Bibirnya diketap dengan geram

"Hahaha alolo sian , look who's the one that look pathetic now? "

Jin mengendahkan Minchae , penutup tabung uji itu dibuka , sudah bersedia dia mahu menuang cecair asid tadi di dalam balang Jimin

Minchae semakin tidak senang , apa pun dia harus menghalang Jin daripada menyakiti Jimin

Tiba-tiba dia ternampak sebuah pasu di sebelahnya

Ia tidaklah terlalu besar tapi dari gayanya pasu itu sangat mahal

Minchae menarik pasu tersebut menggunakan kakinya , tak kiralah mahal ke murah ke asal boleh halang Jin

Penutup balang Jimin dibuka oleh Jin , tercalit senyuman di wajahnya . Sedia mau menuang cecair itu ke dalam

Tik! Cecair asid itu dituang sedikit ke dalam , mata Minchae membesar. Cepat-cepat dia letakkan pasu itu di depannya

"HOI JIN DIREJAM! " Jin menoleh

Dakk!!!

Kepalanya terasa berpinar , terdapat cecair merah yang mengalir dari kepalanya . Jin menyentuh dahinya dia menoleh ke belakang

Sebuah pasu telah pun pecah berderai

"Hohoho walaupun bukan masanya tapi aku nak kata tendangan aku tadi macam Ronaldo an sampai kena kepala kau hoho" jin kegeraman , cecair tadi dia campak ke tepi

Kakinya laju berjalan ke arah Minchae.

"Ah!" Minchae terjerit disaat Jin menarik rambutnya Kuat , kepalanya ditunjal ke belakang. "Kau ni nak mati ke bodo! " pipi Minchae menjadi mangsa tamparannya

"Huh asal kau tak tuang cecair tu sepenuhnya" Minchae sengih , menambahkan lagi kemarahan milik Jin

"Kau cabar aku ye? Kau memang tak takut mati kan?" Jin mengambil sesuatu dari mejanya. Minchae memerhatikan gerak geri lelaki tersebut

"Jadi marilah kita berpesta Minchae. " rambut Minchae diusap , sebuah picagari yang berada di tangan Jin menjadi perhatiannya

"Apa t--tu?"

"Kau mana boleh tau heh" rambut Minchae ditarik lagi ,matanya terpejam rapat . Picagari itu terus dicucuk ke lehernya

Minchae tidak dapat melawan , dia menggelupur di lantai tersebut . Jin tersenyum puas. Matanya terarah pula pada balang Jimin

"Fantastic" ucapnya perlahan , terdapat bunyi kocakkan air dari balang Jimin

Nampaknya lelaki itu baru sahaja sedar mungkin disebabkan asid yang dituang sedikit

Jimin meracau , kaki dan tangannya mengibas-ngibas air yang berada di kelilingnya . gayanya bagaikan cacing mati kepanasan

Minchae mengangkat sedikit kepalanya

Wajah Jimin dia pandang dengan air mata.  Kepalanya terlampau sakit dan pening. Perutnya pula seperti dikuis kuis sehingga dia tak dapat nak berdiri

Muka terkejut Jimin tayangkan apabila matanya bertemu dengan mata Minchae

"-Min---Chae!" Jimin mengetuk-ngetuk balang itu , cuba mahu memecahkan cermin setebal 4 cm tersebut

"J..jimin.."lemah sahaja suaranya . Minchae tiba-tiba memegang mulutnya , itu membuatkan Jimin bertambah risau . Cermin balang itu ditendang olehnya namun masih lagi tidak pecah

"Urg!!" Minchae mengeluarkan sesuatu dari mulutnya , dan ianya cecair merah. Minchae terkejut , dia memegang pula lehernya yang kini terasa sakit

Semakin banyak darah yang keluar dari mulutnya

𝐄𝐧𝐭𝐡𝐨𝐮𝐬𝐢𝐚𝐭𝐞 + 𝒫𝒶𝓇𝓀 𝒥𝒾𝓂𝒾𝓃Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