01. Cat puaka dan Haikal yang takut awek

69 7 0
                                    

Eh,  apa pasal pulak merah kuku kaki dia ni?  Dia pakai pewarna kuku ke? tapi kalau betul dia pakaipun tak lah secomot ni. Tangan dia tangan seni kot, takkanlah  boleh terconteng macam *hanat  ni?

AJ angkat kaki, nak teliti lebih lagi.  membelek2 jari kaki sendiri. pegang tapak kaki, tangannya pulak yang melekat warna merah itu

Huh, penuh tapak kaki dengan warna merah ni. Dia pusing belakang.  membuntang matanya bila melihat dinding rumahnya berelang merah. teknik simbah terus.

Ini bukan kerja orang seni. ini kerja  malaun  yang kuat tangannya, angkat terus tong cat dan simbah. ini mirip kerja orang-orang 'Along'!

Amdrea angkat seliparnya yang tuurut ada titisan cat merah itu.  aduh, selipar  baru beli, melekat pula cat kemudian tertenyeh oleh tapak kakinya. 

Pagi-pagi lagi dah spoil mood. dia yang mahu ke kafe Uncle Har  terjengket-jengket masuk ke rumah, menuju rak kasut. rak kasut tak ada isi apa pun. hanay ada dua pasang kasut. sport shoe satu, wedges satu.

Dia nak ke kafe untuk buat part time Waitress, jadi sport shoes lagi ok. menarik Sport shoes, syukur jugak ada gulungan stokin di dalamnya.  memandangkan cat yang dia terpijak tadi pun dah kering, terus saja dia menyarungkan  stokin.

"Eh, nak bukak tadika ke cat dinding bagai?"

ketika dia berdiri di tepi pagar menunggu grab car, Haikal menegur.  Amdrea pusing semula ke rumahnya. 

"Aku ada hal nak cakap dengan ayah kau. aku nak tumpang kau. hantar aku ke kafe!"

Haikal kerut dahi. menyesal tegur si Amdrea, kan dah kena minntak tumpang.

"Bukan tak boleh AJ, tapi..."

"Mana awek kau Shazreana Hanis Razak tu tahu. aku janji, aku tumpang kau tapi aku lorotkan badan. tak nampak punyalah aku kalau tengok dari luar."

Haikal garu tengkuk.

"Aku nak cepat Kal. ini hal serius. kau tahu cat tu cat apa? Cat orang-orang Along. kalau aku sembunyikan diri, dia kan cari saudara mara aku. saudara aku tu pulak kau!"

"So?"Haikal tayang muka tak faham.

"So apa, so i see your dead body lah. kau kena culik, kena bunuh. kena buang dalam gaung. kau gone forever..."Terawang tangan Aj menerangkan apa yang terlintas di fikirannya. Haikal yang nampak seriau itu  membuatkan Aj bertambah rancak nak bercerita.

"... Shazreana Hanis Razak akan jumpa boyfriend baru. kahwin.dapat anak. happy ending. aku pulak akan dapat harta mak ayah kau sebab kau dah mati, tak ada waris. Harta tok kita Tokwan Jar yang merata2 tu akan jadi milik aku. aku akan ke luar negeri. aku akan stay sana. happy ending."

Haikal ketap bibir,

"Dua-dua pun happy ending, so apa yang negatifnya?"

Aj lepas keluhan. pintu kereta Haikal ditarik.

"Kau kunci ye?"soalnya lalu tangan cepat menjuur masuk ikut celah tingkap yang terbuka sedikit itu. muat untuk tangnnya buka pintu kereta itu dari dalam.


"Tak payah la Aj. kau tunggu je lah grab. masak ku kau Reana tahu kau tumpang aku."Haikal takut2. kakinya sudah naik, mahu menolak tubuh Aj yang sudah kemas di seat pnumpang.

"Turun Aj."

Amdrea Jeans melorotkan badan, "macam ni ya? tak nampakkan dari luar?"

