Serunai Maut | Henry | 8

Start from the beginning
                                    

Henry mengangguk. Memang dia pelik tapi perkara itu masih dalam siasatan.

Dari mana cahaya itu muncul?

Bila diperiksa fius utama lampu, dapat dilihat tiada satu lampu pun digunakan bermula jam enam setengah petang malah lampu di bilik Linda pun tidak diusik langsung pada malam itu.

"I try lihat dari sudut luar feri. And I tak tahu, tapi I dapat rasakan cahaya itu ialah dari spotlight ni." Iman memandang serius pada spotlight sebesar tiga pemeluk manusia di hadapannya.

"Kenapa?"

"Cuba you tengok lampu ni and lampu sana.." Iman mengangkat jari pada satu sudut. Henry mengecilkan mata pada sudut itu. Gelap. Tidak nampak apa-apa. Dia menggeleng tanda dia tidak nampak.

Iman mengeluh. "Lembap jugak you ni," Dia mengambil cermin mata night-vision yang tersedia dalam kotak alatannya dan memberikan pada Henry.

Henry segera memakai cermin mata itu, Iman juga sama. Serta merta Henry merasakan sekelilingnya jelas walaupun hanya berlatar belakangkan hijau pucat. Dia segera mencari arah yang Iman tunjukkan tadi.

Ada satu lagi menara di sana, malah Henry baru menyedari rupanya ada empat menara di feri ini. Dan pada keempat-empat menara itu semuanya ada spotlight.

"You nampak tak, dua-dua spotlight yang arah ini. Kedua-duanya diletakkan mengadap ke arah timur. Dan macam yang kita tahu bilik Linda ialah arah timur. So memang patut dia nampak cahaya jika dipasang."

Henry berkerut serius mendengar penerangan Iman.

"Ada benda yang aneh sedikit yaitu, selalunya dalam ilmu perkapalan sepatutnya spotlight dihadapkan pada arah berbeza, tidak boleh ke arah yang sama. Jika spotlight itu sudah dihadapkan ke arah timur..

"..maka yang satu lagi perlu hadap lain." Henry sambung.

"Ya betul tu. Tapi apa kita nampak sekarang ialah, dua-dua spotlight di sini menghadap timur. Dan yang sana pula masih berada di tempat asal.." Iman pandang pada dua lagi spotlight di dua menara sebelah sana. Henry turut memandang ke arah itu.

Jelas pada pandangan mereka, kedua-dua spotlight itu diarahkan ke arah yang berbeza. Satunya menghadap barat dan satu lagi menghadap utara.

"Selatan, tiada lampu untuk selatan." Henry buat rumusan.

"Yes, absolutely." Iman lega sebab ada yang faham dia.

"Dan semestinya kerana spotlight yang kita sedang duduk sekarang ini sepatutnya menghadap selatan. Tapi.."

Henry pandang Iman. "..ada yang mengalihkan."

Iman mengangguk. Jarinya diangkat ke arah timur. "Ke arah Pulau Jengka."

Henry bulatkan mata, terus memandang ke arah timur dan jelas daratan Pulau Jengka di situ.

Dia tersedar sesuatu.

"Ada orang yang mengalihkannya dan memasangnya pada waktu malam, dan Linda nampak cahaya itu dari tingkap biliknya jadi dia keluar untuk melarang orang tersebut." Iman menarik nafas dalam-dalam.

"Dan orang tersebut ialah abang tirinya." Henry sambung. Tidak tahu apa yang menghubungkan fikiran mereka sehingga apa sahaja yang hendak dicakapkan Iman pasti Henry terlebih dahulu memotong.

"Soalan dekat sini ialah, apa motif Andika nak halakan lampu pada Pulau Jengka?" Iman memeluk tubuh.

"Untuk membuktikan tentang sesuai maut?" Henry mengepal tangan.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now