Bab 24 : Bulan Datang, Aku Menghilang

24 4 0
                                    

"Besarnya Kuala Lumpur ni, Hamid. Tidak pernah-pernah aku datang sini. Ini baru kali pertama aku menjejakkan kaki di Kuala Lumpur." ujar ibu dengan penuh kekaguman. Aku juga turut terpersona dengan keindahan di Kuala Lumpur ini.

"Engkau datang ke Kuala Lumpur ni ada apa hal, Kiah?" tanya Pak Hamid yang membawa kereta dengan berhati-hati. Di sini, kereta-kereta sangat banyak. Pelbagai jenis kereta yang tidak pernah kulihat dibawa di bandar ini. Bangunan-bangunan juga semuanya seumpama pencakar langit yang sangat tinggi. Ali menekap mukanya ke tingkap kereta itu, mungkin terkedu dengan kecantikan bandaraya Kuala Lumpur.

"Aku nak melawat si Mawar ni ha. Kasihan dia seorang diri jagakan si Najmuddin tu." jawab ibu sambil matanya masih meliar di seluruh genap kota.

"Aku dengar menantu engkau masuk hospital. Kenapa?" tanyanya lagi.

"Cepat betul khabar berita tersebar ya. Menantu aku tu, Najmuddin. Kemalangan dengan perempuan dia yang baru sahaja nikah tu. Sekarang ni, tidak sedarkan diri. Aku ni sedihlah. Tetapi apa yang aku boleh lakukan? Aku kirimkan doa agar Tuhan melindunginya."ujarnya panjang.

Berita tentang perkahwinan Najmuddin dan Puteri betul-betul membuatkanku terkedu. Sesekali aku terasa sedih mengenangkan karenahku yang menginginkan Najmuddin dahulu. Kini aku sedar, betapa banyak pengorbanan yang kak Mawar lakukan sehingga dia terpaksa gadaikan rumah tangganya yang sudah sedia harmoni. Kini, sudah pun bercabang dua.

"Ha, sudah sampai."ujar Pak Hamid sambil memberhentikan kereta di hadapan hospital.

"Berapa ya, Hamid?" tanya ibu.

"Tak payahlah, Kiah oi. Orang kampung." Balas Pak Hamid dengan senyuman. Aku memegang erat tangan Ali saat kami masuk ke dalam bangunan hospital itu. Ibu sudah terkocoh-kocoh pergi ke kaunter pertanyaan.

Kami menuju ke bilik nombor 23 dengan bantuan jururawat di situ. Ibu membuka pintu perlahan-lahan sebelum menerjah ke arah kak Mawar yang kelihatan lesu namun masih setia di tepi abang Din.

"Assalamualaikum" ujar ibu dengan senyuman.

"Waalaikumusalam, eh ibu. Ya allah, kenapa datang tak beritahu ni? Ibu datang bagaimana?" ujar kak Mawar separuh jerit.

" Ibu datang dengan Pak Hamid. Sahajalah ibu tak beritahu kamu, nanti susah hati pula."ujar ibu sambil memeluk Mawar. Aku hanya mampu tersenyum dalam tangisan apabila kak Mawar sudah merembes dengan air mata. Ibu kucup kepalanya lama sambil menepuk lembut belakangnya.

"Sabar ya, anakku. Anggaplah ini sebagai ujian untuk-Nya menguji kesabaranmu." ujar ibu dengan penuh sayu. Aku juga turut serta memeluk kak Mawar. Lama kami tenggelam dalam tangisan sebelum kak Mawar membawa kami berdua kepada Najmuddin yang terlantar di katil hospital itu.

"Bagaimana keadaan abang Din, kak Mawar? Apakah yang doktor beritahu?" tanyaku sambil merenung muka abang Din. Mukanya jelas sekali berparut, menghiasi rupawan itu. Cairan ubat yang bewarna kuning itu menyengat hidungku. Berat hati aku melihat tangan yang gagah menolong ibu kini terkulai lesu.

"Keadaannya masih sama tetapi itulah, mungkin dia akan lupa segalanya. Moga Tuhan merahmati kami sekeluarga."kata kak Mawar sambil mengusap lembut lengan abang Din.

"Apa mungkin dia akan melupai kak Mawar juga?" tanyaku. Kak Mawar hanya senyum. Dia mengangguk perlahan-lahan. Jari jemarinya berpaut kemas pada jari-jari suaminya. Setitis demi setitis air jatuh dalam genggaman yang erat itu.

"Adakah ia sementara?" tanyaku lagi.

"Mungkin. Tetapi kak Mawar tahu dia akan kembali."ujar Kak Mawar sebelum melepaskan keluhan yang sangat berat. Berat lagi masalah yang dipikulnya. Satu demi satu.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now