01

135 18 0
                                    

"Kambing la. Siapa curi super ring aku sial?!" Itulah perkataan yang selalu disebut oleh Lutfie Mukhlis.

Kambing.

KAMBING.

KAMBING!

"Kau tanyalah kambing kau tu. Dia kan isteri kau, mungkin dia yang makan."

Lutfie dah menjeling Rufus yang tengah elok landing atas sofa makan super ring–sekejap!

"Jap oi bodoh! Super ring aku sial!"

"Oh eh? Nah aku dah kenyang pun."

Punya tak ada perasaan, Rufus baling super ring kepada Lutfie lalu membasuh tangannya. Patung kambing Lutfie pula sedap dihenyak oleh Zefry. Dah la baru lepas berak tadi.

"Kambinglah! Jangan rembat barang aku boleh tak kambing oi!!!"

Berdekah masing-masing ketawa bila Lutfie dah naik angin. Memang dia la mangsa yang selalu kena buli. Bukan setakat barang, dengan dia sekali pernah jadi kuli diaorang.

Habis ruang tamu penthouse riuh dengan bunyi kambing. Tenggelam terus movie Harry Potter yang disiarkan di Netflix.

"Oi korang, aku jumpa sesuatu menarik."

Masing-masing sekelip mata senyap membisu apabila Kaneki membuka mulut.

"Apa yang interesting sangat sampai kau buka mulut?" tanya Zefry.

"Musang ni."

Kaneki menghalakan laptop applenya ke arah mereka, menunjukkan maklumat berkenaan dengan musang.

"Aduh ini lagi seorang. Seekor kambing, seekor musang–sesuai sangatlah kita kahwinkan dua jantan ni terus." Punya menyampah Rufus dengan membernya.

"Anyway, esok kita nak prank siapa pula? Yela dah lama tak prank kan tak sabar pula rasa."

Masing-masing terus mengalih pandangan dari Lutfie ke Rufus. Mana taknya, selama dia hidup 17 tahun ni kerja dia kenakan orang saja. Sampaikan polis pun dah muak tengok muka dia sebab orang selalu report tentang kenakalan dia. Jangan rasa terkejut la kalau kau nampak dia tidur lena dekat lokap. Bagi dia dah macam rumah sendiri pun.

"Entahlah. Bila dah setahun bersara dari dunia prank ni kan, dah terasa noob balik," jawab Rufus sambil mengunyah super ring. Lutfie mampu mencarut dalam hati melihat makanannya ditelan buas.

"Esok aku bagitahu siapa mangsa malang itu."

Love You Belangkasजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें