Seo Jisoo atau dikenali sebagai Jissy ialah seorang perempuan biasa berkacukan Korea dan Amerika. Selepas kematian bapanya, ibunya membawa dia pulang ke Korea dan bercadang untuk menetap di sana. Semasa di lapangan terbang, Jissy terlanggar dengan seorang lelaki dan menyebabkan passport mereka terjatuh.
" Maaf, saya tak sengaja" kata Jissy cuba untuk mengutip passportnya tetapi tangan lelaki itu bergerak pantas. Dia mencapai passport itu terlebih dahuludan memberikan passport itu kepada Jissy. Saat itu, Jissy terpaut pada mata lelaki itu yang dilihatnya mempersona. "Hmm takpelah. Dah nak jatuh kan". Dia berlalu tanpa memandang Jissy. Matanya yang bersinar kelembapan itu menarik hati Jissy. Pancaran matanya yang membuatkan Jissy tidak melarikan anak matanya dari memandang lelaki itu mendapat teguran dari ibunya. "Sudah-sudahlah tengok orang tu. Macam-macam la anak ibu ni. Macamanalah nak dapat boyfriend". Jissy yang tersipu malu terus melarikan pandangannya kea rah passport yang dipegangnya. Dia pantas berjalan sambil membimbit tas tangannya dan berlari anak ke balai perlepasan. "Aduh ank aku ni laju sangat kalah hussain bolt" ibu Jissy sengaja menyindir menjadikan Jissy mati langkah dan berhenti sambil menoleh kebelakang. "Alah cepatlah ibu.. lambat dah ni".
Semasa berada di kapal terbang, Jissy duduk termenung. Jissy menguis nguis kakinya tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana kapal terbang ini akan berlepas sebentar lagi. Sebaik sahaja bunyi notis dibunyikan oleh pramugari, Jissy teringat akan lelaki yang baru sahaja ditemuinya. Mata lelaki bertopeng itu mencuit hatinya. Dia mula teringat akan mata lelaki yang berwarna amber sesuai dengan bulu matanya yang panjang dan alis yang indah. Cara lelaki itu memandang Jissy sukar untuk dimengertikan tetapi apa yang Jissy tahu, mata itu mencuit hatinya. "Ouch! Apa ni bu ?" Jissy mengomel lalu menggosok pahanya yang memerah akibat di cubit oleh ibunya. "Hmm sedar pun anak ibu ni ehh. Ingat dah tak sedar dah asyik ingat sape entah" ibunya tersenyum lalu tanpa melengahkan masa, Jissy membuang pandangannya ke tingkap sebaik sahaja dia tahu, mukanya akan merah akibat malu.
Terasa mengantuk, dia mula untuk meregangkan badannya lalu bercadang untuk pergi ke tandas kerana 7 jam perjalanan bukanlah sekejap. Dia mengangkat punggungnya dari tempat duduk lalu berjalan menuju ke ruangan tandas. Seleasai sahaja pergi ke tandas, dia berjalan menuju ke tempat duduknya tetapi ketika itu, matanya menangkap figura yang pernah dilihatnya. Matanya berkelip, tidak percaya bahawa lelaki yang dilihatnya tadi duduk betul-betul di belakang tempat duduknya. Jissy yang masih terkaku disapa oleh pramugari yang bertugas. "Cik, boleh ambil tempat duduk ? sebab bahaya berdiri macam ni". Jissy yang masih tergamam memulakan langkah ke tempat duduknya namun mata lelaki yang polos itu masih melekat di fikirannya "macam mana manusia macam tu boleh wujud ehh" dia mengomel. "Manusia apa lagi ni? Dahl ah tidur" ibu Jissy menegur sebaik sahaja mendengar omelan anaknya. Jissy terus memasang earphonenya ke telinga dan menutup mata. Namun mata polos lelaki itu masih terbayang di mindanya.
"Hmm Mr Airplane?"
To be continued.....
YOU ARE READING
My Mr Airplane
FanfictionSeo Jisoo atau dikenali sebagai Jissy ialah seorang perempuan biasa berkacukan Korea dan Amerika. Kematian bapanya menyebabkan ibunya membawanya pulang ke Korea dan menetap di sana. Tidak menyangka kejadian di lapangan terbang akan mengubah cerita h...
