Mira menuju ke dapur bagi menyiapkan makan tengahari buat anak manjanya itu.

Selesai mandi dan bersiap, Airil terus menuju ke meja makan untuk menjamah makan tengahari seperti biasa. Mira memerhati anaknya yang sedang enak menjamah makanan itu. Terdetik dihatinya mengenai Shah. Perbualan diantara dia dan Marwan pagi tadi terngiang kembali di ingatannya.

"If one day Airil dah besar dan dia memilih untuk teruskan hidup tinggal dengan ex husband you, are you ready for it?" Kata Marwan sambil menatap wajah tanpa secalit mekap itu.

Mira menarik nafas panjang.

"Kalau Airil dah pilih untuk hidup dengan papanya, i takkan benarkan selagi i masih hidup. Sebab i masih mampu jaga dia biar sesusah mana pun." Kata Mira lagi.

"Okey. Andai kata you kalah dalam kes hak penjagaan anak, you kena serahkan Airil." Kata-kata Marwan itu berjaya menjatuhkan sudu yang dipegangnya.

"What do you mean?" Mira mengerutkan dahinya.

"Jangan salah faham. I cuma nak bagitau, hak penjagaan anak ni boleh dipindah tau. Maybe harini you jaga Airil tapi, if one day Shah teringin untuk menjaga Airil jugak.. tak mustahil dia akan bukak balik kes ni." Kata-kata Marwan itu memanah jantungnya.

"Umi, nak lagi," Pinta Airil mengembalikannya dari imbasan itu. Mira menambah lauk kedalam pinggan Airil.

"So, how was you day son?" Soal Mira cuba menutup gusar dihatinya.

"Good je umi. Cuma, Airil banyak sangat homework." Kata Airil sambil menggigit ayam goreng itu.

" Okey then. Lepas makan ni, Airil reha dulu lepastu kita buat homework sama-sama." Kata Mira kemudian mengusap kepala anaknya.

"Okey umi," Kata Airil ceria.

AIRIL mencium tangannya lalu bergerak masuk kedalam kawasan sekolah. Mira menghantar Airil dengan pandangan sayang sehingga kelibat kecil itu hilang dibalik dinding konkrit itu.

Dia kemudiannya masuk kedalam perut keretanya lalu bergerak tenang ke tempat kerjanya.

KOT putih yang berjemur pada tempatnya itu dicapai lalu disarung ke tubuh langsing itu. Tudung dirapikan sedikit kemudian keluar menemui para pesakitnya seperti rutinnya.

Dia berhenti tepat dibilik Wina. Dapat dilihat dengan jelas wajah bekas suaminya yang seakan kurang tidur disamping wanita yang sedang koma itu. Dia menghela nafas. Berat.

'Macam mana awak nak kembali keapda saya sedangkan awak masih punyai isteri yang sedang berjuang untuk meneruskan hidup' Gumam Mira didalam hati.

Kata-kata Shah yang dahulunya masih memerlukan dirinya serta ingin kembali itu bermain kembali diingatannya seakan lagu yang sering didengarnya.

Air matanya tumpah membasahi kot putihnya. Dia berlalu tanpa menoleh ke tempat lain. Risau kalau-kalau terserempak dengan stafnya yang lain.

KICAUAN burung pada petang itu mendamaikan fikirannya yang celaru sejak kejadian tadi. Dia mengambil duduk pada kerusi dibawah pohon itu.

Dia menutup matanya kemudian bersandar malas. Dia cuba mengosongkan fikirannya itu. Sepertinya cuba merungkai benang yang sedang berlilit antara satu dengan yang lain.

"Ehem," Dia membuka matanya apabila terdengar bunyi seseorang berdehem. Shah yang sedang duduk disebelahnya itu tersenyum manis.

'Jangan senyum macam tu depan aku. Tolonglah,' Pinta Mira didalam hati. Dia membetulkan duduknya.

"Macam kusut je specialist hospital ni. Ada something yang ganggu fikiran awak ke?" Soal Shah. Mira tersenyum kelat.

"Nope. Lately ni i selalu rasa penat." Kata Mira, berbasa-basi. Dia tidak begitu senang dengan pandangan Shah yang seperti mahu menerkamnya.

"Rehatlah, takpayah pergi kerja. Cuti. Tenangkan fikiran." Kata-kata Shah itu hanya dibalas senyuman. Tidak betah di duduk berdua dengan Shah tika itu, risau kalau-kalau ada wartawan tak berbayar menangkap gambar mereka.

"Emm, Shah. I kena gerak dulu. I baru ingat yang I kena check beberapa patient baru. Assalamualaikum." Pamit Mira. Shah hanya mengangguk kosong dengan perasaan hampa.

'Sebab aku ke?' Soalnya kepada diri sendiri kemudian menggeleng mengatur langkah ke bilik isterinya, Wina.

MIRA menghela nafas lega setelah berjauhan dengan Shah. Dia membetulkan kotnya lalu bergerak masuk mengatur langkah ke aras 3.

WAD IBU BERSALIN.

Mira menghampiri sebuah bilik kecil yang menempatkan berpuluh anak kecil yang baru lahir. Comel sangat bilik yang berwarna biru muda itu.

Dia masuk perlahan-lahan lalu berjalan menyusuri lorong kecil diantara katil bayi itu. Bermacam-macam ragam.

Teringat kembali sewaktu dia baru melahirkan anaknya, Airil. Segalanya dia lakukan sendiri tanpa suami. Hanya bantuan daripada pembantu rumahnya sahaja tika itu.

Dia duduk diatas kerusi yang tersedia di bilik itu. Memerhati tingkah para jururawat melakukan tugas mereka. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. Dengan pantas disambutnya lalu keluar dari bilik itu.

"Hello," Mira membuka bicara. Namun tiada sahutan dihujung talian. Hanya deruan nafas kencang yang kedengaran.

"Hello, saya tahu awak ada kat situ." Kata Mira, berani. Namun masih tiada sahutan. Baru sahaja dia berura-ura hendak mematikan talian tiba-tiba..

"It's me. Recognise me? Masih kenal suara ni?" Soal suara garau dihujung talian. Dia bungkam. Ya, dia kenal. Cukup kenal.

_________________________________________
JENG..JENG..JENGGG.. WHAT'S NEXT? WHO IS THAT? KORANG RASA? ISHH.. AUTHOR PULAK YANG RASA BERDEBAR. ADA JE BNDA YANG BUAT JNTUNG MIRA DUP DAP. ADOIHH.. BALA APA PULAK KALI NI?

KEEP VOTE AND COMMENT FOR THE NEXT CHAPTER DEAR READERRRSS 💕💋

Suami Aku Arkitek Cinta!!!Where stories live. Discover now