Bab 1 : Pulang

858 10 0
                                        

MEMPERSEMBAHKAN





      Puan Karmila tersenyum selepas menutup laptopnya. Tidak lama lagi anak gadis kesayangannya Haura yg menuntut di luar negara akan pulang ke tanah air. Hampir 4 tahun Haura meninggalkan mereka sekeluarga demi menyambung pengajiannya di Universiti Al-Azhar,Mesir dalam bidang syariah. Haura mmg gadis yg terdidik dan bersopan santun.


    Niat Hayfa yang asalnya hendak ke tingkat bawah kerana ingin menghilangkan dahaga terbantut. Perbualan diantara mamanya dan kakak kembarnya Haura, merentap tangkai hati. Haura akan segera pulang setelah hampir empat tahun bertungkus-lumus menghabiskan pengajiannya di Kaherah, Mesir.  Lukanya yang kian kering, berdarah kembali. Peristiwa 5 tahun lepas kembali berlegar di ruang mindanya.  Setitis mutiara jernih laju menuruni lekuk pipinya lekas diseka. 


     Dia kembali ke kamar dan bersiap ala kadar sambil menyarungkan jaket kulit hitamnya. Telefon pintar dan card holder dicapai laju lantas menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Hafya segera menerjah ke pintu utama tanpa memandang kearah mamanya. Hanya suara dinginnya yang dilontarkan seringkasnya kepada Puan Karmila. 


     "Ma...Hayfa nak keluar jap." Kata Hayfa smbil memeluk helmet motosikalnya.


       "Hayfa nak pergi mana??" Tanya Puan Karmila.


       "Jumpa kawan la ma..." Balas Hayfa terus berlalu.


           "Hayfa..Hayfa! Dah malam ni tak payah la keluar..." Namun panggilan itu hanya sia-sia. Hayfa telah berlalu. Berderum enjin motosikal Kawasaki Ninja matte hitam tersebut meninggalkan perkarangan rumah mereka.


        "Kenapa tu Mila?" Tanya Encik Hafiz..


        "Abang tengok la Hayfa tu. Keluar malam, balik pagi. Entah dengan siapa entah dia keluar. Dengan naik motornya. Saya cukup tak berkenan dengan gaya anak dara awak yang sorang lagi ni tau." Ngomel Puan Karmila.


        Encik Hafiz hanya mampu menenangkan isterinya. Satu keluahan berat dilepaskan. Tangan Puan Karmila dielus lembut. Sikap Hayfa yg dingin dan agak kasar membuatkan dia kelihatan sangat liar. Ditambah dengan rambut karat yg sentiasa diikat satu. Puas dia dan isterinya itu menasihati Hayfa, namun sikapnya tetap tidak dapat diubah. Malah dia semakin kuat memberontak.


------------------------


       Hayfa memecut motosikalnya dengan laju. Luka hatinya tiada siapa yang tahu. Ah, Haura sedang menghitung hari untuk pulang ke tanah air. Dia yakin selepas ini mama dan papa pasti semakin memulaukan dirinya. Semuanya tentang Haura...Haura...Haura. Kenapa hidupnya sentiasa dihantui Haura? Memang Haura sajakah anak mereka? Fikiran Hayfa bercelaru. Air matanya semakin lebat bak hujan yang mencurah bumi. Tersembunyi rapi disebalik helmetnya yang menutupi seluruh wajah. Sebagaimana tersembunyi air matanya itu, begitulah juga Hayfa memendam perasaannya sekian lama.


     Segalanya tentang Haura bermain di benak fikiran. Haura yg baik, Haura yg cantik, Haura yg sopan. Sedangkan dia dan Haura tiada bezanya. Cuma jiwa mereka yg lain. Entah kenapa sukar untuk mama dan papa memahami dia. Sikap mama dan papa yang suka membanding beza itulah yang membuat jiwanya semakin keras dan sukar dilentur. Segala yang baik pasti disandarkan kepada Haura dan dia wajib mencontohinya sehingga batin seorang Hayfa menjerit menginginkan kebebasan. 


     Motosikal Kawasaki berwarna hitam kesayangannya diparkir di tepi kerusi taman. Hayfa melabuhkan duduknya disitu. Helmetnya dibuka. Sebuah keluhan berat dilepaskan. Jiwanya benar galau ketika ini. Fikirannya berserabut. Dia merehatkan tubuhnya di situ dengan manrik nafas panjang. 


   Air mata yg menuruni pipi diseka laju. Hayfa memang ego. Dia sosok yang tidak semudahnya melempiaskan kesedihan di hadapan khalayak ramai. Terutama sekali mama dan papanya. Dia tidak suka terlihat lemah. Segala kesakitan lebih gemar dipendam sendiri. 


'Aku benci kau... Aku benci kau, Haura....' bisik hati kecilnya.


     Nada dering yang bergema dari poket  seluar jeansnya memeranjatkan Hayfa. Dari nada deringnya pun Hayfa sudah boleh mengagak siapakah gerangan yang berada di talian sana. Nada dering khas sudah di setkan buat sahabat baiknya itu bagi memudahkan dia mengetahui gerangan si pemanggil. Simbol hijau ditekan laju. Dengan segera dia menjawab panggilan tersebut. 


         "Ha..Rizqy. Ye aku kat tmpat biasa." ujar Hayfa. Suaranya yang serak sedaya upaya disorokkan. Dia tidak mahu Rizqy menghidu tangisannya yang masih bersisa. 


       "Alright, kau sabar jap. Sikit lagi aku smpai." balas Rizqy pula. Nada suaranya terdengar ceria. Seraut wajah yang sering menjadi temannya di waktu senggang menyeru dia seperti biasa. Ada senyuman yang terukir di hujung bibir Rizqy. 


Talian dimatikan. Nafas disedut sedalamnya bagi mencari ruang buat jiwanya yang sempit.








Samar Dalam CintaDes histoires addictives. Découvrez maintenant