"Abang Aciel kan ada.. Ok lah papa, Edmund ada kerja ni. "

"Asal cakap pasal syarikat , ada sahaja alasan kamu.. Esok papa nak kamu balik rumah, makan malam sekali. No excuse. "

Tut tut..

Panggilan dimatikan.

Edmund Carl mengeluh perlahan. Otaknya serabut. Dia benci mendengar perkataan 'syarikat'. Baginya, kerja itu tidak semenarik kerja sebagai seorang mafia.

Sudah lima tahun Edmund Carl masuk kedalam dunia mafia. Dari menjadi orang bawahan sehinggalah memegang title boss. Membunuh itu satu kepuasan buatnya.

Tetapi pekerjaan ini dirahsiakan dari keluarganya. Mahu kena bunuh la kalau keluarga dia tahu yang dia seorang mafia.

Tiada siapa tahu yang Edmund Carl merupakan anak kepada Dato Hans Carl. Pengusaha syarikat terbesar di Malaysia. Iaitu syarikat Carls Holdings. Apa yang semua orang tahu, Hans Carl hanya mempunyai seorang anak, iaitu Aciel Carl.

Edmund Carl lebih suka menyendiri semenjak ibu kandungnya meninggal 10 tahun yang lalu. Sejak dari itu juga lah Edmund Carl berubah. Tiada lagi Edmund Carl yang ceria, yang tinggal kini hanyalah Edmund Carl yang beku dan heartless..

"Semua doktor yang terlibat semasa pembedahan Datin Roses diminta berkumpul di pejabat ketua unit sekarang." kedengaran suara pengumuman dari speaker hospital itu.

Muka Bella Najwa berubah pucat kerana dia yang mengetuai pembedahan Datin Roses itu.

'Datin tu mati ke? ' , 'aku tertinggal scalpel dalam perut dia ke? ' , 'aku jahit tak betul ke? '

Segala persoalan itu bermain dalam otak Bella Najwa. Dia melangkah perlahan menuju ke ruangan ketua unit sekarang.

Kelihatan semua doktor yang terlibat sudah berada diruangan tersebut. Semua mata mereka tercacap pada Bella Najwa saat gadis itu melangkah masuk.

"Yang muka semua pada cuak ni kenapa? " ketua unit jabatan pembedahan itu bersuara sambil ketawa perlahan.

Doktor yang lain berpandangan sesama sendiri. Wajah hairan ditunjukkan. Selalunya jika para doktor dipanggil ke sini, tiada sebab lain selain daripada gagal menjalani pembedahan dengan betul.

"Tujuan saya panggil kamu semua kesini adalah untuk mengucapkan tahniah terutama kepada kamu doktor Bella. Kerana kamu semua, hospital kita telah mendapat nama baik. Masih ingat Datin Roses? Isteri kepada pengerusi Carls Holdings tu? Disebabkan kamu semua telah berjaya menjalani pembedahan terhadap isterinya itu, beliau menjemput kamu semua untuk makan malam dirumahnya sebagai tanda terima kasih. " ketua unit jabatan pembedahan itu menjelaskan dengan panjang lebar. Wajah para doktor semua berubah kepada lega selepas mendengar penjelasan tersebut. Mereka semua bertepuk tangan riang.

Bella Najwa juga menghelakan nafas lega. Senyuman manis dihadiahkan kepada doktor seperjuangannya yang lain. Dan sampai saja turn doktor Arfan, senyumannya jadi kekok balik. Apa masalah la budak ni.

Doktor Arfan mendekati Bella Najwa dengan senyuman yang mampu mencairkan hati gadis-gadis. Tetapi tidak untuk Bella Najwa. Baginya, senyuman Doktor Arfan itu membuatkan dia menyampah. Lelaki mula-mula memang la try hard nak dapat. Tapi bila dah dapat.. Hm habis madu sepah dibuang.

"Doktor Bella, malam ni i jemput u ye.. Kita pergi sama-sama.. " selepas sahaja kata begitu, doktor Arfan terus berlalu pergi tanpa sempat Bella Najwa berkata apa-apa.

"Ikut suka hati awak lah doktor Arfan oi " Bella Najwa berkata perlahan sambil otak memikirkan pakaian yang sesuai untuk dia pakai malam ni.

"Mummy baju ni cantik tak? " Bella Najwa menyoalkan kepada mummy nya sambil tangan memegang baju yang dimaksudkan.

Mummy nya hanya mengangguk tanpa melihat sedikit pun kearah anaknya itu. Mata dia hanya tertumpu pada hero drama korea yang digemarinya itu, Ji Chang Wook. Kyaaa~

Bella Najwa mencebik bibir apabila tidak dilayan oleh mummy nya.

Ok mummy lebih memilih anak orang dari anak sendiri. Ok fine. Desis hati Bella Najwa.

Setelah beberapa jam besiap (actually besiap tu 20 minit je, nak cari baju tu yang lama >< ) barulah Bella Najwa berpuas hati dengan penampilannya.

"Bye mummy, wawa pergi dulu. " tangan Bella Najwa disua untuk menyalami mummy nya.

"Ya Allah budak ni! Apa yang seksa sangat baju kamu ni? " mummy nya menjegilkan mata.

"Tadi time wawa tanya, mummy yang kata okay. " Bella Najwa menjawab perlahan sambil tersengih tak bersalah.

"I love you mummy! Bye! " Bella Najwa mengucup pipi mummy nya laju dan segera pergi dari situ. Seperti biasa.. Dia tidak mahu mendengar leteran mummy nya..

(Ni baju yang Bella Najwa pakai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Ni baju yang Bella Najwa pakai.. Mahu tak kena marah dengan mummy nya 😂)

Setelah sampai di pintu lobi, mata Bella Najwa tercacap pada figura yang sangat dikenalinya.

Doktor Arfan. Sangat tampan dengan kot hitam yang dipakainya. Rambut yang di sisir rapi menambahkan lagi kekacakkan lelaki tersebut.

"Hai Bella, u look so beautiful tonight." doktor Arfan yang menghampiri Bella Najwa bersuara. Gadis itu hanya tersenyum paksa.

"U too." Bella Najwa membalas pendek. Balasan itu sudah cukup membuatkan doktor Arfan bermimpi sampai ke bintang. Kerana itu jawapan yang paling sopan dari Bella Najwa untuknya.

Mungkin Bella Najwa sedikit berlembut hati melihat kesungguhan doktor Arfan yang cuba mendekatinya. Bella Najwa tidaklah heartless sangat seperti orang itu.

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now