#NanaEuropeTrip: PRAGUE

53 1 0
                                    

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, diberi kesempatan dan ruang untuk menulis serba sedikit pengalaman saya dan kawan saya, Dayana sepanjang kami berkelana di bumi Eropah selama 21 hari bermula dari Prague-Salzburg-Venice-Rome-Paris-Amsterdam-Edinburgh-London.

Jadi, tulisan hari ini saya akan menulis tentang perjalanan kami di Prague, Czech Republic. Asalnya kami tidak ada plan untuk ke sini, hanya sekadar tempat transit saja di Eropah namun dah alang-alang sampai di Prague, kami masukkan juga Prague dalam bucket list Eropah.

 Asalnya kami tidak ada plan untuk ke sini, hanya sekadar tempat transit saja di Eropah namun dah alang-alang sampai di Prague, kami masukkan juga Prague dalam bucket list Eropah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


PENGEMBARAAN BERMULA...

10 Jan Khamis: Pukul 3:30 am flight dari Beijing ke Kiev, tak sangka keseluruhan perjalanan ke Kiev adalah selama 10 jam 44 minit! Allahu, lama benar rasanya. Selepas take off, saya dan Dayana terus tertidur. 

10 jam kemudian, dalam pukul 11:30 pagi (waktu tempatan), kami berjaga untuk menunaikan solat Subuh. Pukul 2:30 petang (waktu tempatan) kami sampai di Borypsil Airport, Kiev. Waktu di Kiev pula baru 8:30 pagi. Pemeriksaan imigresen di Borypsil sekejap sahaja, banyak kaunter dibuka dan pukul 10 pagi pula flight ke Prague.

9:20 am: Boarding to Prague, sedang beratur, tiba-tiba datang seorang pegawai perempuan, kelihatannya seperti seorang askar kerana pakaiannya serba hijau, lain daripada pakaian pekerja airlines yang lain. Beliau datang kepada kami dan memeriksa pasport kami, bertanyakan  nama, umur, warganegara. Phew nervous kami pun. Nampak seperti mencurigakankah? Garang betul askarnya.

Sampai sahaja di lapangan terbang Prague, kami terus ke ATM untuk mengeluarkan duit dari ATM dan membeli tiket pengangkutan awam di kaunter yang terletak berhadapan dengan pintu F. Tanpa kami sangka, duit yang kami keluarkan itu cukup-cukup saja dua hari di sana. Di sekitar kawasan airport salji tebal, sampai di kawasan tengah bandar, makin hilang pandangan putih salju. Setelah menempuhi perjalanan menaiki bas, metro dan tram, akhirnya sampai juga di Le Petit Hotel Prague. Kami checked in pukul 2:10 pm. 

Terpinga-pinga kami melihat peta untuk menaiki pengangkutan awam di situ. Saya perasan ada seorang wanita yang usianya mungkin dalam 50-an melihat kami dengan senyuman manis di bibirnya. Kami pun bertanya untuk memastikan laluan perjalanan kami ketika itu. Risau juga kalau tiba-tiba beliau bercakap dalam bahasa Praha, tidak faham dibuatnya. 

"You can ride the next train from here. Maybe in a minute, it will arrive."

Sopan sungguh! Terus kami berasa yakin dan selamat nak menjelajah ibu negara Czech hari itu. 

PENGANGKUTAN DI PRAGUE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PENGANGKUTAN DI PRAGUE

Selepas menunaikan solat, kami meneruskan kembara kami di bumi Prague. Pengangkutan utama di kawasan Old Town ialah tram 🚃 Sungguh unik! Di Prague, terdapat beberapa jenis tiket yang boleh dibeli; 90 minit, 24 jam dll. Disebabkan kami berjalan di Prague hanya sehari, kami beli tiket 24 jam di kaunter tiket.

Tiket boleh dibeli sama ada di kaunter atau di vending machine. Jadi, untuk mudah dan menggunakan cash, kami beli di kaunter tiket. Kaunter tiket terdapat di mana-mana stesen subway dan airport. Mereka berkebolehan bercakap dalam bahasa Inggeris. Oh ya, jangan lupa ambil peta percuma di kaunter tersebut untuk tahu maklumat lanjut tentang pengangkutan di Prague.

