Day 1:Hukum Wajib menjadi Harus bagiku

235 9 0
                                    

"Weh Man jomlah solat,dah masuk waktu Asar dah nih".

"Kau pergi laa dulu Lid,aku ada hal laa pulak".

Itu laa aku apabila diajak untuk solat aku akan terus tolak dengan beribu alasan yang aku sediakan.Sudah jelas bahawa aku adalah seorang yang malas dan berat sangat untuk menunaikan solat.Aku solat bila terpaksa sahaja.

Aku tahu apa yang aku lakukan ini adalah dosa tapi aku merasakan tidak melaksanakan solat nih dah biasa buat diri aku dan dah bagaikan jadi hukumnya harus buat aku.

Aku lebih prefer untuk tidur pada waktu asar berbanding solat.Jadi selepas aku menolak pelawaan Khalid untuk solat aku terus ke bilik aku dan membaringkan kepala aku di atas bantal kesayangan aku.

*Trut *Trut *Trut

Aku terjaga dari buaian mimpi aku.aku melihat jam sudah pukul 8.00 malam.

"Aduh terlepas drama tv 10".

Aku merungut kerana terlepas drama yang aku ikuti sejak episode pertama lagi.Aku terus keluar dari bilik aku dengan penuh hampa.Lalu aku ternampak akan Khalid

"Weh Man jom solat maghrib.aku tunggu kau nih".

Seperti biasa Khalid akan ajak aku solat.Tetapi aku dah buntu dengan idea untuk menolak ajakannya.Aku terpaksa akur.Aku terus ke tandas untuk mengambil wudhu.Betapa jahilnya diri aku turutan wudhu pon aku dah terlupa.Aku pon jenis tidak kesah aku terus sahaja amik wudhu tanpa turutan yang betul.Yang penting aku dah ada wudhu.Apabila aku keluar sahaja dari tandas Khalid sudah menunggu aku di saf makmum.

"WHAT THE --?!".

Aku amat terkejut ketika itu,Khalid menyuruh aku untuk menjadi imamnya.Aku takut.Pengambilan wudhu sahaja dah membuatkan aku fail apatah lagi menjadi imam tambahan lagi ini waktu solat maghrib.Aku cuba mencari alasan untuk mengelak daripada menjadi imam.

"Weh Khalid bacaan Quran kau jauh lbih baik dri aku,kau laa imam".

Aku cuba memberi alasan.

"Kalau tak belajar hari nih sampai bila -bila kita tak pandai jadi imam".

Ahhhh aku buntu ini laa hari terburuk buat aku.

"Tak pe kalau bacaan Al Fatihah kau salah aku niat mufaraqah je".

"Mufaraqah? Apa pulak tuh?".kata aku di dalam hati.

P/S:Mufaraqah ini ialah niat makmum apabila imam membaca bacaan Al Fatihahnya yang salah,cth:

Alrrahmani alrraheem(

bacaan betul) tetapi imam membaca

Alrrahmuni alrraheemi.

Jikalau imam tidak membetulkan bacaannya maka makmum perlulah berniat mufaraqah iaitu keluar dari solat bersama imam tapi masih mengikuti akan pegerakan imam dalam solat.(kalau masih keliru boleh msj sya scra direct).

Aku mendekati sejadah imam dengan hati yang teramat berat.Aku buntu bagaimana untuk menghadapi situasi ini.Aku menghirup udara dan lepaskan.

"ALLAAAAAAAHUAKBAR".

Aku mengangkit takbir untuk kali pertama sejak sekian lama.Hati aku mula berasa lain macam.Aku mula berasa tenang apabila aku berada dalam solat.

Bismillahirrahmanirrahim

1.

.Segala puji bagi Tuhan Semesta Alam

2.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

3.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).


4.

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


5.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

6.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Lalu aku terdiam seketika,aku terfikirkan akan maksud dri ayt Surah Al Fatihah tadi.Aku takut sesungguhnya aku telah berada di jalan yang Allah telah murkai.

Lalu aku gerakkan semula bibir aku dan membaca surah Al Asr

Bismillahirrahmanirrahim

1.

                        Demi Masa!


2.

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

Betulla Ya Allah,akulah manusia itu,akulah orang yang rugi itu.Maafkan aku Ya Allah.Aku berteriak di dalam hati aku.

3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.Tidaklah pula aku beriman dan tidak pula aku seorang yang soleh.Aku sangat rugi ya Allah.Aku mahu bertaubat Ya Allah.

*PUMMMMM

"Arghhhhhh sakittttt".

Aku memegang kepala aku.

Aku keliru dengan situasi.Bukankah aku tengah solat tadi bersama Khalid?.

"Mimpi?".Aku tertanya pada diri sendiri.

Mungkin itu adalah hidayah dari Allah buat aku.Aku terus search di laman sesawang langkah langkah wudhu yang betul.Selesai belajar aku terus ke bilik mandi dan berwudhu.Selesai berwudhu aku terus keluar dari blik mandi.Tiba-tiba Khalid masuk ke dalam rumah daripada sebuah pintu.Aku terus melambai kepada Khalid.Dia berbaju melayu dan berkopiyah.Alim dan warak orangnya.Mungkin aku boleh minta kata-kata dan dorongan darinya untuk berubah.Khalid tidak melambai semula pada aku.Aku pelik.Lalu Khalid terus duduk di sebuah kerusi.Aku hairan dan terus duduk bertentangan dengan dia.Tiba-tiba Khalid bersuara.

"Kenapa kau kena pergi sekarang man?".

"Pergi?".Aku tertanya dalam hati

Lalu Khalid mengangkat tangan dan membaca Surah Al Fatihah sekuat yang mampu aku dengar sehingga pada telinga aku.

"Ya Allah,aku sedekahkan Al Fatihah ini buat Muhammad Razman bin Jali.Kau tempatkanla dia di kalangan orang beriman Ya Allah".

"Sedekahkah Al Fatihah? Apa kau merepek nih Khalid,aku tak mati lagi kot".Aku terus memarahnya.

Tiba-tiba lampu terpadam.Kawasan sekeliling amatlah gelap sehinggakan aku tak nampak tapak tangan aku sendiri.Tiba-tiba aku mendengat suara keras menegurku dari belakang.

"Man Rabbuka? ".

-Tamat-

Diari PendosaWhere stories live. Discover now