Prolog

1.2K 19 0
                                    


Prolog

"KIAH ambikkan abang kopiah kiah. Abang hendak ke surau. Kiah dok rumah elok- elok na. Kalau orang ketuk pintu jangan buka, tunggu abang balik baru buka."

Lelaki itu tersenyum merenung ku, giginya yang sudah tinggal beberapa batang itu cukup meloyakan aku. Sudahlah panggilan Kiah itu hampir-hampir sama dengan kopiah, puas aku pesan suruh panggil aku Rock tetapi dia tetap panggil aku Kiah. Senyumannya penuh dengan gaya lelaki miang. Tetapi aku tidak berdaya hendak menidakkan hak lelaki itu terhadap ku kerana apa? Kerana dia suami aku!

"Kiah, abang nak sayang sikit boleh?" Lelaki itu segera menghampiri ku lantas memuncungkan bibirnya ke arah bibir ku. Aku cuba mengelak, namun dia terus juga cuba mencium ku. Aku cuba lari, tetapi dia pegang tangan ku. Aku tergamam bila mulutnya semakin hampir ke bibir ku. Ini bukan lagi macam muncung itik, tetapi mulutnya sudah macam mulut 'Ikan majlis bandaraya' yang selalu melekat di akuarium itu.

"Mak!!! Tolonggg!"

Aku menjerit sekuat-kuat hati. Aku mengelepar hendak melepaskan diri.

"Abang nak sayang Kiah... sikit je Kiah... sikit sangat... . "

Dia semakin hampir dengan gigi rongaknya. Dan tiba-tiba...

Cup!

Mulutnya melekat ke bibir ku, melekit sekali dengan sisa-sisa toksik dari mulutnya.

"Uwekkkkk!"

Terjeluih muntah ku. Aku termengah- mengah mengeluarkan isi perut yang tidak berapa hendak berisi ini. Dengan penuh kekuatan aku meneruskan semangat juang ku.

"Makkkk tolonggg!"

Aku memekik sekuat-kuat hati, selagi-lagi mampu!

"Apa hal ni Kiah?" Aku lihat mak dan abah berdiri tercegat di pinggir katil ku. Mak nampak risau melihat aku yang berpeluh-peluh terkejut dari tidur. Tangannya memegang tangan ku. Katil ku berantakan bagaikan aku telah melalui perang besar di sini.

"Hang ni kenapa Kiah?"

Abah pula bertanya. Aku renung abah dengan pandangan yang sayu.

"Kiah tak nak kahwin dengan pak haji tu bah." Aku menjawab polos. Abah mengelengkan kepala, mak pula menghela nafas panjang

"Oh... itu ja ka, ingatkan apa tadi."

Mak dan abah berkata serentak sejurus kemudian mereka segera meninggalkan aku. Aku

terkebil-kebil dalam kebingungan bercampur

'ngeri' bila teringatkan 'pak haji' itu. Trauma rasanya hendak meneruskan tidur. 

My Love BodyguardWhere stories live. Discover now