Haikal kacip gigi. bodohnyalah  Aj. dia tak sedar ke yang dia tu tinggi galah. lorotlah badan sehabis baik, lipatlah tulang selangkat sehabis hebat, tetap jugak tercongok."

"Nampak Aj."

"Ok. aku buat trick lain. aku baring kat belakang."

"Baring2 jangan cakaplah. aku lelaki normal."

Pulak? dengan aku pun  ko tangkap lentok.  patutulah takat Reana tu je kau mampu rembat. tak lawa langsung."

"Sama lah macam kau, tak lawa."balas Haikal. nak tak nak enjin kereta dihidupkan dan dia membiiarkan Aj tertonggeng melangkau untuk ke tempat duduk  belakang.

"OK, dengar sini Aj. kat belakang tu ada kopiah dan serbah abah aku. ambik, dan pakai. lepas tu, nah, cermin mata bingkai tebal dia ni pun ada kat sini sebab dia pinjam kereta aku mlaam tadi so, kau pakai jugak."

"Gigih ye kau Haikal."

"Gigihlah. ingat nak dapat awek mudah ke? jangan kerana kau yang malang membuatkan hidup aku sama malang macam kau."

Aj tergelak. menurut saja  arahan Haikal.

"Kal, laju sikit. nanti jammed. benda penting soal along simbah cat rumah aku ni kenabagitau Uncle Har cepat2.  kita kena selesai."

Haikal mengangguk. pedal minyak ditekan namun kembali perlahan bila dia terfikir sesuatu.

"Betul ke along punya kerja? Arwah papa kau bukan orang jahat. orang masjid. mama kau pun orang baik, macam mana ada sangkut paut dengan 'along' pulak?"

AJ diam. betul juga.

"Ke kau yang hutang along? kau kan hidup melarat. kerja tak apa tak tapi bulan2 aku tengok kau sempat pergi melancong sana sini. walaupun tiket tambang murah, duit jugakkan?"

Aj geleng. "tu duit aku jual lukisan."

"Atau AJ, simbahan cat itu adalah simbahan cinta. lelaki tu nak tarik perhatian kau, nak ajak kau bercinta."

AJ terssengih. " Aku rasa, penaakulan cinta tu seronok. kita tak paayh lah jumpa abah kau. kita pergi karaoke. raikan cinta!"

Haikal  menggeleng; "Jangan nak lupa diri. aku ni kerja, bukan penganggur macam kau. aku kena pergi tapak."

"Aku ikut kau?"Kepala dijulur antara seat pemandu dan pem=numpang hadapan bersama sengihan.  laju tangan Haikal naik, meluku kepala yang terjenguk itu.

"Eh, dia ni! aku tolong hanatar ke kafe abah pun dah kira baik! sibuk nak ikut. aku kerja. KERJA!"

AJ cebik bibir. alah, kerja setakat jurutera c&s dah rasa besar. gaji bukan sampai 20k pun.

"Sekurang-kurangnya kerja dari melangut."

"Kau dengar hati aku cakap Kal?"terkejut, AJ menyoal.  Haikal gelak; "biasa kau luahkan ayat tu. tapi sebab kena luku tadi, otak kau mendap sikit, jadi kau cakap dalam hati. betul tak?"

Aj ikut tergelak. namun ggelaknya mati tba-tiba bila matanya singgah pada peremppuan yang berdiri di depan kafe Uncle Har.

"Aduh, Riana tu!"haikal terjerit, serta merta  melibas steering, masuk terus ke parking. kepala Aj yang terjenguk sedari tadi ikut terhumban, betul-betul menempek ke ke wajah Haikal.

Cepat2 mereka duduk tegak tapi malangnya, Shazreana sudah berjalan laju menuju ke kereta mereka. aiyoooo.



Amdrea Jeans_penyiasat cinta yang silap perhitunganWhere stories live. Discover now