" Haah. Di Greystone Hotel. Cepat Dam, aku tunggu kau kat sini "

Pijoy menamatkan panggilan sebelum sempat Adam bersuara. Sekarang? Mana mungkin Adam pergi lalu meninggalkan Dania sendirian.

📱 Joy, Dania ada dengan aku sekarang. Kau tahu kan kejadian tadi di tempat kerja aku? Aku takde pilihan lain selain bawa Dania ke tempat aku. Tolong jumpa Darwina dan bawak dia ke sini

Adam menghantar Whatsapp pada Pijoy. Bingung Adam. Peluang baik sudah berada di depan mata, tapi keadaan memaksa dia untuk berdiam.

📲 Tahu. Okey aku cuba

Adam menghela nafas lega, melemparkan perlahan HP miliknya ke atas permukaan meja. Adam mengurut batang hidung sendiri, kembali masuk ke dalam biliknya lalu melabuhkan badan di Sleeper Sofa itu, yang tersedia di dalam bilik tidurnya.

///

Adam dan Dania sama-sama terjaga, saling merenung antara satu sama lain. Bila alarm menyapa, serentak Adam dan Dania melarikan pandangan masing-masing lalu mereka bangkit duduk.

" Semalam kau demam, kau dah okey ke pagi ni? " Soal Adam, lain pandangan Dania tatkala memandang dia

" Apa yang terjadi malam tadi? Saya dengar bunyi tembakan tepat di telinga saya "

Soal Dania, mempamerkan raut wajah tegang pada Adam. Adam bangkit berdiri, merapati katil itu membuatkan Dania mendongak kecil memandang dia

" Kau salah dengar " Kata Adam, langsung memusingkan badan dan melangkah mahu keluar dari ruang itu

" Saya yakin saya tak salah dengar Cik Adam Afiq! "

Langkah kaki Adam terhenti dimuka pintu yang terbuka luas itu, Adam berpaling, Dania sudah berdiri di tepi katil itu. Ada rasa sedih dihati Adam dipagi itu, bila Dania tidak menyedari sesuatu yang Adam ingin buktikan padanya. Adam hilang semangat diri untuk berterus terang

" Apa yang Cik Dania dengar semalam, memang betul. Itu adalah bunyi tembakan "

Terkerut kening Dania mendengar kata-kata Adam, lantas dia mempercepatkan langkah kaki menghampiri Adam.

" Siapa yang nak bunuh saya? " Soal Dania, serius. Serta merta Adam terundur selangkah ke belakang.

" Manalah saya tahu "

" Ke awak yang nak bunuh saya? " Ucap Dania, menuduh kejam terhadap Adam. Adam terkejut dengan tuduhan palsu Dania

" Dah kenapa pula saya nak bunuh Cik Dania?

Dania tahu itu tak betul dan tak mungkin lelaki itu mahu membunuh dia. Motif jelas tak ada. Dania keluar bilik, diikuti oleh Adam. Tiba diruang tamu, Dania teringat sekilas kejadian semalam.

" Lagi satu, macammana saya boleh sampai ke sini? Ni rumah awak ke? Isteri dan anak awak mana? "

Malas Adam melayan karenah pelik Dania, langsung dia melabuhkan punggung ke atas sofa, menggapai remote televisyen.

" Saya nak balik " Ucap Dania, meraih beg tangannya

" Okey " Kata Adam selamba. Dania mula naik berang bila Adam seakan tidak menghiraukan dia.

" Macammana saya nak balik? Kereta saya kan tinggal kat office! "

" Ingat pun " Kata Adam, kembali berdiri

" Saya minta maaf tentang apa yang saya katakan tadi. Saya nak balik, ayah tentu risaukan saya "

Adam menelan liur bila Dania menyebut perkataan 'Ayah'. Adam berkalih pandang ke wajah Dania, dia mengangguk kecil

Suami Yang HilangWhere stories live. Discover now