Aku terbaring di katilku,kelelahan selepas seharian berada di kolej. Kesibukkan yang melanda sejak alam kolej membuatku semakin hilang selera makan dan kurang rehat. Berat badan yang sebelum ini 80kg merosot menjadi 55kg dalam masa hampir dua tahun. Lagipula setiap waktu malam aku bekerja sementara di kafe kawasan bandar, mahu menambah pendapatan lebih untuk menyara diri sendiri dan membayar biaya kolej.
Kalau saja aku turutkan cakap Ayah untuk belajar di United Kingdom, mungkin hidupku akan lebih senang berbanding sekarang. Awalnya bukan niat untuk melawan cakap Ayah, tetapi hasrat dihati ingin bersama-sama Fendy menghabiskan kursus dalam bidang IT. Cinta Monyet kan? Bersama sehidup semati lah kononnya. Lantang, aku ditinggalkan selepas enam tahun bercinta. Aku harus mengambil risiko melihat Fendy dengan girlfriend barunya setiap hari di kolej.
Ayahku seorang pegawai yang bergaji besar, ibu pula sudah meninggal dunia selepas melahirkan aku. Akulah saja seorang cahaya mata ayah. Ayah dan ibu menantikan cahaya mata selama tujuh tahun dan selepas mengetahui Ibu mengandung, mereka sangat gembira dan bercadang memberikan nama bayi perempuan iaitu Dina Aileen.
Kegembiraan ayah terhenti apabila mengetahui Ibu tidak dapat diselamatkan selepas melahirkanku.
Ayah memberikanku kebahagiaan yang sangat tak bisa dibalas meski dibayar dengan segunung emas. Kemewahan,keimanan dan kasih sayang yang membesarkanku dengan hanya seorang Ayah. Tapi aku masih mahu merasakan kasih sayang seorang Ibu.
Sekarang, aku hanya menumpang kasih sayang kepada nenekku, iaitu emak kepada Ayah. Ayah yang mencurahkan segalanya untuk mengukir senyumku sudah meninggal dunia lima bulan lepas kerana kemalangan kebakaran di tempat kerjanya.
Memang sejak kecil aku rapat dengan Ayah,tetapi sesudah melangkah era muda, aku selalu membuang masa melepak dengan kawan-kawan dan meluangkan masa diluar rumah. Apalagi Ayah memberikanku wang yang tak habis ku gunakan untuk masa sebulan, lebih membuatkan ku lalai akan kewajibanku sebagai seorang anak perempuan. Seharusnya aku meluangkan masa tersebut dengan Ayah. Sesalan yang tak dapat dilupakan.
Kawan-kawan pula mengambil kemewahanku sebagai kesempatan untuk memenuhi keiginan mereka. Begitu juga dengan bekas kekasihku, Fendy. Kawan-kawanku serta Fendy meninggalkanku sejurus mengetahui yang Ayah tidak memberikan lagi wang saku kepadaku sekiranya aku enggan belajar ke luar negeri dan memilih untuk belajar ke kolej.
"Dina, Ayah memutuskan hendak menghantar Dina belajar di United Kingdom selama empat tahun." Kata Ayah.
" Jauhnya Ayah? Kenapa tidak Kolej disini saja?" kataku.
"Ayah nak yang terbaik untuk Dina,lagipula ayah pun ada kursus kerja disana selama empat tahun juga. Kalau Dina belajar disana kan Ayah dapat tengok-tengokkan Dina" Ayah menjelaskan.
"Dina tak mahulah Ayah, nanti Dina rindu dengan kawan-kawan disini, di UK kan berlainan bangsa,agama, tak mahulah nak kenal-kenal" kataku.
"Ini keputusan Ayah, kalau Dina nak berkeras juga, Ayah tak nak ikut campur dengan biaya kolej dan keperluan Dina. Ayah dah malas nak didik kamu ni Dina. Keras sangat kepala Dina tu!" kata Ayah.
"Whatever Ayah, Dina pandai cari duit sendiri lah! Dina nak apply kolej disini saja", kataku.
Perbualan itu sering bermain di mindaku. Perbualan terakhir kami.Andai dapat ku putar waktu,akan ku tunaikan permintaan ayah untuk aku belajar di UK. Kini aku harus mencari titik peluh sendiri, nenek pula sudah tidak sanggup untuk bekerja kerana usianya yang sudah menginjak 70 tahun.
Kehidupanku terus berubah selepas aku menemui jam pasir yang bersaiz tapak tangan.Aku menjumpainya didalam pasu bunga hiasan semasa aku sedang mengemas ruang tamu rumah nenek.
YOU ARE READING
Takdir Waktu (Short Story- Completed 22/04/2019).
Short StoryBolehkah balik ke masa lalu? Aku boleh..hanya ingin untuk merasai kasih sayang.. Tapi mesti kekal dengan syarat yang diberikan. Jikalau di abaikan syarat-syarat, tinggallah di masa lalu.
