Henry bertambah terkelu melihat keadaan itu. Muka Falah jelas memucat seolah baru ternampak malaikat maut. Bibirnya biru.

Iman juga sudah terkelu di tempatnya. Matanya turut terbeliak memerhati belakang Henry. Mukanya pucat lesi.

Herny mula merasakan ada haba yang mendekat di belakangnya. Tubuhnya terasa menggeletar. Tangannya yang memegang bilah runcing itu jatuh longlai apabila tidak lagi dicengkam Falah.

Dengan pantas - dalam keadaan jantung ini bagai hendak melompat keluar - dia menoleh ke belakang.

Nafasnya seakan memudar sebaik sahaja terlihat susuk di belakangnya.

Dalam samar cahaya pelita yang hampir padam itu, jelas satu susuk sedang berdiri tegak mencuar rembulan malam yang pudar.

Berpakaian serba familiar. Dengan busur panah bersilang di tubuhnya. Dan sekarung bilah runcing daripada kayu dan besi terlihat di belakang tubuh.

Wajahnya serius menatap susuk Falah yang terbaring. Seolah mata itu hendak sahaja menikam susuk Falah sekarang ini.

Iman tak terkata. Bibirnya hendak menyebut nama seseorang namun tak terluah. Air matanya yang sudah mengering tadi mula tumpah.

"Fal--"

"Abang Falah! Tunggu Linda!"

Dalam ketegangan suasana yang terasa semakin memekat ini, tidak semena muncul suara itu diiringi bunyi jatuh seseorang dari bukit kecil di hujung sana. Sekejap satu susuk yang juga berpakaian serba familiar berlari ke arah sini dengan nafas termengah-mengah.

Henry dan Iman bertambah tergamam.

Susuk itu tersenyum lebar menyapa Henry dan Iman.

"Hai kakak dan abang!"

Henry dan Iman tak terkata.

Memori

RETAKAN itu membuatkan tubuh rentung itu terbelah dua lantas menjadi seperti kacang yang terbelah kulitnya lalu menampakkan isinya.

Mona menekup mulut. Cuba menahan jeritan walaupun hakikatnya kerongkong sudah mula perit menahan rasa takut ini.

Dan saat matanya terlihat satu susuk keluar dari belahan mayat rentung itu dalam keadaan berposisi duduk menjulur kaki, dia betul-betul tak dapat menahan jeritannya yang sememangnya tidak dapat bertahan itu.

Jeritannya nyaring memecah udara.

Namun apabila susuk itu menatapnya dengan pandangan keliru dan berkerut, jeritannya perlahan hilang.

Nafasnya naik turun.

Mukanya pucat lesi.

Tangan yang menggeletar dijatuhkan.

"Ab.." Bibirnya bergetar. "Abang Falah?"

Susuk tersebut ialah Falah. Benar-benar seorang Falah.

"APA terjadi?" Falah memegang kepala yang terasa memberat. Nafasnya terasa sangat sendat dalam dada. Bagai baru keluar dari lubang kubur yang menyesakkan.

"Saya patut tanya abang.. Apa yang terjadi?" Mona tergagap menyoal kembali. Masih tak berani mendekat biarpun dia yakin susuk yang baru keluar dari kulit rentung itu benar-benar Falah.

"Macamana abang boleh keluar.. Keluar dari kulit ini?" Takut-takut Mona bertanya. Matanya jatuh pada kulit rentung yang tak ubah semacam kulit ular yang baru mengalami persalinan kulit. Dan ular tersebut ialah Falah.

Falah meraup wajah. Cuba menenangkan jiwanya yang berserabut. Dia ingat-ingat lupa apa yang terjadi. Cuma kali terakhir dia ingat hanyalah wajah seorang nenek tua yang sedang merenungnya tajam.

FALAH | Serunai Maut ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora