Part 10

961 30 15
                                    


 Bahagian 10

AKIM nampak tenang sahaja seolah-olah dia tidak membuat dosa dengan memasukkan gambar aksi-aksi seksinya kepada ku. Wataknya begitu berbeza dari malam tadi. Aku juga tidak mahu mengungkit kembali apa yang telah terjadi malam tadi, jadi aku juga bersikap biasa-biasa sahaja bagaikan tiada apa yang berlaku.

"Lena tidur malam tadi?"

Dia bagi soalan maut kepadaku. Aku mengangguk tidak mahu menjawab, sebenarnya aku sengaja hendak menguji apakah motifnya letakkan gambar-gambar sebegitu, gambar- gambar dia sedang posing tanpa baju dan hanya berseluar jeans sahaja mempamerkan tubuhnya yang kekar itu.

"Saya dah padam gambar-gambar tu, buat semak je."

"Ok."

Dia menjawab sepatah lalu terus melayani gajetnya sedangkan aku terus berdiam diri.

"Saya minta maaf ye."

Tiba-tiba sahaja dia minta maaf tanpa sebarang motif.

"Kenapa?"

"Sebab buat Aulia tak selesa. Saya hanya nak bergurau, lagipun bukan saya tak pakai apa-apa." Akim mempertahankan tindakannya. Aku sempat tersenyum senget.

"Panggil saya Rock ok... Rock."

"Ok Rock, maafkan saya boleh tak?"

Aku menjeling cermin pandang belakang, dan ketika ini dia sedang memandang aku. Pandangan kami sekali lagi bertentangan dan sekali lagi dia buat aku rasa gugup. Pandangan itu nampak jujur dan kejujuran itulah yang sering membuatkan aku kalah. Walaupun hanya nampak mata sahaja tetapi aku tahu mata yang indah itu selalu memandang aku secara curi.

Aku melepaskan nafas berat.

"Akim dah kahwin, dan dah ada isteri. Pada saya tak perlulah buat perkara-perkara yang tak normal macam ni. Ambil balik Handphone tu, saya tak perlukannya. Kalau perlu nanti, dah dapat gaji saya beli handphone lain. Terima kasih sebab bagi saya, tapi saya tak boleh terima. Mahal sangat."

"Ehemm..." Akim pandang ke luar. Saat ini ada rasa pedih yang menjalar jauh di dalam diri aku. Aku merasai kelukaan yang sebenarnya aku tidak pasti kenapa boleh berlaku.

Dia kelihatan gelisah lalu meraup rambutnya ke belakang. Gajetnya di masukkan ke dalam beg dan dia terus bersandar memejamkan mata. Aku nampak halkumnya turun naik, entah kenapa fokus aku sering ke situ.

Bagi ku halkum lelaki memang cukup maskulin, abang ngah memang memiliki halkum yang menonjol, tetapi along punya leher macam leher perempuan. Aku rindu sangat kepada kedua-dua abang ku ini.

Sebaik sahaja sampai di pejabat, Airiel telah menunggu aku. Airiel bagi salam kepada Akim dan Akim terus sahaja masuk ke biliknya. Kali ini kami tidak beriringan macam biasa, sebaliknya dia yang berjalan dahulu meninggalkan aku di belakang.

Airiel ceria kerana hari ini dia tidak perlu banyak melakukan penghantaran. Kami terus ke pantry lantas sama-sama menikmati nasi lemak bungkus yang dia bawa untuk aku. Lagipun masih awal dan masa kerja belum bermula. Kami makan berhadap-hadapan dan aku buatkan air untuk Airiel.

Kami berbual riang dan dengan Airiel aku memang boleh bercakap lepas sahaja. Airiel pun tidak suka sibuk hal orang, dia langsung tidak bertanya tentang Akim yang seksi di dalam rumahku.

Tiba-tiba aku terpandangkan Akim yang tercegat melihat aku dan Airiel dengan sorotan mata yang tajam. Wajah dia ketat, kalau dilonggarkan menggunakan sepanar pun belum tentu boleh. Airiel minta diri keluar dan aku menjawabnya dengan anggukan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 11, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Love BodyguardWhere stories live. Discover now