Kaki bergerak malas ke wardrobe bagi mengambil tuala wanita.

"OH NOOOOOO!! WHY SAAT MACAM NI JUGAK KAU NAK HABIS!! " Bella Najwa menjerit kuat kerana terlalu geram.. Sungguh nasib tidak menyebelahinya hari ini.

Terpaksa la gadis itu ke kedai serbaneka yang berhampiran dengan kondominiumnya itu. Bella Najwa tidak mahu menyusahkan mummy nya lagi untuk perkara yang remeh-temeh begitu.

Bella Najwa menggantikan pakaiannya. Dia hanya memakai hoodie dan seluar tidur. Bella Najwa memang tidak mementingkan penampilan dan tidak mengambil kisah tentang apa orang ingin kata kepadanya.

;this is Bella Najwa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

;this is Bella Najwa. Hoodie with seluar tidur. Maaf seluar tidur tidak dapat ditayangkan kerana itu akan mengaibkan beliau. Harap maklum 😂 korang boleh imagine sendiri face Bella Najwa mengikut imaginasi masing-masing..

Masa yang diambil untuk ke kedai serbaneka hanya lah lima minit. Jadi Bella Najwa lebih memilih untuk pergi berjalan kaki. Dapat juga dia menghirup udara segar malam ni.

Bella Najwa terus ke bahagian tuala wanita setelah sampai ke kedai tersebut. Sempat juga dia mengambil maggie perisa kari dan jajan. Walaupun bekerja sebagai seorang doktor, Bella Najwa tidak pernah menjaga pemakanannya. Dia akan makan apa sahaja kecuali batu dan kayu.

Setelah selesai memilih barangan, Bella Najwa ke kaunter pembayaran.

"Hai kak.. Cantik seluar.. " pekerja lelaki itu menegur Bella Najwa sambil ketawa sinis.

"I don't disturb ur money, so do ur job properly sir. " Bella Najwa membidas pedas. Mata dijeling pada pekerja tersebut.

"Maaf la saya ni berlajar setakat spm ja, so english² ni tak berapa nak paham. " lelaki itu jawab bersahaja sambil tangannya memasukkan barang ke dalam plastik.

Bella Najwa hanya buat tak tahu dengan pernyataan lelaki tersebut. Duit diserahkan kepada lelaki itu dan plastik diambilnya kasar.

Gadis itu keluar dari kedai laju. Geram pula dirasainya apabila lelaki yang tidak dikenali suka suka saja menegurnya. Bella Najwa memang tidak kisah jika ada orang ingin berkata mengenainya, tetapi orang itu haruslah bukan lelaki. Cukup pantang dia dengan namanya lelaki.

Dalam perjalanan pulang, Bella Najwa merasakan seperti ada seseorang yang mengikutinya dari belakang. Langkah gadis itu diperlajukan. Peluh sudah membasahi dahi kerana terlalu cemas. Jalan ketika itu juga agak lenggang kerana sudah lewat.

Bella Najwa berasa lega sebaik sahaja dia tiba di lobi kondominium itu. Butang lif ditekannya berulang ulang kali. Lambat pula lif ini mahu terbuka.

Keadaan di lobi juga sangat sunyi ketika itu. Entah kemana habis manusia di muka bumi ini saat dia memerlukan bantuan mereka.

Tiba-tiba Bella Najwa merasakan ada tangan yang menepuk bahunya.

Tanpa menunggu lama, gadis itu cuba untuk menumbuk lelaki tersebut. Tetapi dapat dielak olehnya dengan tangkas. Tidak cukup dengan tumbukan, Bella Najwa cuba untuk menendang pula kali ini. Entah dimana silap gadis itu, dia akhirnya jatuh menyembah bumi.

"Are you ok? " soal lelaki itu ringkas.

Tangan dihulurkan pada Bella Najwa tanda ingin membantu gadis itu bangun. Tetapi bantuan itu tidak dihiraukan oleh Bella Najwa.

"why are you so surprised with me? " soal lelaki itu lagi.

Bella Najwa hanya diam menyepi.

"I just wanna tell you something girl" lelaki itu datang mendekat pada Bella Najwa. Muka Bella Najwa sudah mula cuak.

"Your cute pants full of bloods right now.. " lelaki itu membisik perlahan pada telinga Bella Najwa. Dapat dirasai deruan nafas lelaki itu.

♣♣♣

Please support me guys.. I need a positive vibes from y'all 😂😘💕

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now