Once dah beli tiket, validate tiket dalam bas/tram/subway, there you go! Explore the city sepuasnya! Herher 🚃 oh ya, dalam tram ada wifi! Validate sekali sahaja dan pastikan sentiasa bawa tiket bersama, takut-takut nanti ada spotcheck yang meminta kita menunjukkan tiket. Kalau tidak bawa tiket bersama, anda boleh dikenakan tindakan dan didenda!

Di sini kawasannya meriah sekali, terdapat ramai pelancong, paling ramai ialah dari Cina dan Korea. Kedai-kedai cenderamata juga banyak, kalau masuk dalam-dalam lagi, ada kedai yang menjual harga fridge magnet semurah RM 8. Tempat lain tak dapat harga macam tu.

Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual sejenis roti yang diberi nama Trdelník

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual sejenis roti yang diberi nama Trdelník. Cara pembuatannya sangat tradisional, tepung diuli dan dililit di sebatang kayu, kemudian ditabur dengan campuran gula dan walnut lalu dibakar di atas arang dengan cara digolek-golekkan di atas kayu. Trdelník boleh dimakan begitu saja, tambah Nutella boleh, tambah aiskrim pun boleh! Di luar kulit Trdelník disaluti dengan serbuk kayu manis. Sedap!

Kemudian, kami berjalan di kawasan sekitar Old Town, disebabkan rasa macam sedikit barai, dalam pukul 6 petang kami pulang ke hotel. Hotel kami tak jauh dari kawasan Old Town, lebih kurang 13 minit naik tram.

Bangunan-bangunan di Prague nampak Eropah sangat! Cumanya banyak sangat grafiti dekat dinding-dinding tepi jalan yang nampak sedikit menyeramkan. Ada sekali kami naik metro, memang menyeramkan dengan keadaan metro sedikit uzur dan escalator yang sangat tinggi macam nak menjulang sampai ke langit. Ini kalau tersalah langkah bergolek jatuh ke bawah tak berhenti, fuh masuk ICU barangkali.

Bila jalan berdua sahaja, memang kena berhati-hati, lagi-lagi perempuan dan berjalan pada musim sejuk. Musim sejuk, siangnya pendek, pukul 4:30 pm dah Maghrib, mula gelap. Disebabkan hotel kami di luar zon 1 dan kawasan sekeliling sedikit gelap, jadi kami pulang awal ke hotel.

Yang saya perasan sewaktu berjalan di Eropah pada musim sejuk ini, kedai-kedai di sini buka lambat, tutup lambat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yang saya perasan sewaktu berjalan di Eropah pada musim sejuk ini, kedai-kedai di sini buka lambat, tutup lambat. Ada yang buka awal seawal 8 pagi, tapi jaranglah, kedai runcit saja. Kedai dibuka antara pukul 10 pagi-11 pagi malah banyak juga yang buka pukul 1 petang. Paling awal tutup kedai pukul 3 petang, banyaknya pukul 6 petang dah tutup dan selepas itu bermulalah malam di bar.

Di Old Town anda boleh cover dengan berjalan kaki saja. Kiri kanan terdapat kedai-kedai mewah, money changer di mana-mana saja tapi tidak disarankan untuk berjual beli dengan mereka kerana caj yang melampau. Malahan kami yang menggunakan ATM untuk keluarkan 500 CZK pun dicaj 7 Euro! Melainkan terdapat satu kedai yang recommended by tourist iaitu Visitor Change, Na Mustku 2 (Google Maps).

TANDAS DI EROPAH

Bayar! Iya, tidak percuma. Sekali masuk paling murah 0.50 EU, paling mahal 1 EU. Fuh! Tandas free hanya di hotel tempat menginap, restoran, dalam train. Terdesak betul memang sanggup bayar nak masuk tandas. Tak dinafikanlah, tandas memang bersih, wangi!

WIFI DI PRAGUE

Kalau di Prague, dalam tram ada wifi. Dalam metro tak ada. Disebabkan pengangkutan utama di sana ialah tram, jadi mudah untuk mendapatkan wifi.


Travelog: Dari Langit EropahWhere stories live. Discover now