Bab 39

3K 118 6
                                    

Mira melihat jam yang menunjukkan pukul 6 petang itu. Kelibat orang yang ditunggunya masih belum tiba. Dia kembali melihat telefon bimbitnya.

Tidak lama kemudian, bahunya disentuh lembut. Dia menoleh. Senyuman manis lelaki itu dibalasnya.

"Sorry, jalan jammed." Kata lelaki itu.

"Takpe, aku pun baru sampai." Katanya sambil menghirup jus avocado itu.

"Hah, kenapa nak jumpa aku ni? Tiba-tiba je. Buat ak terkejut tau. Aidil, Aidil." Kata Mira. Lelaki kacak dihapadannya itu hanya tertunduk malu sedikit.

"Takdelah, saje nak jumpa. Dah lama sangat kot tak jumpa." 'Lagipun aku memang rindu kau,' Namun kata-katanya yang terakhir itu hanya manpu diluah dalam hati.

Ya. Aidil Hanafi. Teman sepermainannya dahulu. Pernah menaruh harapan dan pernah mengaku suka. Namun ditolak kerana Mira hanya menganggapnya teman biasa.

"Seriously Aidil." Kata Mira sambil matanya dikecilkan. Aidil hanya mengangkat bahu sambil tersenyum kambing.

"Taklah, aku just nak tanya khabar kau. Kau sihat?" Soal Aidil.

"Sihat je ni alhamdulillah. Kau?" Soal Mira kembali.

"Macam nilah." Kata Aidil, singkat.

"Sihatlah tu," Kata Mira sambil bersandar malas. Aidil memerhati wajah Mira yang semakin manis dengan memakai tudung itu. Degupan jantungnya bagai sukar dikawal.

'Sabar Aidil. Just tunggu masa je ni' Pujuk hatinya.

"So Mira, aku dengar kau dengan husband kau dah takde apa-apa? Don't get offended for what i say, i just ask," Kata Aidil.

"Yah, dah hampir 10 tahun kot." Kata Mira lagi.

"Emm, jadi takkan takde pengganti?" Soalan Aidil itu berjaya dibalas cerlungan tajam.

"Apa yang kau try nak cakap ni Aidil?" Soal Mira. Aidil seakan berjumpa dengannya sekadar bertanya mengenai hal peribadinya sahaja.

"Aku tanya je kot. Janganlah nak marah bagai. Chill la." Kata Aidil cuba memujuk Mira.

"I think i have to go. I ada hal." Kata Mira kemudian berlalu pergi meninggalkan Aidil yang geram dan hampa.

Mira memecut keretanya menuju ke hospital.

"Makin psiko mamat ni," Kata Mira sendirian.

DIA memulas tombol pintu dan menolak perlahan. Suasana bilik yang sedikit malap itu dimasukinya. Terlihat sekujur tubuh terbaring kaku.

Wina masih dalam komanya. Dia mengambil duduk pada kerusi disebelah katil itu. Nafas Wina yang teratur itu menandakan dia masih sihat didalam komanya. Dia masuk kedalam kamar mandi dibilik itu untuk mengambil air wudhu.

Sesudah itu dia mencapai telefon bimbitnya lalu Surah Yassin dibukanya. Mendayu sahaja alunan bacaannya itu dengan harapan Wina cepat sembuh dan sedar.

Baru hendak sampai ke penghujung bacaannya, tiba-tiba terlihat reaksi kecil pada jari telunjuk Wina. Dia memberhentikan bacaannya lalu memeriksa Wina. Keadaan Wina yang seperti hendak tersedar itu memaksa dirinya untuk menekan punat merah berhampiran katil itu.

Lampu dibilik itu dibuka. Suasana yang tadinya malap bertukar terang. Sejurus selepas itu, terlihat sekumpulan jururawatnya masuk memeriksa dan membantu melakukan tugas.

Hampir 5 minit memeriksa nadi, Wina membuka perlahan matanya. Terlihat wajah ayu Mira menyapa pandangannya. Air matanya jatuh membasahi wajah itu.

Setelah keadaan Wina stabil, dia kembali duduk pada kerusi disebelahnya. Wina melihat wajah Mira yang ceria itu.

"Mira, terima kasih sangat sebab selamatkan nyawa i." Kata Wina dengan suara yang serak itu.

"Wina, you have to rest. You baru sedar tu. Dah, nurse i dah call family you. Sekejap lagi diorang datang. I kena sambung kerja lagi ni. If you need anything, just tell me," Kata-kata Mira itu amat menyentuh hatinya.

Dia tidak menyangka bahawa selama ini dia amat kejam dengan seorang wanita yang amat baik padanya. Langkah Mira dihantarnya dengan pandangan lesu.

Tidak lama kemudian, wajah Shah menyapa matanya. Wajah yang amat dirinduinya. Wina menghukur tangan untuk bersalam dengan suaminya itu. Namun Shah pantas memeluk isterinya. Mira yang melihat dari kaca pintu bilik itu, terus berlalu menuju biliknya.

Dia duduk bersandar pada kerusinya. Dapat dilihatnya Shah amat menyayangi Wina. Dia meraup wajahnya.

'Dia tu bukan laki kau dah Mira. Dia dah jadi laki orang lain,' Marahnya dalam hati. Tiba-tiba air matanya mengalir perlahan. Entah mengapa kata-kata Shah yang menyatakan bahawa dia masih sayang akan Mira terngiang-ngiang di telinganya.

Dia cuba menutup telinganya namun suara itu masih tetap didengarnya.

'Tak mungkin cerita yang lalu boleh dicipta semula. Tak mungkin perasaan itu muncul semula. Mustahil untuk kembali pada yang dahulu.' Mira bermonolog sendirian.

Dia berdiri menghadap suasana malam dari tingkap biliknya itu. Galau hatinya bertandang semula. Suka pada suami orang adalah salah, apatah lagi merampas kebahagiaan dari sang isteri yang masih memerlukan si sang suami.

_________________________________________

Sobss, sedih pulak Mira kali ni. Janji yang sama diulang lagi. Janji yang sama.. Tapi tetap semua tu hanya di bibir dan bukan dizahirkan melalui hati. Haihh.. penat hati Puan Mira.😪

DEAR READERRSSSS.. SO, MCM MNA STORY YANG BARU NI? OKEY? AUTHOR CUBA SEHABIS MUNGKIN UTK MELAJUKAN UPDATE UTK MY DEAREST READERS.

JANGAN LUPA VOTE DAN KOMEN. ILOVEYOU ALLSS💕💋

Suami Aku Arkitek Cinta!!!Where stories live. Discover now