Chapter 3 - Sufiah's Point of View

923 10 0
                                        

by Jenny Mdnoor on Thursday, August 26, 2010 at 6:22am 

Bab 3 – Sufiah 

Masih pada tujuh tahun yang lalu...

Susah nak fikirkan perkara yang menarik tentang bandar aku tinggal ni. Bandar kangar, ibu negeri sebuah negeri bernama Perlis iaitu negeri paling kecil dalam Malaysia. Populasi lebih kurang 175000 yang merupakan 0.63 peratus dari jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Terpencil tapi tenang. Kerana ketenangan ini lah yang membuatkan aku sayang tempat ni sepenuh hati aku. Di sini la aku lahir dan dibesarkan. Di sini la keluarga aku, di sini la kawan-kawan aku dan di sini la kampung halaman aku. Tak ada tempat lain yang lebih istimewa bagi aku. Buat masa sekarang, yang paling menarik tentang bandar ni adalah apa yang terjadi dalam sekolah aku, yang terletak di tengah-tengah bandar kecil ni. Kisah tentang pertembungan antara tingkatan 5 Nikel dan 4 Nikel. 

Aku sedang berdiri di luar makmal Biologi, menunggu pelajar tingkatan 5 Nikel ni keluar dan dalam sedar tak sedar, aku macam tak sabar pula nak tengok muka-muka mereka tu. Pada masa ni, macam biasa, Ros, Eton dan Nu’un tak pernah berhenti berborak. Hati aku berdegup lebih laju pula. Mungkin aku menanti untuk tengok muka Azif. Azif adalah kawan baik kepada Syed yang dah tergila-gilakan Eton tu. Cuma aku, Eton dan Tarish yang menyimpan rahsia tentangg aku dan Azif. Tentang rancangan antara aku dan Eton untuk membuktikan kejujuran Syed tu terhadap Eton. Tapi aku dah pun terjebak. Separuh daripada diri aku berasa bersalah, separuh lagi berasa gembira. Tapi aku tak faham mengapa ada rasa gembira tu. Mungkinkah di sebabkan oleh Azif? Mungkin lebih baik aku elak saja pertanyaan ni. 

Masa yang aku nantikan dah tiba. Yang pertama kelihatan keluar dari makmal adalah Syed, lelaki yang agak tampan, kulit yang putih, tinggi dan agak kurus untuk ketinggiannya. Kemudian, seorang lelaki yang berkulit sedikit gelap dengan tubuh badan yang athletic, keluar mengikuti Syed dari belakang. Aku mendapati aku berbisik kepada Nu’un, “Azif. Kawan baik Syed”. 

“Oh!”, Nu’un menyahut.

Hati aku berasa gembira dapat melihat muka Azif. Biar betul? Aku hairan dengan diri aku sendiri. Itu Cuma lakonan, Suf! Don’t get carried away! Lamunan aku terhenti sekejap bila terlihat lelaki seterusnya yang keluar dari makmal tu. Wajah Jerry kelihatan dengan sikap dingin dan tak ambil pedulinya tu. Mungkin sikap itu lah yang membuatkan dia kelihatan seksi di mata perempuan-perempuan yang tergilakan dia. Mungkin juga disebabkan trend sekarang yang semua perempuan melayu meminati drama-drama Taiwan yang selalu ditayangkan di televisyen. Gaya Jerry tu pula kebetulan menepati karektor watak utama dalam drama-drama tersebut. Lucky him. Kemudian di belakang Jerry, seorang lelaki yang tak siapa antara kami kenali. Tapi dimana sahaja ada Jerry, mesti ada mamat ni, berketurunan Cina juga tapi matanya sepet, tak bulat macam Jerry. Mungkin aku akan tahu siapa dia tak lama lagi. Aku dapat rasakan senyuman terukir di bibir aku saat kami semua mula melangkah ke dalam makmal Biologi.

HILANG (Malay Language) - CompleteWhere stories live. Discover now