"El, papa akan wariskan semua harta papa kat El. Tapi bersyarat." Tenang Dato' Faris berkata. Elman yang pada mulanya rasa berbunga-bunga mendengar hujah papanya, terus terkedu. Syarat apa pulak orang tua ni nak? Menyusahkan betul la! Ingat ni deal syarikat ke nak main syarat-syarat macam kontrak? Kuno la! Nak serahkan, serahkan je la. Tak payah banyak songeh!
"Apa?" soal Elman yang cuba menenangkan diri yang sudah bagai cacing kepanasan.
"Kawen dengan Hannah Damia." Jawab Dato' Faris perlahan. Memang sudah menjadi angan-angannya menantukan Hannah. Bukan kerana harta yang dimilik Hannah, tapi kerana budi pekertinya, kerana adabnya, kerana kesempurnaannya di mata Dato' Faris dan isterinya, Datin Faridah.
"Apa?! Pa! Dia yang bunuh Aiman. Takkan papa nak menantukan seorang pembunuh dalam keluarga kita? El tak nak kawen dengan dia!" bentak Elman. Terus dia bangun dari sofa yang berharga ribuan ringgit itu.
"Selagi dia tak pulangkan Aiman, El takkan kawen dengan dia." Elman terus naik ke biliknya. Pintu bilik dihempas kuat. Elman merebahkan diri ke katil bersaiz queen. Pintu sliding di balkoni yang terbuka luas dipandang. Seketika kemudian, dia mendengar gelak tawa arwah Aiman.
"ABANG! Kita main kejar-kejar nak?" soal Aiman yang baru berusia sembilan tahun itu. Elman mengangguk.
"Hannah nak main tak?" soal Elman kepada Hannah.
"Mesti la nak! Takkan kau orang nak main berdua je! Hannah pun nak join juga." Hannah merapati dua beradik itu. Tika itu Elman berusia dua belas tahun. Manakala Hannah berusia sebelas tahun.
"Jom kita osom! Tengok siapa jadi." Cadang Elman.
"Tak nak la osom! Lambat la. Meh sini kaki." Arah Aiman. Segera Elman dan Hannah menyua kaki. Kaki Aiman diletakkan sekali dekat dengan mereka berdua.
"Polis entry one to jaga, polis mati, pencuri jaga!" jari telunjuk Aiman berakhir di kaki Elman.
"Abang keluar. Aiman dengan kak Hannah pula." Sambung Aiman.
"Polis entry, one to jaga, polis mati, pencuri jaga!" tepat mengena kaki Hannah.
"Maknanya Aiman la ni yang jadi? Okey Aiman! Kejar tau! Jangan tak kejar." Hannah segera menarik kakinya dan memegang tangan Elman untuk berlari.
Taman permainan yang riuh dengan anak-anak yang lain tidak dipedulikan oleh mereka. Hannah segera berlari apabila Aiman mengejarnya.
"Kak Hannah! Jangan la lari laju sangat!" rungut Aiman yang kepenatan, namun dikejar juga. Hannah berlari selaju mungkin.
Hannah terlalu penat untuk bercakap. Dia meneruskan larian. Kakinya membawa dia ke tepi jalan raya yang memisahkan taman dengan kawasan perumahan mereka. Dengan berkaki ayam, Hannah melintas apabila melihatkan kiri dan kanan tiada kereta.
Hannah selamat sampai ke seberang dan terus berlari. Arah tujunya, rumah! Aiman yang mengejar dengan tawa. Tanpa melihat kiri dan kanan, Aiman terus melintasi jalan raya yang tika itu ada sebuah kereta bergerak pantas.
"Aiman! Hati-hati!" jerit Elman dari seberang taman. Aiman yang berada di tengah-tengah jalan raya terkejut dengan laungan abangnya lantas memberhentikan langkah. Tidak sempat dia menoleh ke belakang...
"Aiman!!!!" jeritan Elman kedengaran dicorong telinga Hannah. Hannah mematikan langkah dan menoleh ke belakang. Bunyi dentuman yang kuat memeranjatkan Hannah.
YOU ARE READING
Be My Wife
General FictionHUBUNGAN baik yang terjalin di antara Elman dan Hannah sejak dari kecil retak dek satu insiden. Walaupun bukan salah Hannah, namun gadis itu tetap bersalah pada pandangan mata Elman hinggakan lelaki itu membencinya sehingga mereka melonjak dewasa. P...
