Lama matanya merenung susuk mayat itu. Pandangannya merayap ke serata tubuh dalam keadaan dirinya masih berdiri. Tiba-tiba dia berasa pelik. Keningnya bertaut.

Ada sesuatu yang tak kena.

Satu bayangan serta merta memancar dalam benak. Bayangan dia cuba untuk menyentuh mayat neneknya lantas mayat itu hancur lebur dan kemudian dia terus berlari keluar dari bilik sebelum memeluk seseorang dalam keadaan berbisik ketakutan.

Itu bukan khayalan bukan?

Mona rasa berdebar. Bayangan itu berulang kali tertayang dalam fikirannya. Meyakinkan dirinya bahawa bayangan itu bukanlah mimpi, tapi itu adalah memorinya malam semalam sebelum dia rebah pengsan.

Jantung Mona berdegup kencang.

Matanya takut-takut menatap susuk mayat rentung itu. Mayat ini sangat kemas. Seolah tidak disentuh. Malah ini adalah bentuk pertama kali Mona dapati mayat ini. Spontan kakinya berundur setapak.

Nafasnya tersekat-sekat.

Apa ini?

Mona kebingungan.

Bagaimana mayat ini boleh menjadi sekemas ini sedangkan jelas dalam memorinya kehancuran mayat ini menjadi abu yang tidak berbentuk malam semalam!?

Ah! Apakah semua ini?!

Mona menggeleng pantas. Cuba menenangkan hatinya yang mula serabut dengan berbagai kenyataan yang pelik.

Tidak semena-mena kulit mayat tersebut retak!

Mona terkejut besar. Terus berundur beberapa tapak ke belakang. Menjauhi mayat tersebut.

Retakan itu sedikit demi sedikit memanjang daripada kepala terus ke pinggang. Menjadi lebih luas dan lebih panjang dengan sangat pantas pada perkiraan Mona.

Tubuh Mona mula menggeletar melihat pemandangan tersebut. Keanehan ini menyebabkan semangatnya hilang. Tidak pernah selama dia hidup dengan Nyai - mengalami situasi sebegini. Jika semalam saat dia menyentuh mayat Nyai sehingga pecah pun sudah dia pitam, maka saat ini mungkin sahaja dia akan pitam.

Krak krak..

Bunyi retakan bergema serata bilik ini. Menambah nuansa menakutkan untuk seorang gadis biasa bernama Mona. Lantas dia terduduk. Belakang tubuhnya terlanggar tiang buluh yang menjadi dinding rumah.

"Ja.. Jangan.." Mona terketar-ketar. Bibirnya terasa dingin. Dia cuma mahu apa sahaja yang berlaku di hadapan matanya ini berhenti. Berhenti meretak dengan gaya mengerikan sebegitu!

Retakan itu menjadi semakin panjang. Terus ke kaki mayat tersebut lalu jeda seketika apabila sampai di telapak kaki.

Mona bungkam. Namun seluruh tubuhnya masih sahaja menggeletar.

Retakan itu sudah berhenti.

Nyai.. Apa ini?

Mona tidak mampu menghadam. Hanya memerhati tanpa faham.

Krak!

Retakan itu tidak semena menyebabkan mayat tersebut terbelah dua.

Mona menekup mulut agar tidak menjerit. Kerongkongnya rasa perit. Nafasnya bagai hilang.

Pemandangan di hadapan sangat menyakitkan perasaan takutnya.

Dan sedetak nafas, matanya terbeliak apabila pandangannya disajikan dengan sesuatu yang benar-benar di luar jangkaan!

Sehingga tanpa apa-apa perkiraan, serta-merta dia menjerit nyaring bagai ada marabahaya sedang meluncur ke arahnya.

"FALAH.. Takkan tak mahu turun ke bawah? Air kita sudah habis. Lagipun dahagalah." Iman merungut-rungut di belakang. Sejak perjalanan ini dimulakan mereka daripada rumah Nyai sehinggalah kaki mereka mula merasa lenguh berjalan di lereng bukit kecil ini - Falah langsung tidak berhenti. Malah adiknya itu lebih gemar memilih untuk diam.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now