Bunyi papan kekunci dalam ruang pejabat macam biasa. Bukti pekerja pekerja sibuk buat kerja. Atau mungkin diorang tengah sibuk komen dekat facebook page kisah rumah tangga(krt) Pada mereka yang tak tau, krt ni page orang kawin yang nak berkongsi masalah rumah tangga mereka. Kadang kadang ada kisah yang boleh dijadikan iktibar. Tapi lebih banyak kisah yang mendedahkan kebodohan pasangan itu. Bodoh macam tu kawin buat apa. Ada anak lagi. Terpaksa anak menerima genetik bodoh dari ibubapanya. Dan akhirnya, dunia tak pernah habis dengan orang bodoh!
Dalam sebuah bilik yang ditampal dengan perkataan 'executive' ada seorang lelaki sedang tekan tekan kalkulator. Berkerut kerut dahi dia menyelesaikan kira kira untuk file akaun costomer dia.
"Haih...." panjang keluhan dalam bilik itu.
Tuk tuk. Bunyi ketukan pintu.
"Masuk masuk" haram tak memandang pintu. Dia tahu budak office dia yang datang. Nak apa lagi entah.
"Encik mien, kita nak start meeting ni. Jom?" Kata seorang perempuan senyum meleret. Jacket warna pink,baju kat dalam warna pink lembut dan berskirt paras lutut. Boleh bayangkan tak. Macam pakaian dalam drama drama pukul 7 setiausaha orang kaya. Tapi dia bukan setiausaha siapa siapa pun. perkerja office biasa je.
"Eh Nina, lupa pulak i. Ralit tengok kerja ni." Balas lelaki tu. Namanya mukmien mahmood. dia twit femous, ada lebih 14k follower. follow twit handle beliau @mienmahmood. muda lagi,tapi pangkat tinggi. Ada yang tak berapa puas hati bila mien ditukarkan dari jabatan lain dan terus jadi pegawai tinggi. mien lulusan perakaunan dari Australia. Jadi, tak hairan la kalau dia senang senang dapat jawatan tinggi.
"Yang lain dah sampai?" Sambung mien sambil kemas meja sikit sikit apa yang patut. Pakai kot sambil menyelak lengan baju tengok jam. Ohh..dah pukul 10:15. Meeting patut pukul 10. Lewat 15 minit kira ok la tu. Semua staff dia melayu. Dia pun melayu. Lagipun diakan bos.
Mereka berdua menuju ke bilik mesyuarat yang kat hujung sikit. Sambil sambil tu mien menjeling ke meja anak-anak buah dia. Kosong dah. Semua pakat dah sampai meeting la tu. Getus hati mien. Terus dia masuk meeting room macam biasa. Acah-acah berkarisma macam bos besar.
"Assalamualaikum semua. Maaf saya lambat. Ralit buat kira-kira. Macam ni..pasal akaun syarikat.." mukmien amik tempat kat dalam bilik meeting.
"Tuk tuk"
bunyi pintu bilik meeting diketuk. Muncul seorang perempuan bertudung bawal pakai baju kurung kedah cotton bunga-bunga kecil. Tersengih. Bea gila!
"Maaf encik mien, saya ke toilet tadi." Masih tersengih.
"Okay. Masuk cik Alya. Baru je pun start meeting." mien acah cool. Tapi dia memang cool pun. Sebab dia pun lambat. Penat budak2 ni tunggu dia. Alahh..15 minit je pun. Melayu!
YOU ARE READING
Awek office aku tokan
Teen FictionDia budak office biasa je. Aku bos dia. Lepas kerja aku buat grab. Kl br0! Kalau aku tak lepak malam tu confirm aku tak tau dia ni luar biasa. Sebab kat office dia pemalu sikit. Tak bergaul sangat. Lunch pun jarang jarang dengan office mate. Dia baw...
