Cerpen Chempaka

En başından başla
                                    

"Abang sibuk. "Bersama ayat itu, Rizyad rungkai pelukan Chempaka. Dia tolak tubuh kecil Chempaka menjauh dari tubuhnya. Rimas.

Terasa. Tipulah kalau Chempaka tidak terasa dengan perbuatan Rizyad itu.

"Chem minta maaf. "Dipusing arah tubuh membelakangi Rizyad. Air jernih gugur tanpa dapat ditahan. Chempaka menangis dalam diam.

Tangisan itu berterusan sehingga dia terlelap dengan sendiri. Memujuk hati yang merajuk dengan kata-kata dan perbuatan Rizyad bukannya payah. Tapi untuk memahami sikap Rizyad, itu yang membuatkan dia tak habis fikir.

Sebenarnya, Rizyad orangnya bagaimana?

Kepulangan Umi Diah setelah seminggu berkampung di Kelantan menghadirkan senyuman dibibir Chempaka. Namun senyuman itu pudar disaat melihat kelibat seorang wanita yang berada disebelah Umi Diah. Cantik bersama senyuman dengan sepersalinan baju kurung cotton mengikut bentuk tubuh dan bertudung bawal litup.

Dia kenal wajah Ayu tersebut. Tapi kenapa Umi Diah bawa gadis ini sekali kesini? Untuk apa sebenarnya tujuan Umi Diah?

"Kak Chempaka kan? "Lunak suara itu menganggu gugat hati Chempaka. Entah kenapa, dia yang tadinya lebar dengan satu senyuman pudar jadinya dengan kehadiran si gadis manis.

Seperti akan ada satu persaingan sengit yang akan terjadi.

"Cantik Kak Chempaka sekarang. Dah lama Jelita tak tengok Kak Chempaka. Kali terakhir agaknya masa majlis kahwin Kak Chempaka dengan Abang Riz Dua tahun lepas."Pujian Jelita diawal kata langsung tidak menjentik rasa bangga dihati Chempaka. Bila si gadis Jelita menyebut nama si suami pada akhir kata, terus Chempaka rasa lain.

"Jelita kenapa ke sini? "Entah kenapa, laju saja ayat pertanyaan itu yang ditanya Chempaka. Serius, dia mahu tahu asbab kedatangan Jelita ke mari. Untuk berjumpa dengan kekasih lama? Atau, melihat sendiri bagaimana rumahtangga si bekas kekasih hati?

Hai,entah apalah yang berlaku sekarang ini. Hubungan dia dengan Rizyad pun macam tak berkesudahan. Ingatkan bila Umi Diah balik nanti, bolehlah mereka berbaik seperti sediakala. Tapi, kemunculan Jelita pula yang semakin mengugat alam rumahtangga mereka saat ini.

Jelita ketawa kecil. Dimana lucunya dengan pertanyaan Chempaka tadi? Rasanya tiada yang melucukan.

"Umi yang pelawa Jelita datang kesini. Alang-alang tu dia memang nak cari kerja dekat-dekat KL ni. Umi pun ajaklah dia kerja sekali dengan Riz dekat ofis tu. Kalau-kalau ada kerja kosong, bolehlah Jelita kerja dengan Riz. "Umi Diah menyampuk.

Chempaka bagai terhenyak dengan kata-kata Umi Diah. Bekerja satu Ofis?

"Kak Chempaka tak kisah kan kalau Jelita satu tempat kerja dengan Abang Riz? "Soalan Jelita pula umpama satu tembakan tepat mengena jantung Chempaka. Ada ke isteri yang suka kalau bekas kekasih bekerja satu Ofis dengan suami.

"Err.. Tak.. tak kisah.. "Lain yang mahu dibalas, lain pula yang terbalas. Chempaka cuba ukir senyum nipis.

"Umi kan dah cakap. Chem ni tak apa. Jelita pun setakat nak tumpang cari kerja saja pun. "Ujar Umi Diah.

Wajah Chempaka menunduk kebawah. Kalau Umi Diah sudah berkata begitu, apa lagi yang boleh dia bantah. Status dia cuma menantu dirumah ini, apa-apa keputusan bukan dia yang tentukan.

"Abang Riz mana Kak Chempaka? "

Automatik Chempaka panggung kepala. Merenung Jelita sedalam-dalamnya. Amboi, Laki aku tu yang kau tanya..

"Kerja. "Sepatah dijawab.

"Hari Ahad pun kerja ke? Sibuk sangat Abang Riz sekarang. "Jelita seperti tidak putus-putus menyebut nama Rizyad. Jangan sampai Chempaka hilang sabar sudahlah.

Yayımlanan bölümlerin sonuna geldiniz.

⏰ Son güncelleme: Jul 29, 2021 ⏰

Yeni bölümlerden haberdar olmak için bu hikayeyi Kütüphanenize ekleyin!

Chempaka Rizyad (CERPAN)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin