Day 4:LGBT

72 5 1
                                    

"Apa laaa pak Ustaz Munafik nih.Suka-suka dia je banned LGBT.Aku pon manusia.Aku ada hak aku.Dia siapa nak halang".

Aku menghentak meja sekuat-kuatnya.Geram dan dendam mekar di dalam hati aku.Aku mula menjadi keyboard warrior.Setiap post dakwah aku akan comment yg buruk-buruk.Kiranya aku buat fake akaun khas untuk kutuk orang yang beri dakwah.Aku siap buat akaun khas untuk support LGBT.Apa aku heran.Sekali orang langgar masuk kawasan aku.Memang aku tak akan maafkan dia.Aku menjadi orang yang benci akan ajaran Islam.Aku berpaling dari ajaran Islam.Aku menjadi Anti-Islam sehinggakan aku decide untuk keluar dari agama Islam.

"Wushh baru sebulan akaun IG LGBT aku nih dah ada 20K followers.Cantik laa.Macam nih makin lama makin ramai akan support LGBT".

Itulah apa yang aku rasa.Nikmatnya yang teramat.Sejak keluar dari Islam nih hidup aku makin bebas.Aku nak berpakaian macam mana and bila orang dok tanya aku Islam ke tak bila aku gay and pondan.Aku just jawab.

"Sorry im not Islam ok".

Fuhhh selesa bidup macam nih.As i expected Islam nih hanya bebankan aku je.Patutnya aku dah keluar dah dari Islam masa aku kecik.Aku jalani laa hidup aku nih sebagai seorang pondan sehinggalah something berlaku pada aku.Aku disentuh oleh lelaki tidak dikenali.Banyak kali terjadi.Yaa aku tahu nafsu aku pada lelaki dan aku gay tapi sentuh sesuka hati buatkan aku tak selesa.Sampai laa satu tahap aku marah.

"Woi kau apahal sentuh-sentuh aku?".

"Wow marah ke?".

"Gila tak marah.Kau suka hati kau je main sentuh-sentuh orang sana sini.Dah la tempat private spot pulak tuh".

"Laa kau bukan Islam kan.Bukankah hidup kau sudah bebas?".

Aku tersentak sedikit.Aku maintain cool and terus jawab.

"Jadi kalau aku bukan Islam kenapa? Walaupun aku bukan Islam tapi aku masih ada moral values".

Laki tuh mendekati aku.Lalu membisikkan sesuatu di telinga aku.

"Moral values? Apa tuh? Bukankah kau keluar dari Islam sebab nak lari dari benda tuh?".

Aku terdiam.Tapi kalau aku terdiam sahaja pasti aku akan kalah.

"Alaa sudah ah kau.Aku punya hidup aku punya style.Malas ah layan mamat sangap macam kau nih".

Lalu aku terus pergi dari tempat itu.Kalau aku stay pasti akan jadi benda yang aku tak ingini.Ketika aku sampai di rumah aku terfikir semula akan kata-kata lelaki tadi.

"Aku lari dari moral values? Apa keluar dari Islam masih tak boleh amalkan moral values ke apa?".

Aku pelik.Aku makin buntu.Sejak dari hari itu macam-macam perkara pelik terjadi kat aku.Aku makin dihina.Aku dicaci.Aku sudah jadi bagaikan pelacur disentuh sana sini tanpa sebab.Sampaikan aku hampir dirogol.Hidup apa macam ini.Kalau Allah itu ada dia dah lindungi aku.Aku menumbuk dinding.Geram teramat.

Aku mencapai remote tv dan buka tv tersebut.Aku tonton berita tv3.Mata aku terbeliak akan berita yang disampaikan.Kerajaan istiharkan bunuh bagi sesiapa yang mengamalkan LGBT.

Siapapun yang menjumpai para pelaku homoseksual, maka bunuhlah yang aktif dan yang pasif.(HR. Tirmidzi).

Kerajaan pon mula menghantar email pada aku sebagai kata-kata amaran.Jikalau aku tak berubah dalam masa terdekat aku akan di hukum bunuh.

Aku makin pening dengan apa yang aku hadapi.Mula-mula dihina dan dicaci,disentuh tanpa sebab seperti pelacur dan sekarang hukum bunuh.Apa hina sangat ke aku ini?.Sampaikan begini aku dibuatnya.
Aku dah tak tahan.Beberapa hari selepas itu aku pergi berjumpa seorang ustaz dan bertanya direct kepadanya tentang LGBT.

"Ustaz,apa yang salahnya dengan LGBT nih ustaz?sampai semua orang dok hina,caci saya dan sampaikan ada yang dok sentuh-sentuh saya sesuka hati diorang".

"Bukankah kamu yang memilih jalan hidup yang macam tuh?".

"Apa maksud Ustaz?".

"Kamu menyatakan bahwa kamu murtad kan?".

"Ye Ustaz?".

"Bukankah Islam itu wajib taat dan ikuti ajaran Rasulnya?".

"Yaa jadi kenapa?".

"Kamu dah tak Islam bukanke kamu rasa dah tak berdosa kalau buat macam itu bersentuh sana sini(dengan lelaki) dengan rasa syahwat".

"Apa ni ustaz,dosa tuh dosa laa.Sentuh sana sini dengan rasa syahwat tuh walaupun sejenis".

"Jadi?".

Ustaz tuh pandang aku dengan muka tanda tanya.Aku pon pelik.Patutnya aku dah tak rasa berdosa buat-buat benda macam ni.Tapi di lubuk hati aku,aku menidakkan benda-benda yang aku buat.

"Ouhh".aku berkata kecil.

"Kamu dah nampak?".Tanya Ustaz tersebut.

"D-dah Ustaz".

"Macam ini laa,ajaran Islam yang kamu dok pikir selama nih buatkan kamu rasa seperti dalam penjara sebenarnya benda yang melindungi kamu.Allah sayangkan kamu,Allah sayangkan semua hambanya sebab itu Allah melarang kamu pelbagai benda sebab itu yang terbaik buatmu".

"Ustaz saya dah banyak sangat dosa Ustaz.Saya siap caci orang beri dakwah,saya buat akaun IG support LGBT.Apa Allah nak ampunkan saya Ustaz?".

"Katakanlah (Wahai Muhammad):
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui
batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah, kerana
sesungguhnya Allah mengampunkan segala
dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
al-Zumar 39 : 53

"Betul ke Ustaz?".Aku bertanya.

"Yeaa kenapa saya perlu tipu sedangkan ini adalah ayat Quran tiada salahnya walaupun sepatah".

Aku kembali gembira.Aku berterima kasih pada Ustaz dan minta diri untuk pulang.Aku mahu bertaubat.Itu yang aku nekad.Ketika aku pulang kereta aku ditahan oleh sebuah van yang aku tak kenali.Kereta aku dipecahkan cerminnya dan aku dipaksa keluar.Kepala aku dicekup dengan guni.Aku tak nampak apa-apa apatah lagi menjerit.Mulut aku dikunci rapi oleh mereka.Aku ditolak masuk ke dalam Van.Allahuakbar apa pula ujian yang aku hadapi ini.Aku dibawa ke suatu tempat.Apabila guni itu dibuka semula dari muka aku.Aku terlihat tali gantung di hadapan aku.
Aku terkejut.Aku terlupa akan amaran kerajaan kepada aku.Adakah pengakhiran aku macam ini.Salah seorang lelaki di situ memaksa aku naik ke kerusi dan meletakkan kepala aku di lubang tali tersebut.Aku dah tak boleh berfikir.Takut yang teramat dan menyesal.Aku terus mengucapkan Syahadah.

"Aku naik saksi bahwa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahwa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah".

Aku menyesal sangat Ya Allah.Ampuni laa aku Ya Allah.Sesungguhnya aku melampaui batas aku.Aku buta dengan nikmat terbesar yang kau beri selama ini iaitu nikmat Islam.Aku terketar-ketar ketakutan.

*Pummmm

Kerusi yang menampung badan aku untuk berdiri ditendang oleh seseorang lelaki.Aku terkulai-kulai di udara.

"Is this the end?".

-Tamat-

Diari PendosaWhere stories live. Discover now