Serunai Maut | Falah | 20

Start from the beginning
                                    

"Abang, Kak Nadrah." Falah melabuhkan duduk di sisi mereka.

Iman yang sedang membelek telefon mengangkat wajah pada Falah. Henry pula mengerling sekilas.

"Abang sibuk?" soal Falah apabila baru sedar wajah Henry serius semacam. Selalunya bila serius begitu tandanya ada sesuatu yang menyesakkan fikirannya.

Henry meraup rambut. Tanda kusut. Iman pula sudah bangun dari baring, duduk dalam keadaan masih membelek telefonnya. Dia ralit. Line di Pulau Jengka ini cukup menakjubkan walaupun ianya ialah pulau terpencil.

Henry hela nafas panjang-panjang. "Banyak lagi benda yang kita perlu lihat di feri sebenarnya. Tapi bila jadi macam ni, feri dah ke Melaka dan kita masih di sini.." kertas ditolak sedikit. Seolah menolak semua usaha yang telah dikumpulkannya sebelum ini.

"Memang tak ada manfaatlah jawabnya." Henry menyambung ayatnya. Penat.

Tiada gunanya dia mahu siasat semua hal ini jika akhirnya semuanya menemui titik mati kerana objektif penyiasatan telah pun jauh dari mata. Jika dia hendak teruskan memang hakikatnya dia tiada cara lain melainkan meminta agar Miranda Gold dikembalikan semula ke sini dan penyiasatan dibuat di feri mewah itu seperti sebelum ini. Senang cerita.

Namun siapalah Henry untuk mengarah orang seperti itu. Apa dia mampu buat hanyalah mengeluh berat setiap kali kertas siasatannya menemui kebuntuan dengan sebab feri yang tiada di sini.

Ah! Stress!

Matanya mengerling pada Falah yang hanya senyap di sebelah. Adik iparnya itu tampak merenung pada kertas siasatan di ribanya.

Lama dia memandang Falah namun Falah langsung tidak sedar, malah kali ini Falah berkerut pula.

Henry jadi turut berkerut.

"Falah?" Tegurnya.

Falah tidak berganjak.

"Heh, Falah." Peha Falah disentuh. Falah tersentak. Terus memandang Henry.

"Fikir apa?" Soal Henry hairan. Dahinya berkerut.

Falah meraup wajah seraya menghela nafas. Tampak berat. Iman yang melihat keadaan itu mulai menyimpan telefon, fokusnya teralih pada Falah.

"Ada sesuatu yang Falah nak kongsikan dengan abang dan akak." Falah bersuara perlahan. Nafasnya dihela berkali-kali.

Henry mulai serius. Iman pula mengerutkan wajah. Menunggu butir bicara Falah seterusnya.

"Ada seorang wanita tua yang sering menganggu Falah." Falah bercerita tanpa berlapik lagi.

Wajah Iman kendur.

Falah menarik nafas dalam-dalam.

Dan kemudian dia membuka satu persatu kisah yang sebelum ini dia simpan dari sesiapa. Berkenaan seorang nenek tua yang dia sendiri tidak tahu dari mana munculnya, tiba-tiba sahaja sering menganggu hidupnya. Namun dia yakin wanita itu hanyalah jelmaan dari jin yang datang untuk menghalang mereka daripada membetulkan pegangan penduduk Pulau Jengka.

Falah yakin juga, 'wanita tua' itu ada kaitan yang rapat dengan 'akidah' penduduk pulau ini sendiri.

Dan apabila Falah sampai kepada kisah semalam, ketika dia bertahajud dan wanita tua itu muncul memberi amaran padanya agar dia berhenti - tiba-tiba sahaja Iman menyampuk.

"Jadi, sebab itu dia ganggu I?" Iman berkerut dahi. "Sebab dia tak boleh ganggu you? Macam tu?"

Falah menghela nafas. "Wanita tua itu mengugut untuk menganggu orang lain."

Iman serta merta menghempas nafas apabila mendengar jawapan itu. Dia jadi teringat wajah nenek itu semalam. Mengerikan.

"Dia pernah sentuh Falah tak?" Henry bertanya kemudiannya.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now