PENGENALAN

100 8 5
                                    


kisah bodoh tak bertapis, kisah seorang loser yang selalu kalah

Amdrea Jeans_ nama daftar surat beranak pun dah salah. sepatutnya Andrea, tapi terletak huruf'M'. Dia bukan orang putih walau pun nama acah2 orang putih.

Dia selalu gagal. tapi gagal cara dia lah.

gagal dalam perniagaan online. gagal dalam pekerjaan. gagal matematik. dan kalau melibatkan soal perasaan, tentulah dia gagal dalam percintaan. gagal nak ada kekasih dan yang paling mematahkan hati, da gagal menawan hati tunangnya sehingga lelaki itu blah dan kahwin dengan orang lain.

Gagal dengan Amdrea, berpisah tiada jadi buat apa dia nak runsing.

semuanya berpunca daripada sikap cuai dan tidak berdisiplinnya..

dia buat semua perkara ikut suka, ikut apa yang difikirkan menggembirakannya. dia melukis, hasil lukisan di jual. dia menulis, pun dia jual juga hasil tulisannya pada sesiapa yang mahu.

paling bermanfaat, dia ke kafe uncle Har, buat part time waitress. Kafe Uncle Har, kafe hipster tapi dia tak peduli tu semua. dia dapat upah, dia akan beli keperluannya. Dia tak ada sebarang kebimbangan tentang kelangsungan hidup.

sebab dia masih punya rumah untuk berlindung. Rmah tinggalan arwah abah dan mama.

Uncel Har tu pulak, adik arwah mama. paling-pali ng busuk pun, dia bertanya khabar jugak. nak ajak tinggal sekali, memang Amdrea tolak sebab ketika mak ayahnya meninggal dalam kemalangan itu pun umurnya dah 23. tua dah, apa ada hal duduk sendiri?

Kisah hidupnya berubah suatu hari bila rumahnya disimbah cat merah.

abah ada hutang along?

muncul hero mahu menyelamatkan Amdrea tapi Amdrea lebih pantas buka kertas siasatan. bermulalah penyiasatannya dan penemuannya mengejutkan.

simbahan cat tu silap rumah!

Eh, memang betul. Cat itu memang nak disimbah ke rumahnya.

Mana satu yang betul?

Silap atau betul, persoalannya siapa yang simbah? atau sekadar nak tarik perhatian Amdrea yang memang dah lama bergelojak darah detektifnya itu?

* direct type di watpadd untuk tujuan suka2 saja

terdapat pengabaian ejaan, tatabahasa dan teknikal format buku.

Amdrea Jeans_penyiasat cinta yang silap perhitunganWhere stories live. Discover now