke belakang.
Jika tadi dia terkedu kini rahangnya pula seakan mahu tercabut. Sempat tapak tangan menarik naik dagu menutup mulut yang sudah hampir terbuka luas itu. Air liur tiba-tiba rasa perit menerjah kerongkongnya.
"Cik pulau sedih?" Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Azmi. Hampir ketawa besar Syaris mendengar nama panggilan mamat pulau itu.
"Anyway, my name is Putri Syaris Suhaila binti Amirul. Umur 28 tahun. Masih bujang dan available." Selamba sahaja Syaris membuat intro tentang dirinya. Azmi senyum sekilas sebelum mengangguk.
Syaris berjalan dan menuju ke kerusi di sebelah Azmi lalu ditarik sebelum dilabuhkan punggung sebelah lelaki itu. Entah kenapa dia jadi gedik semacam bila ada dengan lelaki itu. Mahu kata sudah lama kenal, nama pun baru tahu hari ini. Kalau nak kata sikapnya begitu pula jauh panggan dari api.
Azmi sudah tidak senang duduk. Alat penghawa dingin yang tadinya elok berfungsi dirasakan seperti rosak. Peluh jantan mula keluar membasahi dahinya. Tamabahan wangian minyak wangi yang semerbak dari Syaris membusatkan jiwanya makin tidak keruan.
Azmi akhirnya bangun dan minta diri ke tandas. Tidak betah dia berlamaan di situ. Dia perlu mencari ruang untuk bernafas. Takut nanti ada pula yang lemas atas darat.
"Cool down Azmi! Rilex...Kau buat biasa je okey..." Azmi cuba memotivasikan dirinya sendiri.
"Tapi kenapa dia? Argghhh...aku dahlah takleh tengok dia...sebab dialah aku jadi sasau sejak balik dari pulau. Ni pula nak kerjasama dengan syarikat dia? Bala ni...bala...bala..." Azmi buka pili air dan ditadah kedua tangan lalu dibasuh mukanya beberapa kali.
Azmi berdiri di hadapan pintu bilik mesyuarat, nafas ditarik sedalam mungkin sebelum dihembus perlahan-lahan dan tombol pintu dipulas. Mata terbeliak dan mulut sedikit ternganga bila kaki sudah masuk melangkah ke dalam bilik itu.
"Maaf ye Tengku, saya Azlan. Pengurus projek yang akan gantikan tempat Cik Syaris. Kita boleh mulakan?" Suara lelaki itu bergema. Perlahan Azmi angguk dan tarik kerusi untuk duduk.
Sepanjang waktu perbincangan, Azmi tidak dapat tumpukan perhatian. Otaknya asyik fikirkan tentang Syaris. Ke mana gadis itu menghilang? Kenapa lelaki botak ini pula jadi ganti? Baru nak gembira, nampaknya sasau baliklah lepas ni.
"Maaf tanya sikit." Azmi bersuara selepas tamat waktu perbincangan.
"Memang awak ke yang akan handle projek ni? Bos awak tak terlibat?" Soal Azmi berhati-hati. Tidak mahu lelaki itu salah faham.
"Ye saya. Tapi saya cuma handle dari pejabat jelah. Yang lain Cik Syaris sendiri akan turun padang. Hari ini saya ganti sekejap je sebab Cik Syaris ada emergency tadi." Jelas Azlan.
Azmi urut dada tanda lega. Mulut terukir senyum tanpa sedar. Maknanya dia boleh berjumpa lagi dengan cik pulau sedih? Kaki melangkah dengan senang dan hati yang berbunga-bunga. Pasti malamnya tidur tidak akan lena.
Syaris berhentikan kereta di hadapan sebuah rumah teres setingkat. Mata melingas sebelum berhenti pada satu sosok tubuh seorang wanita separuh abad yang sedang menyiram pokok. Diperhatikan wajah wanita yang semakin ditelan usia itu. Hatinya dipagut rasa sayu dan pilu. Betapa hati merindui sentuhan dari wanita itu.
Baru jari menekan butang kunci pintu kereta dan berura-ura mahu keluar dari dalam dia terdengar satu jetitan kasar memaki hamun dari dalam rumah. Niatnya dimatikan dan ditunggu kemunculan pemilik suara yang menjerit tadi.
"Hoi orang tua! Kau pekak er? Kau tak dengar ke aku panggil?" Muncul seorang gadis dengan muka tak siap dan rambut serabai. Gayanya seperti orang baru bangun tidur.
"Maaf, ibu termengelamun tadi. Ada apa Rah?" Soal Zainab takut-takut. Muka tidak berani diangkat, risau penampar hinggap di pipi.
"Itulah kerja kau. Aku lapar, sediakan aku makanan."
"Makanan dah sedia kat dapur tu. Ibu dah masak pagi tadi,"
"Habis tu? Kau nak suruh aku pergi cedok sendirilah? Kau tak reti ke nak buat apa? Ke kau dah nyanyuk?" Airah cekak pinggang sambil jegil mata. Nafasnya sudah mula mendesah laju menahan geram.
"Kau masuk cepat! Har ini makan dia! Bodoh punya orang tua." Airah menyepak punggung Zainab dengan kuat dan menunjal kepala wanita itu. Mujur Zainab tidak rebah ke tanah.
Syaris yang perhatikan drama tersebut menjadi geram. Ikutkan hati mahu sahaja dia keluar dan tampar gadis itu. Namun rasa takut itu masih menguasai diri. Kalau setakat Airah dia tidak hairan. Masih boleh melawan. Bagaiamana jika lelaki durjana itu muncul? Mampukah dia selamatkan diri?
Baru sahaja bercakap, muncul seorang lelaki bertubuh besar dan tinggi serta bermisai tebal di hadapan laman. Mulut menguap besar dan kelihatan langsung tidak sopan berperangai seperti itu.
Syaris terus menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar dari kawasan itu. Airmata yang menitis dihapus dengan hujung jarinya. Sungguh dia rasa lemah dan tidak bermaya.
"Maafkan Syaris...maafkan Ris..." Syaris merintih sayu.
ESTÁS LEYENDO
Sesungguhnya cinta ini untuk kamu
Ficción GeneralDi sakiti berulang kali membuatkan Syaris hampir menutup pintu hatinya buat insan bergelar lelaki. Namun kehadiran Azmi merubah segalanya. Kehidupan Syaris berubah menjadi berlainan dari dirinya yang sebenar. "Cik pulau sedih?" Itulah gelaran Azmi b...
