Engku Maira Sofia

24 0 0
                                    

Pagi ini terasa indah sekali. Entah kenapa aku merasa tidak sabar untuk bekerja. Tepat jam 8:30pagi aku sudah berada di hadapan rumah Diana. Aku menghantar mesej mengatakan aku sudah sampai.

Dalam 10 minit baru Diana membuka pintu rumahnya.

"Weh Maira. Sorry lambat." Kata Diana sambil menyarung kasutnya.

"Haa takpe.." Aku sengih sahaja melihat Diana yang terkocoh-kocoh.

"Dah. Jom." Diana mengambil alih posisi memandu. Dia memecut laju motorsikal aku. Aku yang berada di belakang berasa kecut perut.

"Laju betul ni. Kita dah lambat sangat ke?" Soal aku.

"Lambat lah juga. Kita kena ada kat sana pukul 9:00 pagi." Jawab Diana.

Aku melihat jam di tangan;
8:38 pagi

Patutlah seperti mahu tercabut nyawa dia pulas motorsikal.

Tepat 8:55 pagi kami sudah sampai di parkir motor. Laju betul Diana ni bawa motor. Jalan untuk ke tempat baru ini pun aku tak sempat nak tengok dan ingat. Mati lah aku kalau kena pergi sendiri nanti!

Sampai sahaja di sana, aku melihat semua yang berada di situ memakai baju serba putih.

"Ni semua pun budak baru ke Diana?" Soal aku hairan.

"Eh tak lah, start harini kitorang kena pakai baju putih. Dah tak boleh pakai baju bebas." Terang Diana sambil membuka Sweater di badannya. Aku melihat dia juga mengenakan baju kosong berwarna putih. Aku hanya mengangguk faham.

"Kak, ni kawan saya. Dia baru masuk harini." Diana menyapa seorang wanita yang lengkap berpakaian formal. Wanita itu tersenyum melihat kami.

"Nah. Tulis nama, nombor telefon, alamat dengan agensi." Wanita itu menghulurkan sehelai kertas kepada aku.

Usai sahaja mengisi borang, aku terus melangkah masuk ke dalam gudang. Ya, aku kerja di dalam gudang. Gudang sebuah syarikat perniagaan online terbesar di Malaysia— SweetShoppers.

Meskipun keluarga aku berasal daripada keturunan kerabat, namun mereka tidak pernah kisah dengan kehidupan dan kerja yang aku lakukan. Asalkan kerja itu halal dan boleh mengajar aku untuk lebih berdikari.

Oh ya,
Nama aku; Engku Maira Sofia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 30, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GenggamWhere stories live. Discover now