Baru kali ini aku rasa dapat keluar jauh dari tempat aku membesar. Dapat melihat tempat orang lain. Rasa angin yang berbeza. Tengok sesuatu yang belum pernah aku tengok. Ceh. Mesti kau orang semua fikir aku pergi oversea kan. Hiperbola je tu semua. Sebenarnya aku kini berpijak di bumi yang berkordinat 6°7'20"N 102°14'47"E . Selama ini gigih aku dengar cerita Umi merangkap sepupu aku yang mengatakan bahawa perjalanan menuju ke kampung halamannya mengambil masa seharian. Banyak tempat beli barang murah katanya. Lantaslah aku tengok Umi ada banyak baju-baju cantik kalau nak dibandingkan dengan aku. Aku ni pun pakai baju cantik sumber ihsan Umi. Mana-mana baju yang dia tak muat, dia sedekah kat aku. Dia pernah cakap dia kesian tengok aku pakai baju buruk tiap kali dia datang. Pokok pangkalnya, baju-baju yang aku pakai bila keluar jalan-jalan banyak dari hasil pemberian Umi. Apa yang aku ingat lagi Umi selalu cerita bahawa kampungnya berada di Gua Musang. Nama tempat je dah buat aku jenuh membayangkan bahawa kampung halamannya berada di dalam gua. Betapa katak di bawah tempurungnya aku bukan. Pokok pangkalnya, sepanjang perjalanan menuju ke negeri Kelantan, mata tidak aku pejamkan. Aku meneliti setiap apa yang dijamu pada mata aku. Aku lihat jam di hadapan bas persiaran yang aku naiki tepat menunjukkan jam tiga pagi. Aku lihat kanan, aku lihat kiri, depan dan belakang. Semuanya lagi enak membuta baik kawan aku mahupun cikgu pengiring. Aku lihat ke luar tingkap bas. Gelap. Bosan. Aku memberanikan diri melangkah ke hadapan depan bas.
"Pak cik...." Aku sapa lembut pakcik drebar bas tersebut. Pak cik drebar tu bukan main terkejut dengar suara aku. Dia pandang aku sesaat dua sebelum bola matanya kembali fokus memandang jalan di hadapan.
" Ya dik... Kenapa nak pergi tandas ke. Kalau nak pergi tandas kejap lagi pak cik berhenti kat perhentian. "" Eh tak lah pak cik. Bila kita nak sampai ni pak cik? Lama lagi ke?" Aku tanya lagi." Oh... Lama lagi ni dik. Dalam pukul lapan esok pagi baru kita sampai sana kalau tak ada apa-apa. Kenapa dik, boring eh? "" Lamanya. Haah saya boring. Nak tidur tak boleh tidur. Yela. Kali pertama naik bas kot." Aku lihat pak cik drebar tergelak kecil. Dia pandang aku kejap." Memang lama dik. Kota Bharu ni jauh dik.Dah nak sampai Thailand tau. ""Oooo... Pak cik, kat Kota Bharu tu barang murah-murah tak? Saya selalu dengar cerita dari sepupu, barang kat sana murah-murah. " Aku duduk di tangga sebelah pak cik drebar." Sepupu adik orang Kelantan ke? Haah dik, barang sana memang murah-murah. Banyak orang datang nak shopping kat sana je. Ha.. Duk tanya pak cik ni macam bawak duit banyak nak shopping je ni." Aku garu-garu kepala.Nak bagi tahu ke tak eh. Hmm." Kampung sepupu saya kat Kelantan pak cik. Urm takdelah nak shopping pak cik. Niat saya ikut rombongan sekolah ni sebab nak jalan-jalan je. Tengok tempat orang. Nak beli barang tu beli sikit je kot. Ole-ole untuk nenek saya. " Tanpa sedar, aku jadi selesa borak dengan pak cik drebar. Aku taya dia jawab. Macam-macam benda kami borak. Ada jugak dia bagi aku tips tawar menawar masa nak beli barang nanti. Jadi kelindan pak cik drebar bas ni okay lah dari duduk tepi tingkap tengok semua gelap.
***********
" Mak tua....Esok kita nak pergi Kelantan dah. " Aku bagitahu mak tua dengan selembut-lembut bahasa yang aku boleh dengan harapan dia tahu apa aku nak hehe." Hmm.. Pergi lah. Orang tak bagi nak pergi jugak kan. Pergi je lah. Degil! " Dah mula dah orang tua ni nak bebel." Tapi nanti kita tak ada duit belanja." Aku buat muka kesian. Tapi macam tak berhasil je sebab mak tua buat-buat tak tahu." Ada duit pulak bayar yuran nak ikut rombongan tu. Takkan takde duit belanja. Tula masa nak pergi tu tak fikir panjang. Dah dah , mak tua takde duit. Dah guna buat bayar karpet." Memang takde harapan lah aku nak dapat duit belanja. Dalam jiwa yang merajuk aku bangun cepat-cepat membelakangkan mak tua. Aku berlalu. Sebaik sahaja tiba di rumah kayu aku hentak-hentakkan kaki aku tanda protes. Mana tahu tiba-tiba mak tua berubah hati jadi pemurah dengan aku. Aku kira satu.... Dua... tiga... Hesy memang takde harapan lah. Tiba di bilik aku menghempas pintu kuat-kuat. Mak tua masih lagi diam. Memang takde harapan dah. Aku masuk ke bawah katil aku, seperti biasa, aku capai kapur yang aku curi dekat sekolah. Aku tulis pada papan playwood bawah katil MAK TUA KEDEKUT!!!! Aku tulis besar-besar. Geram punya pasal. Sambil tulis tu air mata memang macam air paip. Aku campak kapur tu dekat playwood. Patah tiga. Aku panjangkan tangan aku capai tabung ayam kesayangan aku. Aku bawak keluar dari bawah katil." Ayo... Hari ni aku terpaksa bunuh kau. Esok aku nak pergi rombongan. Takde duit. Mak tua tak nak bagi duit. " Aku nangis lagi. Aku peluk Ayo merangkap nama tabung ayam aku. Aku bawa Ayo atas katil. Perlahan-lahan aku lepaskan Ayo dari genggaman kedua-dua tangan aku.Prang!!!!!Aku lihat Ayo sudah berderai. Tambah lebat air mata aku. Selama ini, Ayo lah yang menjadi teman bila aku sedih. Aku selalu cerita dengan Ayo bila aku rasa mata aku masuk habuk. Bila dada aku sebak. Sekarang aku sendiri bunuh Ayo. Aku ingat lagi betapa girangnya aku rasa bila aku dapat Ayo sebagai hadiah hari jadi dari mak tua. Sekarang Ayo dah takde. Aku akan ingat pengorbanan Ayo sampai bila-bila. Aku capai kotak kasut pada rak buku aku. Aku kutip cebisan-cebisan badan Ayo." Ayo.. Walaupun kau dah takde. Aku tetap akan simpan kau Ayo. Kau tetap akan jadi kawan aku sampai bila-bila. "Selesai masukkan cebisan terakhir Ayo dalam kotak. Aku kutip not-not kertas dan duit syiling yang bertaburan di atas lantai. Aku kira pelan-pelan.Semuanya ada satu ratus enam puluh satu ringgit lapan puluh tiga sen. Perasaan ssedih kejap sahaja berubah girang bila memikirkan aku nak pergi jalan-jalan esok. Sejumlah wang tersebut aku simpan rapi dalam beg duit getah aku.
YOU ARE READING
Kuali
Short StoryIts a Malay version of a love between a grandaughter and a grandma. If you believes that pure love is exist then it is the one that you must read.
