Serunai Maut | Henry | 4

Start from the beginning
                                    

Dan apabila sahaja Iman bertanya, kalau betullah Serunai Maut itu wujud dan semua penduduk kampung akan mati apabila ada sahaja yang melanggar pantang larang itu - maka kenapakah penduduk Pulau Jengka masih hidup dengan baik sekali? Bukankah sepatutnya mereka juga mati?

Mendengarkan sahaja soalan itu, tidak semena-mena seorang wanita menjerit nyaring kemudian menyembah sujud. Diikuti yang lain yang turut menjerit nyaring penuh kesedihan. Mereka terduduk beramai-ramai dalam keadaan menangis meratapi entah apa perkaranya. Iman dan Kira sudah kebingungan di tengah-tengah mereka.

Dan apa yang Iman dengar selepas itu sangatlah membuatkan Iman jadi yakin yang penduduk kampung ini sebenarnya telah khurafat.

"Apa lagi yang diorang cakap?" Suara Henry membantut lamunannya. Iman mengeluh panjang.

"Diorang berterima kasih kepada penjaga serunai maut sebab tidak menghukum diorang and diorang semua bersujud beramai-ramai entah kepada siapa.."

"Itu gila." Henry komen selamba.

"Ya, sebab itulah I cakap I tak dapat apa-apa pun pergi sana. Semua penduduk kampung hanya percayakan benda khurafat itu sahaja. It's so annoying."

Henry menggeleng kepala sahaja. Orang kampung memang begitu. Terlalu percaya pada sesuatu yang tidak logik.

Masakan sebuah serunai mampu membunuh beribu manusia?

Itu memang gila.

"Tuan.." Suara lain menyapa dengan nada hormat.

Henry dan Iman menoleh. Seorang penganalisis mengangkat tabik. Henry angguk sahaja. Memberi izin untuk diberi laporan.

"Seperti yang tuan arahkan tadi, saya sudah dapatkan bilangan penumpang feri ini. Ianya seramai 250 orang. Kami baru menjumpai 200 orang dan masih berbaki 50 mayat lagi yang belum dijumpai."

Henry terdiam mendengar bilangan itu.

Ramai. Dan semuanya terkorban.

Hatinya digigit sayu. Apakah sebenarnya yang berlaku?

"Ada senarai nama?" Henry bertanya. Suaranya perlahan sahaja.

Penganalisis itu segera menghulurkan tablet di tangannya. "Ini tuan."

Henry menyambut pantas. Iman sudah menempel turut mengintai.Dapat Henry lihat senarai nama penumpang itu satu persatu. Semuanya bukan calang-calang orang. Kebanyakannya ialah ahli korporat dan jutawan terkenal. Jangan harap orang miskin akan dapat memasuki feri semewah ini. Hanya orang gaji atau pembantu rumah yang tidak berwang dalam senarai nama ini, yang lain hampir semuanya jutawan.

"Emel kepada saya senarai nama ini. Kerah team kamu untuk cari dengan lebih gigih." Tablet bertukar tangan.

Penganalisis tersebut mengangkat tabik sebelum berlalu pergi.

Manakala Henry hanya mampu menghela nafas panjang. Rambutnya diraup kusut.

Iman di sebelah pula lebih memilih untuk diam.

Semuanya terasa kusut.

JAM sembilan pagi, seluruh jabatan yang bertanggungjawab dalam kes besar ini masih bertungkus lumus mencari sesuatu yang akan membantu siasatan. Setakat ini masih tidak dijumpai walau sehabuk pun tanda-tanda punca kematian - seperti contoh bahan kimia yang mungkin pembunuh gunakan pada setiap tubuh mangsa, atau mungkin asap yang mempuyai racun yang mana pembunuh gunakan. Dan yang lebih spesifik ialah mungkin mana-mana angin dari luar yang membawa udara beracun itu sehingga semua menghidunya. Itu ialah penyelesaian secara logik bagi kes ini. Namun tetap tiada apa yang membantu mereka.

Di bilik pejabat utama kapal ini, Henry mundar mandir. Dia tahu, bilik pejabat ini ialah milik Sir Suzuki yang dia sangat kagumi dan segani. Namun sungguh menyedihkan, baru sebentar tadi dia mendapat berita dari salah seorang penganalisisnya bahawa mayat Sir Suzuki juga sudah dijumpai bersebelahan dengan mayat anaknya Kevin. Betapa ketika itu Henry berasa luluh hati. Idolanya dan teladannya telah mati dalam keadaan sangat misteri. Sepastinya ketika ini pihak berkuasa sudah pun memberitahu ahli keluarga Sir Suzuki akan hal ini. Henry dapat membayangkan betapa mereka sangat kecewa dengan berita ini.

Henry meraup wajah. Sedari tadi, dia mundar mandir di sini. Sedangkan pihak penganalisisnya semua sedang berkejar ke sana ke mari mencari hasil walau setitik perkara. Dia hanya menunggu laporan dari orang bawahannya.

"Tuan!" Suara mengah diselangi bunyi pintu dibuka menganggu keresahan Henry. Wajah pucat Inspektor Halim menerjah ruang pandangan.

"Kenapa Halim?" Soalnya serius.

"Tuan perlu ikut saya."

Tidak perlu menunggu lama, dia segera berlari mengikuti inspektor bawahannya itu.

Berkejar ke dek paling atas dengan cemas. Apabila sahaja sampai di tingkat itu, kedengaran bunyi riuh rendah menggamit pendengaran.

"Beri laluan! Tuan Henry nak lalu!!" Inspektor Halim separuh melaung. Tidak perlu diulang dua kali, serta merta semua meminggirkan diri memberi laluan.

Henry melangkah laju ke arah mayat yang sememangnya menjadi perhatiannya sedari pagi tadi. Tidak lain tidak bukan kerana hanya mayat ini yang dijumpai di dek atas sedangkan mayat lain semuanya di tingkat bawah.

"Kenapa?" Henry sudah memakai sarung tangan plastik. Mencangkung di sisi mayat.

"You tidak nampak?" Suara lain menyampuk. Henry tahu itu suara siapa kerana tiada orang lain yang berani berbahasa begitu dengannya.

"Mayat ini makin mereput." Iman menjelaskan. Turut mencangkung di sisi Henry.

Wajah Henry berubah. Dia nampak hal itu.

Tubuh rentung ini dalam senyap-senyap semakin mengecil dan mengecil tanpa mengeluarkan walau sebutir habuk pun. Sepertinya ia sedang mengalami sistem pereputan yang sangat pantas.

"Semua mayat seperti ini?" Henry bertanya.

"Ya tuan." Inspektor Halim menjawab.

Henry mengacip gigi. Bahaya. Bahaya jika keadaan begini berterusan kerana nanti kalaulah mayat ini benar-benar mereput maka peluang untuk jabatan forensik membedah siasat adalah sangat tipis.

"Sudah tahu ID mayat ni?"

"Dah tuan, namanya Andika Bin Zamzuri. Pemilik Ezus." Penganalisis di situ menjawab.

Henry menelan liur. Sudah dia katakan mangsa di sini bukan calang-calang orang. Dan di hadapannya ini ialah pemilik sebuah syarikat kenderaan keluaran bumiputera yang sangat masyhur, Andika Zamzuri.

"Keluarganya yang lain?"

"Ibu dan adiknya dalam bilik hotel mereka. Dijumpai berpelukan."

Henry memejam mata.

"Henry, macamana.."

"Bawa saya ke pulau. Saya nak jumpa penduduk kampung sendiri."

Kali ini Henry sendiri akan turun padang. Sabarnya makin menipis.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now