10

1.9K 213 46
                                    

Aira masuk ke dalam wad namun Doyoung tidak ada di atas katil .

Dia melihat sekeliling namun tak kelihatan .

Pintu bilik air di buka dari dalam . Doyoung keluar dari sana .

"Bila kau sedar?" soal Aira lalu menolong Doyoung bergerak ke arah katil nya .

"Baru je tadi , bangun terus cari tandas" Doyoung tergelak kecil .

"Ish lain kali tunggu lah aku"

"Dah tak tahan sangat tadi , takkan nak tunggu kau lagi . Kalau tak sampai kesudah lah aku tak buang air , mahu berpeta katil ni nanti"

Aira tersengih . Doyoung menjeling . Salah dia juga tinggalkan lelaki itu lama .

"Kau pergi mana lama sangat?"

"Cafe . Aku lapar tu yang pergi makan sementara tunggu kau sedar . Kau lapar tak? Nak makan?"

"Laparlah jugak" Doyoung mengusap perutnya yang terasa dari tadi berbunyi minta makanan .

"Aku ada beli makanan untuk kau , jup aku sediakan"

Aira keluarkan bekas makanan dari plastik bag lalu di letakkan di hadapan Doyoung .

Sudu dan garfu dikeluarkan lalu dihulur ke arah lelaki itu namun dia tidak menyambut .

"Kenapa ni? Ambiklah , takkan nak makan pakai tangan?" Aira hulurkan lagi namun Doyoung menolak .

"Kau suaplah , kesian tau kepala aku ni baru lepas kena hengtak . Kau tak takut jadi makin teruk ke? Macam aku amnesia ke , jangkitan kuman dekat otak ke-"

"Ish , jangan cakap benda bukan-bukan boleh tak? Masin mulut tu nanti baru tahu"

"Alah , tolonglah suap" sengaja bibirnya dijuihkan .

"Okay" Aira terpaksa mengalah . Doyoung sudah tersenyum gembira .

Makanan di gaul lalu di sumbat ke dalam mulut lelaki itu .

"Sedap?" soal Aira dan perhatikan wajah Doyoung yang berkerut-kerut .

"Tak , tapi bila kau suap jadi sedap lah jugak" bersusah-payah Doyoung cuba menelan makanan tersebut . Aira sudah tergelak kecil .

"Dah tak payah makan kalau tak boleh nak telan . Nanti aku suruh Taeyong belikan makanan"

"Tak payah lah , makan kau je lah"

"Kau fikir aku makanan ke gila?" Sudu di tangan nya terus diketuk tepat ke arah kepala Doyoung .

Lelaki itu terus mengaduh kesakitan .

"Aduh! Sakit! Argh!"

"M-mian , sakit sangat ke? Sorry weyh" Aira letakkan sudu dan garfu ke tepi . Dia melihat keadaan kepala lelaki itu .

Jelas kelihatan wajah resah gadis itu . Boleh pula dia memukul kepala orang yang baru lepas dibalut .

"Kau ni kan memang nak kenalah!"

Lengan Aira ditarik sehingga dia terbaring di atas katil . Doyoung pula sudah menindih .

Membuntang mata Aira . Dada lelaki itu dipukul berkali-kali namun dia langsung tidak berganjak .

"Ish! Bangunlah! Gila ke?!"

"Kalau aku gilakan kau , salah ke?"

Doyoung tersenyum sinis . Jarak antara wajah mereka hanya beberapa inche sahaja .

Krekk...

"Doyoungggg-WOI!"

Dengan pantas mereka bangun dari baring . Aira membetulkan rambutnya manakala Doyoung berdehem .

[C] Boyfriend Upahan | KDYWhere stories live. Discover now