1. HAW 1

1.3K 30 0
                                    

Semakin ramai orang berkumpul di dalam masjid. Suasana juga boleh di katakan meriah. Aku mula mengorak langkah menuju ke tempat duduk yang telah di sediakan untuk ku. Semua memandangku dengan senyuman yang mekar.

Sampai sahaja di tempat dudukku, tok kadi mula berbincang sesuatu dengan seorang lelaki yang boleh dikatakan agak tua di pandangan ku. Mungkin dalam lingkungan 60-an? Ya, kut.

Tok kadi mula membacakan sesuatu dengan panjang lebarnya. Mungkin ini yang mereka katakan khutbah sebelum akad nikah. Selesai sahaja dia membaca setiap ayat yang ada di kertas yang di pegangnya itu, dia mula berbicara kepadaku, "Kamu dah bersedia?"

Aku mengangguk sekali. Tapi bersedia untuk apa? Seorang pak cik yang aku katakan sebentar tadi mula mengambil alih tempat tok kadi buat seketika.

"Betul, kamu dah sedia?" soal pak cik itu.

"In sha Allah," kataku lalu memberikan senyuman kepadanya.

"Baiklah. Bismillahhirrahman nirrahim. Adam Mirza Nadhir Hanz bin Safiy," katanya.

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan anakanda ku......." nama yang disebutnya itu kurang jelas di pendengaran ku. ".... dengan mas kahwinnya 350 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya....." nama siapa yang aku sebut ni? ".... dengan mas kahwinnya 350 ringgit tunai."

"Sah?" soal pak cik itu.

"Sah!" sahut saksi - saksi yang berada di situ dengan serentak.

"Allahu akbar!" sambung tok kadi pula lalu membaca doa. Disaat tok kadi membaca doa, aku menoleh ke satu susuk yang sedang duduk bersimpul bersebelahan dengan mak aku. Satu senyuman ku berikan kepadanya. Senyuman ku di balas dengan senyuman yang lebih mekar. Sungguh wajahnya kabur dipandanganku, tapi aku masih dapat melihat senyuman di bibirnya.

"Thank you..." gerak mulutku tanpa suara bila memandang wanita tersebut.

TTTTRRRRINGGGGG!

Alarm di telefon ku berdering dengan lantangnya. Aku membuka mataku sedikit lalu mencapai telefon yang ada di atas meja tepi katil. Dalam pandangan yang agak samar, aku memeriksa waktu yang tertera di skrin telefon. Enam pagi. Dah masuk waktu subuh.

Mimpi? Hebatnya mimpi aku.

Aku menoleh memandang satu susuk di sebelah ku, senyuman manis ku ukir sebaris. Aku memusingkan tubuh ku ke arahnya. Tubuhnya ku hampiri. Wajahnya ku pandang lama.

Mungkin disebabkan pandangan ku itu, dia terus terjaga. Perlahan - lahan matanya di buka, satu senyuman dia berikan kepada ku. "Awalnya bangun. Tidur lah lagi," katanya lalu memeluk pinggang ku.

"Mmmm... Dah masuk waktu subuh. Bangun, solat," kataku ringkas sambil membalas pelukannya itu.

"Kejap lagi lah. Lima minit," pintanya.

"No...... jom bangun," ajakku. Aku cuba meleraikan pelukannya itu. Namun tidak berjaya, disaat diriku di tarik semula masuk ke dalam dakapannya.

"Ala, beb. Lima minit jer, lepas tu aku janji terus bangun," katanya lagi sambil memberikan wajah kesian.

"Ok, ok..." aku mengalah. Satu ciuman dia berikan ke bibirku. Lalu tersenyum. Aku membalas senyumannya itu.

Setelah menjalinkan hubungan bersamanya selama setahun lebih, rasa sayang terhadapnya semakin menggunung. Walaupun salah, tapi aku tetap melakukan perkara ini.

"Tup mata tu," kata Wafiy padaku. Pelukannya dikuatkan lagi.

Macam mana aku boleh bersama Wafiy? Semuanya bermula selepas tragedi empat tahun lepas, disaat aku berduka, buntu apa yang harus aku lakukan selepas di malukan di hadapan orang ramai, Wafiy hadir membantu ku (Dari segi fizikal dan mental). Mengenai kisah empat tahun lepas tu, aku tak berdendam pada Aril, cuma aku kecewa dengan tindakannya yang drastik tatkala amarah mula menguasai dirinya.

HANZ Season 2: Misi Mengubah Hati Hanz (COMPLETE)Where stories live. Discover now