Jangan Kau Abaikan

16 0 0
                                        

Arisya duduk memeluk lutut di atas katil bersaiz King itu. Selimut ungu setia membalut tubuhnya yang ketakutan. Badan menggigil sejuk. Jam di dinding dipandangnya kejap. Jarum panjang menunjukkan nombor 12 manakala jarum pendek menunjukkan nombor dua. Suasana gelap membuktikan bahawa langit masih bertemankan bulan dan bintang. Awan tidak kelihatan di mana-mana.

Mimpi itu datang lagi untuk ke sekian kalinya. Arisya takut. Apa yang dimahukan? Dalam mimpi itu...

....ada bayi tanpa kepala.

....ada seorang perempuan terbang ke sana ke mari. Tiap kali dia cuba untuk naik ke atas langit, penduduk langit seolah menolaknya jatuh kembali ke bumi.

Kadang, dia melihat perempuan yang sama itu diseksa dengan penuh kejam. Pelbagai seksaan yang dia nampak.

Namun, apa yang menakutkannya ialah terdapat sebuah jurang api yang sangat dalam. Apinya sungguh marak bagai membelah bumi. Terdengar rintihan, tangisan dan jeritan yang mengerikan dari dalamnya.

Dan setiap kali itu juga, perempuan tadi berdiri di tepi jurang itu lalu mendekati Arisya. Apabila jaraknya dan Arisya hanya tinggal sejengkal, perempuan itu menariknya agar masuk ke dalam jurang itu bersamanya. Arisya yang bagai dipukau hanya mengikuti langkah lemah gadis itu. Arisya hanya tersedar apabila sebelah kakinya sudahpun berada di dalam jurang itu namun, semuanya sudah terlambat. Jeritannya tidak didengari oleh sesiapa pun.

Di dalam jurang itu dia diseksa oleh satu makhluk yang sangat menakutkan -- dengan penuh kejam dan tanpa sedikit pun belas kasihan.

"Kenapa kau abaikan apa yang kau lihat?" Satu suara menyeru keras ketika dia diseksa. Suara itu sungguh bingit. Hampir pecah gegendang telinganya. Otaknya berdesing. Matanya dipejam. Tak rela melihat segala yang buruk di situ.

"Kenapa?" Rambut Arisya ditarik sehingga tercabut. Peritnya hanya Tuhan yang tahu. Setelah itu dia dilempar bagaikan tenis. Kepala menghentak permukaan yang sangat tajam. Berulang kali tanpa henti.

Ada satu ketika, matanya terbuka. Di hadapannya, dia nampak satu kelibat yang cukup dikenalinya. Dia kenal dengan kelibat itu lima tahun yang lepas. Entah bagaimana, muncul pula seorang lelaki di sisi kelibat yang dikenalinya itu. Dia juga kenal lelaki itu.

Tersenyum sumbing secara sinisnya, tangan kiri lelaki itu sudah pun berada di pinggang saiz 29 kelibat itu. Senyumannya bagai meraikan kemenangan yang hakiki.

Bermula dengan pinggang, tangan lelaki itu naik ke atas bahu kelibat itu. Arisya tidak ingin menutup mata. Dia ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi. Dia ingin mencungkil segala kebenaran. Segala pedihnya seksaan yang diterimanya tidak lagi menarik minatnya. Dia lebih berminat dengan wayang percuma di depan mata.

Tangan lelaki itu menyentuh pipi kelibat itu. Mengusap perlahan. Kelibat itu tersenyum seolah merelakan segala perbuatan lelaki itu. Membelai. Mengusap. Terleka. Khayal. Ketagih.

Lama meletakkan tangan di atas bahu kelibat itu, lelaki itu mula membengkokkan lengannya, melingkari leher jinjang kelibat itu. Kelibat itu meronta meminta pertolongan. Namun, Arisya tidak mampu berbuat apa-apa. Dia seolah kaku. Lumpuh.

Satu..

Tiga..

Enam..

Sepuluh..

Kelibat itu tidak lagi meronta meminta tolong. Dia hanya berdiri tegak sebelum lututnya jatuh menyembah bumi. Diikuti dengan tubuhnya. Sekelip mata, tubuhnya hancur dimamah api yang panas.

Lelaki itu mengilai ketawa. Macam orang gila. Itukah makna senyum sumbing yang dilontarkan sebentar tadi? Arisya mencari juga piala kemenangan. Tetapi, tiada.

Ketika itulah Arisya terbangun dari tidurnya. Mimpi tak selalunya indah.

Maafkan aku...

Aku tak tegur kau sewaktu kau keluar dengan berpuluh-puluh lelaki dulu..

Aku takut kau marah..

... sebagaimana takutnya aku terhadap seksaan dalam mimpi tadi.

JANGAN KAU ABAIKAN....

....kemungkaran di depan matamu. Kelak kau akan dipersoal. Tegur. Nasihat. Biar mereka tak mendengar, tetapi agar kau lepas daripada tanggungjawabmu. 

AkuStories to obsess over. Discover now