" Tu kan Wawa Safiyah , model cantik di Malaysia "

Nak saja aku berlari untuk dapatkan tandatangan dia , tetapi kehadiran Adam Qushayyi yang muncul dengan tiba-tiba itu menghentikan niatku

" Kau nak ke mana? " Soal Adam . Aku lihat model dan auntie tu dah takde

" Kau cari siapa? Tak nak balik ke? "

Sempat aku jeling Adam sebelum masuk ke dalam kereta . Melepas aku .

///

Hari pernikahan aku dan Adam telah tiba , sungguh aku masih tak percaya lelaki bengis , ego , angkuh dan sombong ini telah sah jadi suami aku . Pernikahan kami di lakukan secara sederhana dan tertutup . Kami bernikah di Masjid dengan aku berwalikan wali hakim dan papa lah menjadi saksi pernikahan suci ini .

" Papa gembira tak terucap . Papa doakan semoga Adam dan Dania kecapi kebahagiaan di dalam rumah tangga ini . Papa juga doakan , semoga jodoh Adam dan Dania kekal bahagia hingga ke syurga "

Ucap papa diiringi air mata bahagia dan sedih . Aku turut mengalirkan air mata , ada sebak di dalam dadaku . Ku lihat Adam tersenyum lalu papa memeluk kami berdua .

Tiada alasan lagi bagi Adam menuduh aku untuk merebut kekayaan yang dia miliki , kerana aku telah sah menjadi isteri dia . Suka atau tidak , itu lah keputusan yang harus Adam terima .

Malam itu aku sembunyikan diri di bilik air , segan dan malu aku nak keluar dan tayangkan muka ini pada dia meskipun aku ini telah halal untuk dia

" Relaks Dania , kau kan perempuan tak reti malu "

Sempat aku memberi semangat pada diri sendiri sebelum meninggalkan bilik air . Langsung saja jantung ku berdebar kuat sebaik aku melangkahkan kaki kanan ke dalam bilik , Adam sudah menunggu aku di daun pintu dengan menghalang jalanku

" Kau buat apa kat dalam lama sangat? Mancing ikan ke? Banyak dapat? "

Ujar Adam membuat lawak , aku langsung tak tergelak kerana berdebar . Maklumlah , malam pertama . Semua gadis tentu akan rasakan perasaan ini

Adam kemudian senyum bila aku diam , tapi tiba-tiba saja dia tarik tangan aku dan bawa aku berjalan merapati katil . Aku dan dia sama-sama melabuhkan punggung di atas tilam , mata kami bertentang dan semakin kuat debaran jantungku .

" Adam sorry , aku tak ready lagi "

Ucapku , berlari ke katil dan sembunyikan diri di dalam comforter tebal . Aku dengar bunyi tapak kaki , lalu suara gelak Adam membuatku cemas

" Kau ingat aku pun dah ready? Aku bawak kau ke katil sebab nak suruh kau tidur . Aku nak guna bilik air , lama sangat kenapa? "

Fuhh aku menghela nafas lega tetapi tak dapat sembunyikan wajah malu ini . Nak letak kat mana!! . Tak lama begitu , aku dapat rasakan kehadiran Adam baring di sebelah ku

" Good night perempuan "

Hanya itu saja yang Adam ucapkan sebelum memalapkan lampu tidur . Tapi , Adam tarik comforter lalu letakkan kaki dia ke atas kaki aku . Dengan sepantasnya aku tolak kembali kaki dia . Kembali aku dengar suara gelak nakal Adam .

Aku tak dapat memejamkan mata , tangan Adam sudah melingkar di perut ku .

///

SHANGHAI adalah negara pilihan kami untuk berbulan madu . Selepas tiba , langsung kami berehat di dalam bilik hotel . Aku dan Adam sama-sama nampak lelah , kembali dia menyambung tidur . Aku mengambil kesempatan untuk menangkap moment itu

Peace ... Comel

Kataku bila gambar itu ku lihat semula . Aku kucup dahi Adam kemudian masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan diri . Adam nak bawak aku ke Shanghai Disneyland dan aku sangat teruja .

Suami Yang HilangWhere stories live. Discover now