Lidahnya kelu.

"Tok penghulu menyuruh kita keluar dari rumah ini hari ini juga." berita itu disampaikan lagi.

"Kalau tak, malam ini juga rumah ini akan dibakar." lanjut Henry.

Falah jeda.

Tidak terkata.

"Semua sedang salahkan Falah sekarang ini, jadi keadaan masih bahaya. Lebih baik kita duduk di sini sahaja sehingga keadaan jadi lebih reda." Henry memberi syor.

Falah hanya diam. Menatap lama wajah Henry. Kali pertama adik iparnya itu tidak memberi sebarang respon. Sehingga Henry mula rasa cuak.

Wajah Falah tidak mampu diterjemahkan. Riak yang bercampur aduk. Henry tak dapat memahami sebaiknya.

Sehinggalah secara tiba-tiba Falah melangkah pergi dari tempat berdirinya itu - mata Henry membesar. Tidak sempat dia menahan langkah maju Falah mahupun bersuara apa-apa. Sesaat kelibat Falah sudah lesap dari balik semak.

"Falah!!" Henry cemas.

Ah sudah..

"Falah!!" Henry segera mengejar langkah adik iparnya itu. Jantungnya berdetak kencang.

Apa yang hendak dibuat Falah?!

"Iman kunci pintu!!" Henry sempat berpesan hal itu pada Iman. Kelihatan wanita itu sudah pun berdiri dengan wajah yang turut cemas.

Henry terus berlari selaju mungkin mengejar langkah Falah yang entah kenapa begitu pantas pagi ini.




DARI kejauhan, Falah dapat lihat kediaman Tok penghulu itu dipenuhi ramai orang berbaju hitam. Seakan sedang berkabung. Tangisan kedengaran berlagu dari dalam rumah. Jeritan dan ratapan berselang-seli.

Falah mengetap bibir. Langkahnya sedari tadi tidak mampu bergerak sebaik sahaja disajikan pemandangan ini.

Rumah dipenuhi orang.

Semua berbaju hitam.

Tangisan.

Ratapan.

Semua itu tanda bahawa sememangnya ada yang baru sahaja meninggal dunia dalam rumah itu.

Falah memejam mata. Cuba bertenang. Meminta kekuatan. Mungkin berita itu tidak benar. Dia bersangka baik. Mungkin dia tersalah dengar.. Nafas dihela panjang-panjang.

"KAU buat apa dekat sini?"

Falah angkat muka apabila dirinya ditegur begitu. Nafasnya serta merta tersekat apabila melihat seorang lelaki sedang merenung tajam ke arahnya. Falah kenal lelaki ini.

Dia ialah bapa Nuna.

"Kau buat apa di sini?!" Langkah lelaki bernama Osman itu mara mendekati Falah. Seakan hendak menerkam Falah.

"Hendak bawa sial pada keluarga aku lagi?!!" Kali ini kolar baju Falah dicekak. Serta merta wajah Osman bertukar merah padam.

Falah terkelu.

"Kau buat apa dekat sini, tak guna?!!"

"Sa..saya hendak jumpa Nuna." Falah perlahan menjawab. Jujur.

"Jumpa Nuna!!?" Osman menjerit tepat di hadapan wajah Falah.

Tidak sempat Falah mencerna apa yang berlaku, sedar-sedar rahangnya sudah ditumbuk Osman. Falah terundur beberapa tapak. Rahang terasa berdenyut. Tulang pipi bagai retak.

"KAU BUNUH ANAK AKU! DAN SEKARANG DENGAN SENANG HATI KAU DATANG KE SINI UNTUK JUMPA DIA!!?" Osman naik gila. Tetamu yang datang mulai mengerumuni mereka berdua. Memandang jijik pada Falah yang dianggap punca utama kematian Nuna.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now