Serunai Maut | Falah | 16

Start from the beginning
                                    

Berfikir.

"Falah?" Iman memeluk tubuh. Pelik dengan sikap adiknya yang diam.

Falah menoleh. Tersenyum sederhana.

"Falah nak solat dhuha sekejap."

Kemudian lelaki itu melangkah masuk ke dalam masjid.

Meninggalkan Henry dan Iman yang saling berpandangan.

FALAH diam sahaja merenung kompas di hadapannya, sedari tadi dia sedang mengukur kiblat menggunakan kompas miliknya itu namun hasilnya tetap sama. Jarum merah itu tetap berputar laju seolah-olah tiada arah tuju yang tetap. Jika dipandang lebih lama mungkin sahaja mata yang melihat juga akan berputar sama.

Aneh.

Padahal maghrib semalam ketika dia mengukur kiblat di bilik feri, kompas ini elok sahaja. Tapi sampai sahaja di sini, tiba-tiba kompas ini mengalami pening-pening lalat.

Falah mengangkat kompas tersebut. Dahinya berkerut kecil.

Ada sesuatu yang tak kena.

Akhirnya dia tiada pilihan lain melainkan melakukan ijtihad pada urusan kiblat.

Dia mahu solat hajat. Meminta dari Allah agar menunjukkan arah kiblat yang sebenar. Dirinya lemah. Tidak berdaya mengukur sendiri arah kaabah itu, maka hanya kepada Pemilik Kaabah dia mampu meminta.


HENRY dan Iman hanya memandang tingkah Falah. Mereka tidak faham apa yang dilakukan Falah.

Dalam keadaan bersila, Falah kelihatan merenung kompas di tangannya lama-lama kemudian meletakkannya beberapa jeda di lantai. Kemudian mengangkatnya dan merenung lama-lama kemudian tidak lama selepas itu diletakkan kembali ke lantai.

Apa yang Henry dan Iman dapat teka ialah Falah sedang berusaha untuk mengetahui arah kiblat.

Beberapa saat kemudian, Falah bangun. Berdiri tegak menghadap barat. Bibir bergerak membaca sesuatu. Dan kemudian mengangkat dua tangan separas telinga.

Solat.

Henry dan Iman yang duduk di tangga masjid itu saling berpandangan.

Kemudian kembali memandang Falah.

Lama Falah berdiri. Entah apa yang dibacanya. Kemudian rukuk begitu juga. Itidal begitu juga. Sujud pun begitu juga. Duduk antara dua sujud pun begitu juga. Pergerakan Falah nampak tenang dan damai. Sehingga Henry dan Iman yang masih tidak berpuas hati dengan penduduk kampung yang mensabotaj masjid ini jadi lupa pada kemarahan mereka. Hati mereka tenang dan ralit melihat pergerakan rohani Falah.

Dua rakaat Falah dirikan. Sujud terakhir sangat lama. Sangat sangat lama.

Sehingga Henry mulai risau melihat keadaan itu. Dilihatnya jam di tangan kemudian diangkat kepala memandang Falah.

Sangat lama.

"Lamanya Falah sujud." Iman memberi komen. Dahi wanita itu berkerut. Dia juga risau.

Lebih kurang beberapa minit yang tidak terkira, baru sahaja Henry hendak bangun untuk menegur Falah - Falah bangkit dari sujudnya. Terus duduk tahiyat akhir.

Henry yang baru separuh berdiri itu kembali duduk dalam keadaan menghela nafas lega.

Tahiyat akhir Falah juga sama. Begitu panjang.

Sehingga Henry terpaksa menenangkan dirinya agar bersabar melihat tingkah Falah.

Dan selepas setengah jam berlalu, dua rakaat itu selesai.

Falah bertafakur sejenak di atas tempat solatnya.

Kemudian mengangkat tangan berdoa.

Lama.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now