Satu.

31 0 0
                                        

"Ayah, sakit. Dah, dah ayah".

Aku teringat waktu itu.Aku dipukul untuk kali ke berapa.Untuk salah yang tak aku tahu mengapa. Aku dituduh! Waktu itu, aku baru sahaja meningkat umur 11 tahun.

Aku pergi bergotong royong, pulang pada waktu petang.
Adik aku tuduh, yang aku tak solat.
Wallah, waktu tu aku solat berjemaah dengan kawan kawan.
Mungkin hari itu hari yang malang bagi aku.Aku sedih, kerana setiap hal mesti aku yang dipersalahkan.

Aku banyak mengalah.
Aku jadi marah.
Aku jadi pemberontak dalam diam

Umur aku makin meningkat, waktu itu aku berumur 12 tahun.
Aku sangat aktif di sekolah.
Aku jadi atlet, aku belajar bersungguh sungguh. Aku juga memegang jawatan sebagai pengawas pusat sumber. Bagi aku, aku buat untuk membanggakan mak ayah aku.

Tapi,
Aku salah. Mereka tak peduli.
Cuma mengiyakan sahaja apa yang aku dapat. Pulang dari sekolah mesti aku bercerita tentang apa yang aku lakukan, apa yang aku dapat. Aku sangat gembira, tapi respon mereka membuatkanku jadi sedih.

Pada waktu itu, ada seorang lelaki.
Yang sangat suka pada aku.
Tapi, aku sejenis yang fikir bahawa aku sangat kecil pada waktu itu.
Dia, sahabat baik aku. Sangat memahami aku. Aku bersyukur kernaa ada seorang kawan yang memahami aku.

"weh, malam ni kita main kejar kejar nak?" Kataku.

"okay boleh je." kata izzam

Aku memang seorang perempuan yang sangat lasak. Suka berkawan dengan lelaki. Dan aku jugak pernah berpakaian seperti lelaki.

Disebabkan aku seorang atlet, jadi aku mampu meloloskan diri dari mereka untuk menangkapku.

"Eh, kau nak sep aku guna daun tu ha. Faham!" Tegas ku.

"iya iya, tak yah risau sangat lah kau ni."

Aku mahu pulang waktu itu, tiba tiba.

"bye, perempuan. Aku tak ingat nama kau. Freak girl" kata seorang lelaki yabg aku baru kenal.

Dan dia merupakan kawan izzam.
Aku pernah melihatnya sebelum ni, tapi tak selalu tegur walaupun kami duduk di dalam satu apartment.

"Apa kau cakap!? Woi aku ada nama lah lelaki. Dahlah tak kenal!" Jeritku.

Aku mendengus.
Lalu pulang dan dimarahi ayah ku kerana pulang agak lewat.
Aku membiarkan begitu saja.
Aku malas mahu dengar bebelan lagi dan aku penat mendengarnya.

Esoknya di sekolah,

" Aisyah, kita nanti ada kem kan awak? . Bestnya tak sabar!"

Aku sangat teruja untuk kem kepimpinan tersebut. Aisyah, kawan baikku. Kami kenal sejak darjah 4.
Berpisah kelas sewaktu darjah 6.
Dia ibarat kembarku, jawatan yang sama. Dan ibunya juga berasal dari Sabah seperti ibuku. Kami sangat saling menyayangi ibarat adik beradik.

Aku teringat tempoh hari,
Kawan izzam yang menyapa aku perempuan tu.

"ceh, dia ingat dia tu handsome sangat ke?" sambil aku merenung di luar kelas.

"tapi, dia nampak baik. Herm" tersenyum sinis aku teringat akan nya.






PecahWhere stories live. Discover now