Kanak-Kanak

86 4 0
                                    


Diantara umur 7-9 tahun menetap di Kawasan kediaman di Membakut, salah satu peristiwa yang tidak boleh dilupakan juga ialah sewaktu jam 4 petang. Dimana kelibat kanak kanak dari Kawasan perumahan yang lain akan melepasi Kawasan rumah untuk ke padang A dan B yang merupakan di kedua belah di antara rumah kami. Seperti biasa, kami akan ditinggalkan sendirian di rumah atas sebab faktor ibu dan bapa kami bekerja. Boleh dikatakan rutin harian kami melihat kanak-kanak lain utk lalui Kawasan ini dari jendela rumah.

Kebiasaanya, ramai yang akan menoleh untuk lihat rumah ini dan ada juga yang akan berlari laju. Pada jam seperti inilah yang ramai cakap akan Nampak kelibat seorang perempuan berambut Panjang dan memakai baju putih di sekitar keliling rumah (hanya kami yang tidak pernah ternampak, ibu pernah kata, mungkin ianya merupakan penjaga rumah dari dulu). Tapi kali ini, semasa kami berdua melihat dari jendela rumah, ada satu kelibat dalam lingkungan remaja, memakai topi dan baju jersey berjalan dengan kanak kanak lain. Saya masih ingat memanggil sis saya dan bertanya "Napa dia tiada kaki? Tapi masih boleh jalan?". Soalan ini membuatkan sis saya terkejut dan cepat -cepat meminta saya tunjuk kearah remaja yang mana satu? Dan bila saya mula mencari balik remaja itu, tidak ada pun dalam kelibat dia dalam pasukan kanak kanak. Di sana sis saya meminta saya untuk berdiam dan jangan bertanya soalan.

Ibubapa kami selalunya lewat balik ke rumah, kebiasaanya dalam sekitar jam 9 atau 10 malam. Sepanjang masa untuk menunggu mereka, kami berdua akan tunggu di ruang tamu sahaja. Dan tidak akan sesekali masuk ke ruangan bilik. Kadangkala, kami akan mendengar seolah olah ada yang batuk di sekitar Kawasan rumah, tapak kaki di beranda rumah, pintu grill digoncang dan paling teruk apabila kerap kali seekor ular hitam sebesar tangan akan masuk ke dalam rumah. Jika ular hitam ini yang masuk, jangan cakaplah, kami teriak sekuat hati tapi bayangkanlah, tiada yang dengar dan masa ini tiada lagi kemudahan phone rumah/ handphone macam sekarang. Sis saya akan bawa saya lari masuk ke dalam bilik mandi (Kawasan yang kami rasa paling selamat untuk sembunyi). Bila parents sudah balik, kami ada juga beritahu dan mereka bergegas mencari di setiap sudut rumah untuk mencari persembunyian ular tu. Tapi tiada pun ular kena jumpa (kes ular hitam masuk rumah dalam 3/5 kali).

Ada satu masa juga, pada waktu malam kami akan dengar gate rumah di luar cuba dibuka. Sis dan saya akan cuba curi curi memerhati di dapur dengan bertengek (lampu dipadam). Kadang kami akan melihat satu bayang hitam hanya berdiri di luar gate memerhati kami, kadang boleh menembusi pagar rumah begitu saja. Masa nie, kami jangan cakaplah...hanya doa dan menangis saja kadang kadang. Bila keadaan ini sering berlaku, kadang bila jumpa dengan rakan di sekolah, mereka akan rasa kami orang yang pelik. Cerita yang saja direka atau kami hanya ingin mendapat perhatian. Kadang sampai di sekolah pun, boleh dirasa Kawasan yang boleh kita pergi atau tidak. Tidak tahu macam mana, tapi seolah-olah ada dua suara yang kita akan dengar 'yang baik dan yang jahat'.

Ada juga, bila balik dari sekolah, kami akan menunggu di sebuah restoran keluarga kawan, yang bernama Ken. Setiap balik dari sekolah, memang kami akan duduk di kedai makan keluarga Ken (kami tiada wang saku lebih, hanya menanti diambil oleh bapa atau bas lori untuk balik ke rumah). Ken melayan kami sangat baik, tapi mungkin mendatangkan rasa kurang senang beberapa pelanggan apabila melihat kami sering duduk disana dalam 3 hingga 4 jam sementara menunggu diambil. Sampai satu masa, nenek Ken meminta kami untuk duduk di ruangan meja dapur agar kami tidak menganggu pelanggan di luar. Kami sangat rapat dengan Ken masa tu. Tapi keakraban kami tidak disenangi oleh nenek Ken. Ada satu masa, nenek Ken pernah memarahi Ken kerana berkawan dengan kami, kami dianggap pembawa soi di kedai tu. Pernah sekali, Ken cuba mempertahankan kami tapi dia lagi teruk dimarahi. Sehingga satu masa...saya terlihat seorang kelibat datuk lelaki di ruangan dapur kedai Ken, berjalan dan mengeluh. Kadang datuk lelaki itu hanya memerhati ruangan luar kedai dari pintu dapur. Atas dasar ingin tahu, saya cuba bertanya dengan Ken, samada datuk lelaki itu merupakan datuk dia. Ken hairan dan ketawa, dia ingatkan saya bergurau. "Datuk saya suda lama meninggal oo, tinggal nenek lagi. Sebab tu saya kena hantar tinggal sama nenek". Mungkin melihat raut wajah saya yang serius, Ken mula merasa saya tidak bergurau dan menceritakan pada nenek dia. Akibatnya? Kami dihalau keluar dan dilarang untuk masuk ke kedai Ken lagi, atas sebab "SOI".

Apabila masih kecil dan hairan dengan apa yang berlaku, sedikit sebanyak menganggu emosi dan fikiran. Tidak boleh membezakan apa yang betul dan salah. Atas sebab faktor persepsi orang sekeliling yang akan menganggap kita bergurau atau berkhayal. Maka pendekatan alternative adalah dengan hidup dua perwatakan yang berbeza. Pembelajaran? 90% terganggu. Belum buka buku, belum belajar, belum buat apa pun. Asal lelap, akan ada suara yang bercakap "Ko tetap gagal" "Kau akan jatuh" atau nenek kebayan itu akan datang semula di dalam mimpi sekali dengan suara suara yang lain. Stress me out for several years.

Bersambung...

Yang TerpilihWhere stories live. Discover now