"Sheera, kau perasan tak senior form 3 tu asyik pandang-pandang kau..."tegur Syarifah. Sheera terus memandang kearah seorang pelajar bertag nama berwarna hitam itu."senior form 3 sia.. nak gaduh ke apa ? usya lama-lama.."terjah Sheera. Pantang ada orang usya lama-lama, mulalah ingatkan nak bergaduh.
Syarifah mencubit lengan Sheera,"Kau tu perempuan elok sikit perangai..."tegurnya lembut,"Yelah... akuuuuuu juuugak"keluh Sheera.
"Nurin, bukan ke kau kenal senior tu ?"soal Mira, Nurin mengiyakannya,"dia tinggal dekat ngan rumah aku"ujarnya lagi."Cuba kau tanya apa masalah dia dari tadi pandang-pandang sini..."ujar Sheera tak puas hati,"cakap kat dia, nak gaduh cakap"sambungnya lagi.
"Dia ni lahai... Nak gaduh aje"keluh Syarifah. Masing-masing masih di tingkatan 1 tapi perangai macam senior form 5."Jap, aku gi tanya"ujar Nurin.
Selepas menghabiskan masa 10 minit bertanya, dia kembali dengan wajah kerang busuknya."Weh Sheera.."
"Ada orang minat kau.. Untunglah.. Hodoh-hodoh pun orang minat"balas Nurin lagi."Syaitannya mulut kau wahai sahabat"balas Sheera."Dia cakap, taknaklah gaduh dengan junior nanti hilang macho"sambung Nurin.
"Siapa kisah ? Eyuu..."Sheera sambung mengulangkaji pelajaran.
"Heleh kau, depan mata yang nak kau, kau tolak.. Ha, Andatu la kau nanti"perli Mira,"tak kisah~"balas Sheera. Masing-masing tergelak. Masih berada di tingkatan 1 tapi sembang mengalahkan remaja 20-an.
*______*
"Alamak bosskur, harini ada latihan rumah sukan.."keluh Nurin."yelah weh, aku rumah kuning.. weh kakpah, japgi pergi sama-sama ! kau balik asrama siap kau..."Sheera menjeling Syarifah."hah yelah.. Tapi aku tengok kau bersukan jela ye.. Taulah keadaan kesihatan aku macam mana kan"ujar Syarifah.
"Asalkan aku tak sesorang dah cukup bosskur"ujar Sheera."Kau pergi dengan Mira kan japlagi ?"soal Syarifah pada Nurin. Nurin mengangguk,"ahh weh, harini aku ponteng latihan sukan.. Ayden ajak pergi mcd teman buat homework"Mira memberi alasan.
"Gampanglah member macamni"keluh Nurin,"lahhhh, harini je bosskur.. chill"pujuk Mira,"nanti bawak balik prosperties burger.. aku nak beef"ujar Nurin.
"chicken"sambung Syarifah.
"Aku nak beef gak"Sheera meminta sekali, alang-alang yang lain juga sudah order.
"Banyak cantik korang, ingat bapak aku cap duit ?"soal Mira sedikit geram."Bukan bapak kau, bapak Ayden tu ha.. Kan dia anak Tan Sri.. Apa salahnya member pau makanan kan kan kan"Nurin membuat muka comel. Sheera tersengih.
"Yelah-yelah, nanti aku try pujuk.. Tolong cover kehadiran aku.. Kau tau lah geng-geng gedik tu.. Karang nampak je geng kita tak datang mulalah report sana sini"ujar Mira,"Roger bosskur..."
*______*
Sheera, Nurin dan Syarifah bergerak ke padang setelah tamat waktu persekolahan."Nanti jumpa kat bilik, geraklu bosskur"ujar Sheera pada Nurin.
"Form 1,2 dan 3 akan buat larian dulu. Junior boleh bergabung dengan senior untuk larian 100m kemudian bersedia untuk larian 200m"
"form 4 dan form 5, lempar cakera dan lompat tinggi"arahan dari ketua rumah sukan cukup jelas bagi semua pelajar. Yelah, dia pakai pembesar suara sedangkan suara dia dah macam komander paskal.
"Kau tak lari kan ?"soal Sheera pada Syarifah. Dia menggeleng." Time kau nak lari nanti, aku tunggulah kat garisan penamat"ujarnya. Sheera mengangguk tanda ok.
"Weh, tu bukan senior yang Nurin kata minat kat kau ke ?"soal Syarifah."Aduh dia ni, rumah kuning jugak ke pun ?"rungut Sheera. Senior itu datang kearahnya,"alamak dia dengar ke apa aku cakap ? Habislah, dia nak gaduh dengan aku..."Sheera loya buruk disitu. Syarifah tergelak.
YOU ARE READING
Facts Of Love
RomanceAsheera , Syarifah , Amirah dan Nurin, empat sahabat yang mempunyai berlainan perwatakkan. Asheera dengan sikap kasar yang membuatkan orang lain gerun untuk mendekati telah menjadi pilihan hati seorang senior yang di gilai ramai. Klise tapi realiti...
