"Hah? Betul ke kamu ni? Ke kamu tengah mengigau ni?" Pipi anaknya ditepuk kiri dan kanan untuk menyedari gadis itu yang mungkin belum sedar sepenuhnya dari lena.

Dahlia menangkap tangan ibunya yang enak menampar pipinya.

"Lia tak mengigaulah ibu. Lia cakap benda betul ni. Kalau ibu tak percaya, jom ikut Lia." Dahlia menarik ibunya keluar dari bilik menuju ke ruang tamu yang hanya bersebelahan dengan biliknya.

Sampai saja dihadapan Prince Adrique yang sedang santai duduk diatas sofa, dia lantas menunduk hormat.

"Maaf Prince Rique sebab lama menunggu. Apa hajat Prince Rique datang ke rumah saya? Dan macam mana Prince Rique tahu rumah saya?" Soalnya penuh berhati-hati.

Senyuman mekar terlakar dibibir putera itu. Kaca mata hitam ditanggalkan bersama topi kemudian diletakkan diatas meja kopi dihadapannya.

Puan Zahirah terperanjat sewaktu melihat seluruh wajah pemuda bertshirt Polo biru tua itu. Dia menunduk hormat seperti mana anaknya lakukan tadi.

"Maaf Prince Rique, makcik tak tahu yang--" Tidak sempat dia ingin habiskan kata-katanya kerana sudah dipotong Prince Adrique.

"No, it's okay makcik. Saya tak ambil kesah pun. Kalau makcik tak keberatan, makcik boleh buatkan saya jus epal tak? Rasa macam dahagalah pula." Laju saja Puan Zahirah mengangguk menerima permintaan anak raja itu. Dia segera ke dapur meninggalkan Prince Adrique bersama Dahlia diruang tamu manakala Badrul berada diluar rumah untuk menjaga kawasan.

"Dah lupa?" Soal Adrique pada Dahlia yang sedang berdiri. Dia bangkit lalu menghampiri gadis itu.

"Lupa? Lupa apa?" Senyuman sinis tersungging dibibirnya.

"Your IC is still with me, Rose Dahlia." Terkelip-kelip mata Dahlia cuba mengingati apa yang sebenarnya ingin disampaikan lelaki itu.

"Err..oh yang kasut tu! Tapi Prince Rique suruh saya jumpa Prince Rique dekat tapak pasar malam tu tapi kenapa Prince Rique datang sini?" Dia masih ingat lagi bahawa perjanjian mereka adalah ditapak pasar malam dan bukannya dirumahnya.

"I lupa nak bagitahu jam berapa patut kita jumpa that's why I datang rumah you terus dengan alamat yang ada dikad pengenalan you." Semakin dekat jejaka itu dengan Dahlia, semakin kuat haruman maskulin menusuk ke hidungnya dan membuatkan dirinya cair dengan bauan ini.

"Dalam paper bag atas meja tu ada kasut I yang you dah kotorkan semalam. Ambil then basuh tanpa tinggal sikit pun kesan kotor. I akan ambil kasut tu esok daripada you. I tak boleh lama-lama dekat sini sebab I ada kerja nak kena buat. Get it?" Dahlia mengangguk faham.

"Tapi..esok saya kerja. Tak apalah, saya suruh ibu jelah bagi pada Prince Rique ya?" Wajah Adrique berubah tegang. Kakinya terus melangkah ke hadapan sehingga membuatkan gadis itu terundur sampai ke dinding rumah. Sebelah tangannya ditongkatkan ke dinding.

"You ada dengar I mention nama orang lain ke selain you?" Dahlia menelan pahit air liurnya apabila wajah anak raja itu hanya tinggal beberapa inci saja lagi ingin menyentuh mukanya.

"Err..tak.tak ada." Tergagap-gagap dia menjawab. Jantungnya tidak usah cakaplah. Seperti ingin tercabut saja dari dada. Begitu laju berdetak.

"Dekat mana you kerja?"

"Dekat.dekat Magazine Berhad." Mata violet Adrique menatap tajam mata milik Dahlia.

"You nampak ni?" Dia menyelak sedikit baju tshirtnya menampakkan sepucuk pistol berwarna keemasan yang terselit dipinggang seluar.

"You tipu I sikit, habis pecah berderai kepala you. Nak tak ada kepala?" Dahlia menggeleng takut. Peluh sudah membasahi dahinya.

"Good girl." Adrique mencapai bunga mawar putih yang berada didalam pasu diatas meja bulat kecil bersebelahan mereka menggunakan sebelah lagi tangannya kemudian dicium bunga itu. Haruman ini mirip seperti bauan yang dipakai Dahlia. Bunga yang sudah dibuang duri itu diberikan pada gadis itu.

"White rose, lambang kesucian cinta." Dia kembali berdiri tegak setelah mengungkapkan kata itu pada Dahlia.

Bajunya dibetulkan supaya pistolnya tidak kelihatan dek orang dapur. Rasanya boleh pengsan wanita itu jika ternampak apa yang berada di dalam bajunya.

Ini baru pistol, belum lagi lihat white machine gun kesayangannya. Rasanya mati mengejut wanita itu.

"Pesan dekat ibu, jangan bagitahu sesiapa yang Prince Adrique datang sini. It's too dangerous for you, mom and me also, okay? I gotta go. Kirim salam sayang dekat ibu." Adrique membelai-belai kepala Dahlia sebelum melangkah pergi dari rumah itu.

Dahlia melepaskan nafas lega. Tangannya yang terketar-ketar sewaktu menerima bunga dari Prince Adrique tadi sudah semakin baik.

"White rose, lambang kesucian cinta." Ayat manis Prince Adrique kembali berputar diingatan. Dia menyimpan senyum.

"Prince Rique, ni jus..eh? Mana Prince Rique?" Tanya Puan Zahirah yang baru muncul dari dapur bersama dulang berisi segelas jus epal ditangan.

"Dah balik dah ibu. Ibu itulah lama sangat buat air dekat dapur sampai tak sempat dia nak minum. Dia kirim salam sayang dekat ibu tadi." Puan Zahirah tergelak kecil sambil menggeleng perlahan. Ada-ada saja anak raja itu.

Seketika kemudian, dia menoleh melihat anaknya.

"Macam mana kamu boleh kenal rapat dengan Prince Rique? Dia anak raja. Bukan senang nak rapat-rapat macam tu. Siap datang bertandang ke rumah kita lagi. Cuba bagitahu ibu, apa yang dah jadi sebenarnya?" Dahlia mengukir senyum lebar. Bahu Puan Zahirah dipeluk lalu dibawa wanita itu duduk bersamanya diatas sofa. Segala kejadian semalam diceritanya pada ibunya agar wanita itu tidak lagi tertanya-tanya.

'White rose, juga lambang kemuliaan cinta.'

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now